Semakin hampir dengan pengundian PRK Kajang dijangkakan semakin kotor permainan pihak-pihak tertentu yang sudah menjadi tradisi kempen mereka.
Anggota Parlimen parti itu bagi kawasan Alor Setar Gooi Hsien Loong berkata, ia diturunkan kira-kira jam 5 pagi tadi.
Antaranya bahan kempen itu termasuk kain rentang calon PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan Datuk Seri Anwar Ibrahim digambarkan di dalam penjara, yang dikatakan “menghasut” dan “provokatif”.
Kain rentang itu dimuatkan sebaris slogan pasukan bola sepak terkenal Inggeris“You'll never walk alone” (kamu tidak akan keseorangan).
Pengarah Pilihan Raya PKR untuk Kajang Zuraida Kamaruddin berkata akan membuat aduan berhubung perkara itu.
Sementara itu, terdapat juga lambakan kain rentang anti-PKR dan anti-Wan Azizah yang tidak meletakkan nama mana-mana parti.
Antaranya kain rentang dalam bahasa China mendakwa Wan Azizah bakal meninggalkan Kajang selepas hari pengundian Ahad ini dan dipersoalkan sama ada perjuangan PKR untuk semua atau Anwar seorang.
Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar menafikan BN bertanggungjawab atas perbuatan itu. Malah, katanya, PKR boleh mencetaknya sendiri sebelum mengaku menjadi mangsa.
Cat merah di papan tanda Chew
Dalam sidang media berasingan, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak yang menyimbah cat merah pada papan tanda calon BN Chew Mei Fun.
“Saya rasa sangat sedih dengan tindakan itu, mereka tahu bahawa Che mewakili keadilan dan terdapat orang yang mahu merosakkan imejnya dengan menyimbah cat merah,” katanya.
Menurut MCA, 10 kain rentang dan papan tanda Chew disimbah cat.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil menafikan perbuatan khianat itu dilakukan petugas kempen mereka.
Petugas PKR malam tadi turut menurunkan pemidang memaparkan kartun Wan Azizh dengan kata-kata dalam bahasa Cina: “Kamu sudah ditipu selama ini”.
Comments