PAS CIPTA SEJARAH : DR KHALID ANGKAT SUMPAH

Sebelum PRU 13 setiap pemimpin dan ahli Umno Melaka beranggapan bahawa mustahil bagi PAS untuk memenangi satu kerusi pun di Melaka.

Tetapi mereka lupa bahawa kekejaman dan kezaliman mereka terhadap PAS dan ahli-ahlinya akhirnya mungkin menjadi sebab mengapa Allah memakbulkan doa ahli PAS supaya sekurang-kurangnya PAS menang satu kerusi di Melaka.


Kekejaman dan kezaliman pemimpin BN merobohkan PASTI tempat anak-anak belajar asas agama merupakan tindakan yang tidak boleh dimaafkan dan ia adalah kemuncak kezaliman UMNO/BN di Melaka. Selain tindakan mereka menganggu ceramah PAS dengan mengadakan ceramah sebelah menyebelah dan melemparkan objek keras sehingga berdarah kepala pengunjung ceramah dalam kejadian di Bukit Katil melayakkan diri mereka dihukum oleh Allah. Semua kezaliman dan penindasan ini dilakukan di dalam Dun Bukit Baru dan Allah mengurniakan kemenangan kepada PAS di Dun Bukit Baru.


Semalam sejarah terukir untuk PAS di Melaka apabila Adun Bukit Baru Dr Md Khalid Kassim yang menang atas tiket PAS dalam PRU13 yang lalu, mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Seri Negeri. 


Beliau berikrar akan membantu rakyat yang meletakkan harapan tinggi kepadanya untuk memperjuangkan Islam dan nasib rakyat. 


Pada PRU13, Dr Mohd Khalid mengalahkan calon BN, Karim Yaakob dengan majoriti 48 undi. Khalid perolehi 9,292 undi manakala Karim mendapat 9,244 undi.

Comments

Anonymous said…
bukan shj dpt satu DUN, ali sendiri tersingkir sampai dia sendiri terkejut beruk. Itulah balasan. Utk itu kita hendaklah selalu berdoa dan tawakal pd Allah. Doa adalah senjata ampuh tiada tandingan Siapa yg dianiaya, silakan berdoa, tiada hijab,InsyaAllah