MH 370 : ADA ALIBI BAHAWA PILOT TIDAK AKAN BERTINDAK JAHAT


Dalam akademik, bidang kajian saya adalah kepimpinan. Dengan sedikit ilmu yang ada, saya mengakui bahawa Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang karismatik, serta salah seorang pemimpin legend di Malaysia.

Namun saya bukan pemuja dan pengikut Anwar Ibrahim.

Dalam masa yang sama, saya mengenali sangat ramai kawan-kawan yang terdiri daripada golongan profesional yang menjadi pengkagum, peminat dan obses kepada Anwar Ibrahim.

Ada antara mereka pensyarah universiti, doktor perubatan, akauntan, peguam, jurutera, arkitek, guru dan lain-lain.

Apabila Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman lima tahun penjara kerana kes liwat 2 baru-baru ini, majoriti mereka sedih, kecewa dan marah atas hukuman yang mereka sifatkan tidak adil dan bersifat politik itu.

Namun dalam kalangan mereka, tidak ada pensyarah yang menggagalkan pelajar dalam peperiksaan akibat kekecewaan itu.

Tidak ada doktor yang mencucuk pesakit dengan ubat overdose akibat kesedihan itu.

Tidak ada akauntan yang menutup akaun bank dengan kira-kira tidak seimbang antara debit dan kredit dek kerana kemarahan itu.

Tidak ada peguam yang tembak hakim kerana sedih.

Tidak ada jurutera yang meruntuhkan bangunan kerana protes.

Tidak ada arkitek yang boikot melukis pelan kerana perkara itu.

Juga tiada guru yang ponteng kelas atau terajang murid kerana menunjuk rasa dek ketidakpuasan hati.

Lantaran itu, saya masih berat untuk menerima premis bahawa juruterbang merampas pesawat yang dia sendiri pandu hanya kerana kecewa Anwar Ibrahim dihukum penjara.

Sebabnya, dia ada alibi yang cukup kuat bahawa dia tidak pernah bertindak begitu walaupun Mila tidak menang Anugerah Juara Lagu atau Anugerah Bintang Popular.


~ FB Mohd Yusri Ibrahim

Comments