UMNO BOLEH JADIKAN PERKARA MUSTAHIL BERTUKAR NYATA???

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, semalam berkata walaupun Kapten Zaharie merupakan ahli seumur hidup parti itu, mustahil juruterbang itu merampas pesawat yang dipandunya sendiri kerana ia melibatkan nyawa ramai manusia yang tidak bersalah dan ini merupakan satu teori konspirasi politik yang tidak masuk akal.
"Semua dikaitkan dengan Anwar sangat unik dalam politik Malaysia. Namun mengenali Umno dan Barisan Nasional, kalau mereka kehabisan modal, sesuatu yang bersifat khayalan boleh menjadi nyata," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider.
Pemerhati melihat bahawa selepas Najib mengumumkan bahawa operasi pencarian dan menyelamat telah masuk ke fasa dua, jelas kelihatan ada usaha untuk mengaitkan juruterbang itu dengan Anwar dan PKR. 

Comments