PIHAK BERKUASA TEMPATAN MELAKA BERHUTANG KIRA-KIRA RM84.7 JUTA

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Melaka mempunyai hutang terkumpul tahun 2013 berjumlah RM84.7 juta. 4 PBT tersebut ialah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).

MBMB mempunyai hutang paling tinggi iaitu RM54.044 juta; MPAG (RM16.498 juta); MPHTJ (10.224 juta ) dan MPJ sebanyak RM4.011 juta. 'Performance' kesemua PBT amat mengecewakan kerana mana mungkin sebuah PBT mengalami kerugian jika pihak pengurusannya mentadbir dengan baik, telus, tiada rasuah dan tiada penyelewengan.

Prestasi PBT yang semacam ini dengan hutang yang bertimbun sudah tentu memberikan kesan yang mendalam kepada rakyat kerana mereka mungkin akan menaikkan lesen dan cukai bagi menampung hutang yang semakin membarah. Kebimbangan ini terbukti di mana rakyat mula mengeluh dengan kenaikan cukai, lesen dan sebagainya.

Ketua Menteri dan Kerajaan negeri mesti menyiasat perkara ini kerana kerugian ini sudah tentu melibatkan kelemahan pengurusan dan mungkin juga berlakunya penyelewengan. Pihak SPRM dan pihak berwajib lain mesti dipanggil bagi menjalankan penyiasatan secara terperinci bagi mengatasi masalah ini pada masa yang akan datang.

Jika terdapat bukti berlakunya rasuah dan penyelewengan pihak terbabit mesti di bawa ke muka pengadilan.

~
Mohd Sofi Abdul Wahab
~ Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil

Comments