VIDEO PUNCA 2 PELAJAR MENINGGAL DI GUNUNG BUBU, PERAK


KUALA KANGSAR: Dua daripada empat mangsa yang hilang di Gunung Bubu dekat Ulu Kenas ditemui meninggal dunia kira-kira 3.20 petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Adam Asraf Azman dan Muhamad Amir Asyraff masing-masing berusia 17 tahun.

Pasukan mencari dan menyelamat berjaya membawa keluar jenazah Adam Asyraf sekitar enam petang sementara jenazah Muhamad Amir pula dikeluarkan sekitar pukul 6.45 petang.

Kematian kedua-dua mangsa disahkan Ketua Polis Kuala Kangsar, Supritendan  Ahmad Rabawi Abdul Jamil.

Mangsa merupakan sebahagian daripada empat pelajar Kolej Vokasional Kuala Kangsar yang dilaporkan hilang sejak Ahad lepas ketika menuruni terbabit dalam aktiviti 'jungle trekking'.

Aktiviti berkenaan disertai 21 pelajar yang mengikuti perkhemahan unit beruniform di sana sejak tiga hari lalu yang turut disertai enam guru pengiring.

Sementara itu dua rakan mereka, Muhamad Putera Rafii dan Siti Azimah Mohd Fitri ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat sekitar sembilan pagi tadi.

Mereka dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan lanjut.

Comments