KHAIRY PANIK TAKUT KENA TAMPAR BUAYA DENGAN BOMOH 1MALAYSIA VVIP

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Khairy baru diugut hendak ditampar (oleh Bomoh Ibrahim Mat Zain) mula rasa panik dan takut.
“Baru kena ugut tampar sudah panik, inikan pula mahu mempelekehkan Wan Azizah Wan Ismail yang sudah hidup susah dan kenal makna sebenar keadilan,” kata Anwar.
Khairy diugut untuk ditampar oleh seorang bomoh apabila Ketua Pemuda Umno itu menempelak tindakan bomoh tersebut mengadakan ritual di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk 'mencari' pesawat MH370 yang hilang.
Anwar berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Khairy yang menuduh Wan Azizah adalah 'puppet' kepada Anwar.

Khairy pula memberikan respons kepada ibrahim yang mengugutnya dengan berkata dia seorang sahaja hendak tampar saya tetapi seluruh rakyat Malaysia hendak tampar dia (Ibrahim Mat Zain.)

Comments