.

.

06 July 2013

VIDEO TENTERA MESIR TEMBAK PENYOKONG MORSI SEDANG SOLAT

Video klip menunjukkan kekejaman tentera Mesir menembak penyokong-penyokong Presiden Morsi yang sedang solat Asar.

Memang kejam dan ganas. Semoga Allah melaknat manusia yang berhati binatang yang menembak rakyat yang tidak berdosa ini.....

05 July 2013

BETULKAH PRESIDEN BARU UIA TAK TAHU MENGIRA?

LEPAS INI AKAN RAMAILAH SISWAZAH UIA YANG TAHU MENGIRA SEBAB PRESIDENNYA YANG BARU TAK TAHU MENGIRA ..................

CUBA LIHAT GAMBAR INI............SEMASA PERHIMPUNAN BERSIH DAHULU.....BELIAU KIRA BERAPA ORANG YANG SERTAINYA PERHIMPUNAN TERSEBUT.......CUBA INGAT BALIK............

KEADAAN TERKINI DI MESIR


1) Mahkamah Dokki telah menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Perdana Menteri Mesir, Dr.Hisham Qandil dan memecat beliau dari jawatan.


2) Dilaporkan Pihak berkuasa Mesir melakukan operasi tangkapan besar-besaran kepada pimpinan kumpulan Islam-Ikhwan Muslimin, Salafi dan lain-lain.
Penangkapan juga berlaku keatas pekerja-pekerja stesen televisyen Misr 25, An-Nas, Ar-Rahmah dan Al-Hafiz.

Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) sayap politik Ikhwan Muslimin, Dr.Muhammad Sa’ad Katatni ditangkap di kediamannya & juga Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr.Rasyad Bayumi. [kasihan]

3) Selain itu juga, larangan diberikan kepada pimpinan gerakan Hamas di Ghazzah dari memasuki bumi Mesir. [kejam]

4) PM Turki Erdorgan: “Kami mengecam rampasan kuasa ke atas Presiden Mesir. Turki hanya akan berurusan dengan Presiden yang dipilih oleh rakyat, Dr.Muhammad Mursi.”
[org baik]

5) Menteri Belia Mesir, Dr.Usamah Yasin menyertai rakyat di dataran Raba’ah bagi mempertahankan “syar’iyyah” Presiden Mursi.
[terima kasih dr.Usamah]

6) Ikhwanonline: Sehingga kini, berikut jumlah mereka yang terbunuh selepas ditembak oleh askar dan polis Mesir bagi mempertahankan “syar’iyyah” Presiden Mursi selepas rampasan kuasa beberapa jam yang lalu:

-Iskandariah: 10 orang terbunuh, 200 orang cedera di dataran Sidi Bisyr selepas dikepung selama 3 jam oleh askar.

-Asyut: 2 terbunuh dan lebih 500 yang lain cedera selepas ditembak pasukan keselamatan di hadapan Masjid Omar Makram

-Aswan: Kematian yang tidak dapat dipastikan manakala mencederakan lebih 100 orang berhampiran Masjid An-Nasr. Kumpulan samseng/perusuh juga mengepung masjid tersebut dan lebih 50 orang warga tempatan terperangkap.

-Matruh: 10 orang terkorban apabila polis melepaskan tembakan kepada himpunan yang dihadiri ratusan ribu penyokong Mursi.[semoga Allah balas mereka dgn syahid]

Mereka yg sdg Bergembira:

-Amerika, Israel, UAE (Abu Dhabi dan Dubai), rejim Syria, Syiah, Saudi, Iran ,Mubarak dan golongan sekular..

Bagaimanakah nasib umat Islam di seluruh dunia selepas ini khasnya di Syria ?. Terbelakah mereka selepas ini? Adakah kedutaan Syria akan kembali dibuka di Kaherah? Adakah pelarian Syria akan bebas menikmati kehidupan sebelum ini yang dilayan sebagai “tetamu” bukan pelarian?...

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM

04 July 2013

GAMBAR MORSI KENA TAHAN?


KEMBALIKAN KUASA MORSI DAN RAKYAT


Manusia yang waras sudah pasti mengutuk tindakan rampasan kuasa oleh tentera Mesir yang merompak kuasa Presiden Mohamed Morsi yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya yang sah. Morsi telah dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi secara adil dan telus namun kemenangan beliau dirampas secara zalim melalui tindakan rampasan kuasa oleh tentera yang membelakangkan sistem demokrasi.

Sekiranya timbul bantahan terhadap presiden yang dilantik, proses rundingan yang telus perlu dilaksanakan secara baik, bukannya rampasan kuasa.

Mandat kepada Presiden Morsi mesti dikembalikan dengan serta merta dan tentera mesti meminta maaf kepada rakyar Mesir atas campurtangan mereka dalam urusan politik Mesir. Tentera dan Polis sepatutnya menjaga keselamatan dan ketenteraman awam bukannnya bertindak merampas kuasa dan melakukan kezaliman kepada rakyat.


Andaikata benar Morsi gagal dalam pentadbirannya maka rundingan mesti dibuat dan beliau berhak menjawab segala tuiduhan tersebut. Pemerintahan yang hanya baru setahun wajar diberi peluang untuk membuktikan keupayaannya kerana mana mungkin beliau dapat menyelesaikan semua perkara dalam masa setahun. Mandat beliau hanya akan berakhir selama 4 tahun lagi. Rakyat berhak menghukum beliau melalui peti undi pada pilihanraya akan datang. Tidak perlulah tentera mengganggu proses demokrasi ini.

Pihak luar jangan cuba campurtangan dan menghasut rakyat untuk memberontak dan membuat kacau. Kita bimbang kekacauan dan penentangan ini dinyalakan oleh pihak yang sentiasa cemburu dengan kejayaan Morsi dinobatkan sebagai Presiden Mesir sejak beliau mengankat sumpah jawatannya.



03 July 2013

RM6 BILION DUIT RAKYAT HANGUS DENGAN KEGAGALAN PPSMI


Timbalan Menteri Pendidikan menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad di Parlimen bahawa kerajaan membelanjakan RM6 bilion untuk pelaksanaan PPSMI. 


Jahanam wang rakyat akibat kedegilan Tun Majathir yang tidak mahu  mendengar cakap cendikiawan Melayu dan rakyat. Projek tersebut gagal dan membazir. 

Ramai pakar pendidikan telah menentang sejak awal-awal lagi. Antaranya Prof Shahril Md Zain, Prof Abdullah Hassan dan lain-lain. 

Akhirnya duit rakyat hangus, siapa yang harus dipersalahkan.

02 July 2013

SIAPA PERINTAH PAHANG DAP ATAU UMNO/BN?

DAP sering dituduh anti Islam dan anti Melayu. Sebaik mendengar berita bahawa takzirah Ramadhan diharamkan di Pahang, ramai yang beranggapan bahawa DAP memerintah Pahang sekarang.

Sebab hanya mereka yang anti Islam dan tidak suka rakyat faham Islam sahaja yang akan mengharamkan tazkirah Ramadhan.

Namun rupa-rupanya bukan DAP yang anti Islam, tetapi Umno/BN. Di Pulau Pinang bukan sahaja tazkirah tidak dihalang malah ianya digalakkan oleh kerajaan PR pimpinan DAP. Mereka menambahkan peruntukan untuk hal ehwal Islam bagi menjayakan program-program yang berkaitan dengan agama Islam.

Inilah bukti jelas bahawa Siapa itu Umno dan DAP .............

PAS CIPTA SEJARAH : DR KHALID ANGKAT SUMPAH

Sebelum PRU 13 setiap pemimpin dan ahli Umno Melaka beranggapan bahawa mustahil bagi PAS untuk memenangi satu kerusi pun di Melaka.

Tetapi mereka lupa bahawa kekejaman dan kezaliman mereka terhadap PAS dan ahli-ahlinya akhirnya mungkin menjadi sebab mengapa Allah memakbulkan doa ahli PAS supaya sekurang-kurangnya PAS menang satu kerusi di Melaka.


Kekejaman dan kezaliman pemimpin BN merobohkan PASTI tempat anak-anak belajar asas agama merupakan tindakan yang tidak boleh dimaafkan dan ia adalah kemuncak kezaliman UMNO/BN di Melaka. Selain tindakan mereka menganggu ceramah PAS dengan mengadakan ceramah sebelah menyebelah dan melemparkan objek keras sehingga berdarah kepala pengunjung ceramah dalam kejadian di Bukit Katil melayakkan diri mereka dihukum oleh Allah. Semua kezaliman dan penindasan ini dilakukan di dalam Dun Bukit Baru dan Allah mengurniakan kemenangan kepada PAS di Dun Bukit Baru.


Semalam sejarah terukir untuk PAS di Melaka apabila Adun Bukit Baru Dr Md Khalid Kassim yang menang atas tiket PAS dalam PRU13 yang lalu, mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Seri Negeri. 


Beliau berikrar akan membantu rakyat yang meletakkan harapan tinggi kepadanya untuk memperjuangkan Islam dan nasib rakyat. 


Pada PRU13, Dr Mohd Khalid mengalahkan calon BN, Karim Yaakob dengan majoriti 48 undi. Khalid perolehi 9,292 undi manakala Karim mendapat 9,244 undi.

HALANG TAZKIRAH BERERTI MENGHALANG KERJA NABI


Kenyataan penuh YB Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkenaan pengharaman menyampaikan tazkirah Ramadhan di Pahang adalah seperti di bawah.


1. Larangan menyampaikan tazkirah adalah larangan yang tidak masuk akal malah bertentangan dengan Firman Allah swt: 


وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ

Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.

Surah Azzaariyat : 55

2. Saya tidak faham kenapa Exco Dakwah Kerajaan Negeri Pahang mahu menghalangnya. Sedang rakyat dan masyarakat rata-rata dahagakan ilmu malah mereka mencari ilmu dengan mengunjungi masjid surau yang menganjurkan pakej tarawih dan tazkirah. Sehinggakan masjid dan surau yang tidak menganjurkan tazkirah kian tidak popular di hati rakyat.

3. Tazkirah adalah satu cabang dari aktiviti dakwah yang sepatutnya digerakmajukan oleh Exco Dakwah sebagaimana khutbah, kuliah dan lainnya. Tazkirah adalah berfungsi untuk menyedarkan ummah dari kelalaian dan ia membawa kebaikan kepada ummah, rakyat dan negara.

4. Menghalang tazkirah, pula tidak menyediakan alternatif lain untuk membasmi kejahilan ummah yang sedang berdepan dengan tahap gejala sosial yang parah, jenayah yang meningkat dan maksiat yang kian menular adalah merupakan perbuatan khianat terhadap amanah rakyat. Lebih baiklah Exco Dakwah mengeluarkan kenyataan untuk menghalang kelab malam daripada beroperasi di bulan Ramadhan, restoran yang dibuka pada siang hari untuk menjamu selera mereka yang mengaku muslim tetapi tidak berpuasa.

5. Saya akan terus menyampai dan menganjurkan tazkirah walau apa keadaan sekalipun yang terpaksa saya hadapi, justeru ini adalah kerja nabi-nabi alaihissolaatuwassalam yang mesti saya sambung. Ini amanah perjuangan. Jika mereka mahu mengenakan tindakan ke atas saya, itu terpulanglah namun saya tidak berganjak dari pendirian saya ini. Saman, saya ke mahkamah. Tangkap, saya ke penjara. Namun untuk membiarkan ummah ini jahil angkara kerajaan dungu ini, tidak sama sekali.


Memang perbuatan menghalang tazkirah adalah perbuatan khianat kepada Islam. Tazkirah yang disampaikan bukannya berkaitan politik kepartian tetapi ianya menjuruskan kepada hal-hal berkaitan dengan puasa dan sebagainya.

Jika benar ada pihak yang menggunakan pentas tazkirang Ramadhan untuk menyentuh isu-isu politik kepartian, orang itu bolehlah didakwa mengikut undang-undang dan peraturan yang ada bukannya mengharamkan terus program tazkirah ini. Bukankah pengharaman ini bererti mematikan obor penyampaian ilmu-ilmu Islam dan menghentikan proses nasihat menasihati di antara sesama kita.

Inilah harga yang terpaksa dibayar oleh rakyat negeri Pahang yang telah memilih BN menjadi kerajaan sekali lagi. Apakah pengundi-pengundi di Pahang tidak berasa bersalah dengan tindakan kerajaan BN mengharamkan penyebaran Islam melalui tazkirah ini.

Gambar di atas sekadar hiasan sahaja.

01 July 2013

GST : TANGGUH ATAU HAPUS TERUS?

Jawapan Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah bahawa GST akan dikaji semula menimbulkan keraguan di kalangan rakyat. Dalam jawapannya di Parlimen minggu lepas Husni berkata kerajaan sekarang sedang melaksanakan kajian mengenai GST yang mana ianya berdasarkan kepada keadaan ekonomi dan harga semasa. Kajian sebelum ini yang telah dibuat pada tahun 2009, adalah berdasarkan kepada keadaan ekonomi dan harga pada masa tersebut. 


"Oleh kerana terdapatnya perubahan kepada keadaan ekonomi dan perubahan harga, maka kajian semula perlu dijalankan. Sehubungan dengan itu, kerajaan belum menetapkan lagi bila GST akan dilaksanakan." ujar beliau.



Masalah besar timbul dari jawapan beliau tersebut.



Jawapan Husni ini boleh dibaca sebagai tanda kerajaan hanya menangguhkan sementara pelaksanaan GST. Ini bererti GST boleh dilaksanakan pada bila-bila masa difikirkan perlu oleh Kerajaan BN.

Oleh kerana itulah rakyat sedang menanti dengan penuh debar apa akan terjadi dengan GST ini. Hapus atau tangguh ...........

Mungkin kerajaan BN yang menang tipis pada PRU 13 lalu merasakan mereka tidak selamat jika meneruskan niat untuk melaksanakan GST atau mereka sedang menanti masa sesuai untuk memulakannya. Kita tunggu dan lihat. Apa yang pasti rakyat majoritinya menolak pelaksanaan GST ini ...........
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter