.

.

26 September 2015

PAKATAN HARAPAN : LANGKAH AWAL SATUKAN PEMBANGKANG

KENYATAAN MEDIA

PAKATAN HARAPAN: LANGKAH AWAL MENYATUKAN PARTI PEMBANGKANG, NGO DAN RAKYAT

www.amanahnegara.org

Di atas kehendak rakyat, maka pada tahun 2008, berlakulah perpaduan di antara rakyat, parti-parti politik, NGO. Pada pilihan raya itu, keputusannya semua diketahui iaitu parti-parti pembangkang dapat menguasai lima negeri dan menafikan dua pertiga majoriti Barisan Nasional di parlimen.

Tanggal 1 April 2008, tarikh yang bersejarah bagi Malaysia, apabila wujudnya Pakatan Rakyat yang secara rasminya parti-parti pembangkang yang utama dapat bersatu dan disokong oleh orang ramai khasnya NGO.

Hasil kerjasama tersebut, pada pilihanraya 2013, Pakatan Rakyat dapat memperolehi undi majoriti rakyat Malaysia iaitu sebanyak 52% undi popular.

Berlaku perbalahan dingin di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan akhirnya ia ‎berkecai pada muktamar PAS Jun lalu, apabila parti itu melalui satu usul, telah memutuskan hubungan dengan DAP.

Kesannya, persepakatan antara parti-parti pembangkang menjadi terumbang-ambing. Ia ditambah dengan perbalahan dingin yang berlangsung lebih daripada dua tahun, maka tiga bulan selepas Muktamar itu iaitu pada 22 September, lahirlah PAKATAN HARAPAN.

Ia merupakan satu langkah awal yang berani yang dilakukan parti-parti pembangkang yang mahu bersatu semula untuk membentuk muafakat politik baharu.

Langkah awal ini perlu diikuti dengan dialog dan perbincangan terus menerus dan serius dengan parti-parti politik yang ingin bersama PAKATAN HARAPAN dan perbincangan tertutup dan terbuka dengan NGO's yang ingin memberi pandangan, kritikan serta teguran kepada PAKATAN HARAPAN.

Sesungguhnya rakyat mahu melihat arah tuju PAKATAN HARAPAN dan yang paling penting manifesto rakyat menjelang PRU14. Maka pandangan semua pihak termasuk NGO, orang perseorangan atau kesatuan, perlu dikutip agar manifesto yang akan dihasilkan benar-benar mantap dan dijulang secara bersama.

Bagi Parti Amanah Negara (AMANAH), saya menyeru kepada semua ahli dan penyokong dan mereka yang bersimpati, untuk terus berusaha memantapkan PAKATAN HARAPAN dan melebarkan  pengaruh serta menyebarkan segala maklumat yang betul dalam memberi pengharapan kepada rakyat untuk membuat perubahan, terutama dengan keadaan Malaysia sekarang yang cukup parah khasnya dari sudut ekonomi dan perkauman.

Kita juga mengharapkan semua parti-parti pembangkang yang lain dan juga NGO's agar turut bersama dalam usaha menyelamatkan Malaysia dan membebaskan penderitaan rakyat  yang semakin menjdi-jadi akibat salah laku, rasuah yang menjadi budaya baharu di negara ini.

HJ MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara (AMANAH)
26 September 2015
12 Zulhijjah 1436H

23 September 2015

KHUTBAH AIDUL ADHA

Download Khutbah Aidul Adha Klik DI SINI 

PAKATAN HARAPAN : SESIAPA PUN BOLEH MENGANGGOTAINYA

Pakatan Harapan yang ditubuhkan semalam bersedia untuk menerima sesiapa sahaja untuk menganggotai pakatan tersebut.

PAS, MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak juga dialu-alukan penyertaan mereka. Tertakluk kepada persetujuan mereka menerima prinsip perjuangan Pakatan Harapan.

Penubuhan Pakatan Harapan semalam memang ditunggu-tunggu oleh rakyat selepas berkuburnya PR setelah PAS memutuskan hubungan dengan DAP. Rakyat merasakan mereka sudah tiada tempat untuk mengadu selepas perpecahan yang tragik tersebut.

Tidak syak lagi penubuhan Pakatan Harapan baru ini memberikan semangat baru kepada rakyat dalam mendepani cabaran masa depan. Kepada siapa lagi mereka ingin mengadu, hendak harapkan BN jauh sekali.

21 September 2015

LAMAN RASMI PARTI AMANAH NEGARA

Sila layari LINK INI untuk melayari laman web rasmi Parti AMANAH Negara (AMANAH). Banyak isu-isu semasa dan maklumat yang kita perolehi darinya.

BARU 2 MINGGU DILAHIRKAN AMANAH DAFTARKAN 30,000 AHLI

Setiausaha Agungnya, Anuar Tahir berkata, sehingga semalam seramai 30,018 ahli baru telah mendaftar untuk menyertai parti itu.
“Nombor satu ahli paling banyak mendaftar ialah Negeri Kelantan, diikuti Johor dan Selangor. Kelantan menyaksikan penyertaan ahli paling ramai dengan 7,000, Johor 5,000 dan Selangor 4,000 orang.
“Parti ini menolak minda bergaris keras. Ia dapat permintaan dari orang bukan Islam juga,” katanya semasa berucap pada majlis pelancaran Parti Amanah Negara di Shah Alam.
Parti Amanah Negara dibentuk oleh kumpulan progresif dalam PAS yang tewas dalam pemilihan parti PAS, Jun lalu.
Sementara program pelancaran AMANAH semalam mendapat perhatian ramai apabila ribuan penyokong menghadiri pelancaran Parti Amanah Negara di Pusat Konvensyen Hiasan Dalaman, IDCC, Shah Alam.
Parti itu dirasmikan Presidennya, Mohamad Sabu yang juga Pengerusi Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia.

KASIHAN RAKYAT MALAYSIA, BUKAN WARISKAN HARTA TETAPI HUTANG

RENUNGKANLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA
Krisis kemelesetan ekonomi yang sedang menghantui negara amat membimbangkan terutama kepada anak muda.
Untuk mengatasi kemelut ekonomi yang semakin membarah ini, perdana menteri mengumumkan suntikan dana sebanyak RM20 billion ke dalam pasaran saham domestik melalui syarikat ValueCap Sdn Bhd.
Syarikat ini dimiliki oleh agensi kerajan iaitu Khazanah Nasional Berhad, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).
faiz
Langkah ini menimbulkan pelbagai persoalan:

1) Mengapakah kerajaan tidak menggunakan dana RM20 billion tersebut untuk tujuan pelaburan dalam aktiviti ekonomi sebenar (real economy). Langkah itu akan mendatangkan kesan pengganda (multiplier effect) lebih tinggi yang mana akan meningkatkan aktiviti ekonomi domestik.
Langkah ini sekali gus menambahkan pendapatan dan menghasilkan peluang pekerjaan kepada rakyat jelata. Kita bimbang kerana suntikan modal sebegini hanya menaikkan nilai keuntungan di atas kertas semata-mata.
2) Adakah suntikan dana RM20 bilion ini akan menggunakan wang rakyat kerana pemegang saham ValueCap terdiri daripada institusi yang dilihat sebagai lubuk tabungan rakyat iaitu KWAP, PNB dan Khazanah Nasional Bhd?
3) Adakah suntikan dana ini merupakan pakej pemulihan jangka panjang dan cekap dalam menangani krisis yang sedang dihadapi?
Persoalan ini timbul kerana langkah yang sama telah dilakukan oleh kerajaan China beberapa bulan dahulu namun akhirnya mengheret pasaran saham republik itu ke dalam tragedi China Black Monday pada tanggal 24 Ogos 2015.
Hanya langkah pintas
Tidakkah sentimen negatif terhadap kewangan negara akan bertambah memandangkan langkah China berkenaan turut dikritik hebat oleh para pakar ekonomi dan penganalisis dunia?
4) Siapakah yang akan mendapat faedah sebenar daripada suntikan dana ini? Seterusnya, apakah jaminan kerajaan bagi memastikan suntikan dana tersebut tidak dimanipulasi untuk kepentingan politik dan juga individu tertentu?
Suntikan dana ini dibimbangi akan dimanipulasi melalui pemberian ‘duit kopi’ untuk tujuan pembersihan wang haram (money laundering) sepertimana yang didakwa berlaku dalam skandal 1MDB.
Kerajaan harus sedar bahawa penyusutan nilai mata wang negara yang mendadak perlu ditangani dengan segera bagi pemulihan ekonomi jangka panjang.
Suntikan dana tersebut hanyalah langkah pintas dan bersifat pemulihan jangka pendek semata-mata yang bakal mendedahkan pasaran Malaysia sekali lagi kepada aliran keluar dana asing yang lebih besar, terutamanya setelah suntikan RM20 billion itu habis dibelanjakan.
Jumlah sebesar ini jika disuntik sebagai peruntukan untuk merancakkan aktiviti ekonomi kecil dan sederhana seluruh negara mampu meningkatkan pendapatan rakyat melalui peluang penglibatan dalam ekonomi domestik yang lebih luas.
Pihak kerajaan sering menggunakan alasan bahawa fenomena global menyebabkan penyusutan nilai mata wang, namun kerajaan tidak dapat menafikan bahawa skandal 1MDB dan kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi PM sendiri telah menggalakkan dan meningkatkan lagi sentimen negatif terhadap kedudukan ekonomi negara.
Justeru kami melihat bahawa perdana menteri sepatutnya meletak jawatan terlebih dahulu sebagai langkah awal yang cekap dan bertanggungjawab bagi memulihkan ekonomi negara.
Pemimpin negara wajib mendahulukan nasib negara dengan membela masa depan anak muda. Kami mahu mewarisi kekayaan yang adil lagi saksama di samping kesenangan hidup tanpa bebanan kos saraan yang tinggi.
Wariskanlah kepada kami kemakmuran dan bukannya bebanan hutang dan pinjaman. Kami gusar apabila melihat nasib anak muda semakin bertambah terbeban.
Perhimpunan baju merah, Rabu lalu gagal melihat keseriusan kemelut ini. Jika api perkauman yang mahu diwariskan, kami bimbang masa depan anak muda amat gelap.
Mereka bukan sahaja akan dalam kemiskinan, malah dalam persengketaan dan perbalahan sesama sendiri. Kami khuatir nantinya yang menang jadi abu, yang kalah jadi arang.
Faiz Fadzil - Timbalan Ketua Pemuda AMANAH

AMANAH INGIN BERPADU TETAPI PAS TAK MAHU ....SIAPA YANG EGO???

Presiden AMANAH Hj Mohamad Sabu amat bersetuju dengan cadangan PKR untuk mengadakan sidang meja bulat bagi membincangkan penubuhan PR 2.0. Tetapi jelas PAS menolak pelawaan PKR ini. Jadi siapa sebenarnya yang tidak ingin berpadu dan mengeratkan siaturrahim. Jelas rakyat melihat bahawa PAS cuba menyendiri dan tidak mahu berkawan dengan orang lain. Ini sesuatu yang malang kerana Islam sepatutnya mengamalkan persahabatan bukan permusuhan.

Rabu lalu Mohamad menegaskan bahawa keperluan pakatan baharu perlu diwujudkan dengan segera. Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis perasmian pelancaran Parti AMANAH Negara di Shah Alam.
"Di Malaysia, apabila kita memilih cara demokrasi dan pilihan raya untuk memperoleh kuasa atau menambah kekuatan di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen, maka tidak ada jalan lain melainkan mengadakan pakatan politik dengan parti-parti lain"

"Untuk berhadapan dengan Barisan Nasional (BN), parti-parti politik yang lain tidak boleh bersendirian, kerana BN menguasai sepenuhnya jentera kerajaan, media dan sebagainya. Hanya kesatuan rakyat melalui pakatan parti-parti politik sahaja jalan terbaik untuk membuat perubahan, seperti yang pernah dicapai Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu"
Oleh itu katanya jemputan daripada Ketua Pembangkang Parlimen dan juga Presiden Parti Kedilan Rakyat, Datuk Sri Dr Wan Azizah Ismail untuk diadakan sidang meja bulat membincangkan pembentukan pakatan baharu amat dialu-alukan.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter