PEMUDA PAS MELAKA KECAM KONSERT LIAR

Dewan Pemuda PAS Melaka mengecam penganjuran konsert luar Festival Future music Asia yang menyebabkan 6 penontonnya meninggal dunia.

Ketuanya Jauhar Md Dawi berkata di sebalik kisah duka dan ujian yang sedang dihadapi rakyat malaysia khususnya umat Islam tentang isu MH 370 , kemarau dan ketiadaan air , kita menyaksikan tragedi kebobrokan moral yang berlaku akibat ketiadaan pemantauan yang tegas oleh pihak berkuasa terhadap Festival future Music baru-baru ini.

 "Pemuda PAS Melaka amat berduka cita dengan perkara yang berlaku dalam Festival Future music di stadium Bukit Jalil pada 13 -15 mac 2014 , di mana berlaku kematian seramai enam orang dan empat orang lagi dalam keadaan kritikal."

"Penganjur seolah-olah mendapat lesen besar dalam penganjuran festival ini kerana secara terang-terang mempromosi bahawa akan ada parti liar "Malaysia biggest and wildest party". " ujarnya.

Beliau mempersoalkan adakah pihak penganjur iaitu syarikat Live Scape sdn. bhd mengikut piawaian hiburan dalam negara ini atau mereka yang meluluskan festival ini tidak memantau sepanjang perjalanan festival ini berlaku.

"Bagi kami peristiwa ini amat memalukan negara kerana pada masa yang sama kita sedang bersedih tentang kehilangan pesawat MH370. "

"Lebih malang lagi kematian ini melibatkan anak-anak muda yang beragama islam. Di mana letaknya peranab pihak penguatkuasa dan pihak kementerian dalam isu yang besar ini." tambahnya.

Menurutnya Dewan Pemuda Pas Melaka merasakan pihak kementerian yang bertanggungjawab iaitu Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pelancongan perlu memberi penjelasan tentang punca mengapa konsert liar ini dibenarkan.

"Jelas sekali menteri berkenaan dan pihak berkuasa gagal menjalankan tugas mereka dan sesiapa yang berkenaan mesti meletakkan jawatan sekiranya jawapan itu tidak menyakinkan kerana ia sudah melibatkan nyawa dan maruah negara."tambahnya.

Beliau menegaskan bahawa Dewan Pemuda Pas Melaka memandang berat isu ini kerana ia adalah pertama kali berlaku di malaysia yang merupakan negara majoriti umat Islam dan ia melibatkan kematian anak muda yang beragama Islam akibat penggunaan dadah yang berlaku dalam konsert itu.

"Sudahlah negera kita dicemuh dan dipersendakan oleh akhbar-akhbar antarabangsa akibat memanggil Bomoh 1Malaysia untuk mencari pesawat MH 370 di  KLIA , ditambah pula dengan kes ini yang memaparkan imej yang buruk terhadap negara akibat penganjuran konsert yang jelas bertentangan dengan Agama dan tatasusila Rakyat Malaysia." tegas beliau.

Comments

Anonymous said…
wahhh! hebat yo pemuda siap warning lagi tapi dah tinggal keteapi boh..lwak tolla pemuda pas lanie