BN dijangka menyapu bersih semua undi dari pengundi awal hari ini. Adalah dijangkakan 1185 dari 1197 pengundi awal akan memberikan undi kepada BN. Ini bermakna belumpun proses pengundian berlangsung pada 23 Mac ini BN sudah berada di depan dengan majoriti lebih dari 1,180 undi.
Memang sudah menjadi tradisi undian awal adalah 'fix deposit' kepada BN. Pihak jangan harap undi mendapat undi lebih dari 5 % dari pengundian awal.
Sebanyak 1,197 anggota polis dan pasangan mereka hari ini menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang berlangsung di kawasan itu.
Proses pengundian bermula 8 pagi hingga 5 petang menerusi tiga saluran iaitu di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Anjung Forensik PDRM dan Rumah Perkep, ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.
Kaedah mencelup jari ke dalam dakwat kekal terus diguna pakai pada PRK DUN Kajang, seperti mana yang dilaksanakan pada dua PRK sebelum ini iaitu PRK Kuala Besut di Terengganu dan Sungai Limau di Kedah.
PRK Kajang diadakan selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh dari parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan pada 27 Jan lepas.
Dua calon wanita, iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun yang mewakili BN bakal berdepan calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden parti itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mac ini sebagai hari pengundian bagi 38,081 pemilih biasa.
Comments