.

.

02 July 2013

HALANG TAZKIRAH BERERTI MENGHALANG KERJA NABI


Kenyataan penuh YB Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkenaan pengharaman menyampaikan tazkirah Ramadhan di Pahang adalah seperti di bawah.


1. Larangan menyampaikan tazkirah adalah larangan yang tidak masuk akal malah bertentangan dengan Firman Allah swt: 


وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ

Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.

Surah Azzaariyat : 55

2. Saya tidak faham kenapa Exco Dakwah Kerajaan Negeri Pahang mahu menghalangnya. Sedang rakyat dan masyarakat rata-rata dahagakan ilmu malah mereka mencari ilmu dengan mengunjungi masjid surau yang menganjurkan pakej tarawih dan tazkirah. Sehinggakan masjid dan surau yang tidak menganjurkan tazkirah kian tidak popular di hati rakyat.

3. Tazkirah adalah satu cabang dari aktiviti dakwah yang sepatutnya digerakmajukan oleh Exco Dakwah sebagaimana khutbah, kuliah dan lainnya. Tazkirah adalah berfungsi untuk menyedarkan ummah dari kelalaian dan ia membawa kebaikan kepada ummah, rakyat dan negara.

4. Menghalang tazkirah, pula tidak menyediakan alternatif lain untuk membasmi kejahilan ummah yang sedang berdepan dengan tahap gejala sosial yang parah, jenayah yang meningkat dan maksiat yang kian menular adalah merupakan perbuatan khianat terhadap amanah rakyat. Lebih baiklah Exco Dakwah mengeluarkan kenyataan untuk menghalang kelab malam daripada beroperasi di bulan Ramadhan, restoran yang dibuka pada siang hari untuk menjamu selera mereka yang mengaku muslim tetapi tidak berpuasa.

5. Saya akan terus menyampai dan menganjurkan tazkirah walau apa keadaan sekalipun yang terpaksa saya hadapi, justeru ini adalah kerja nabi-nabi alaihissolaatuwassalam yang mesti saya sambung. Ini amanah perjuangan. Jika mereka mahu mengenakan tindakan ke atas saya, itu terpulanglah namun saya tidak berganjak dari pendirian saya ini. Saman, saya ke mahkamah. Tangkap, saya ke penjara. Namun untuk membiarkan ummah ini jahil angkara kerajaan dungu ini, tidak sama sekali.


Memang perbuatan menghalang tazkirah adalah perbuatan khianat kepada Islam. Tazkirah yang disampaikan bukannya berkaitan politik kepartian tetapi ianya menjuruskan kepada hal-hal berkaitan dengan puasa dan sebagainya.

Jika benar ada pihak yang menggunakan pentas tazkirang Ramadhan untuk menyentuh isu-isu politik kepartian, orang itu bolehlah didakwa mengikut undang-undang dan peraturan yang ada bukannya mengharamkan terus program tazkirah ini. Bukankah pengharaman ini bererti mematikan obor penyampaian ilmu-ilmu Islam dan menghentikan proses nasihat menasihati di antara sesama kita.

Inilah harga yang terpaksa dibayar oleh rakyat negeri Pahang yang telah memilih BN menjadi kerajaan sekali lagi. Apakah pengundi-pengundi di Pahang tidak berasa bersalah dengan tindakan kerajaan BN mengharamkan penyebaran Islam melalui tazkirah ini.

Gambar di atas sekadar hiasan sahaja.

2 comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter