.

.

03 March 2012

PENYANYI AISYAH MASUK PAS?

Terbaru penyanyi Aisah pula menyertai PAS? Betul ke? Kena tanya dia sendiri. Tetapi sejak akhir-akhir ini Aisyah sering diundang mengambil bahagian dalam program anjuran PAS.

Moga beliau turut sama menjejaki Akil Hayy, Bob Lokman, Renggo dan lain-lain menjadi pejuang Islam menggabungkan diri menjadi ahli PAS.

MALAYSIA BANGKIT DILANCAR TOLAK KERAJAAN RASUAH ....

Malaysia Bangkit dilancarkan oleh Mahasiswa hari ini di Bukit Bintang.

Bangkit untuk menolak kerajaan yang rasuah, zalim, mengamalkan kronisme, mengongkong media, mengongkong rakyat dan sebagainya.

01 March 2012

Presiden PAS boleh bukan MELAYU

Presiden PAS dan kepimpinan tertinggi PAS boleh bukan berbangsa Melayu. Ini kerana PAS bukan parti perkauman sempit macam Umno, MCA dan MIC yang meletakkan sesuatu kaum sahaja boleh menjadi pemimpin mereka. Tetapi sudah lama menerima konsep kepelbagaian bangsa dalam jemaahnya. PAS tidak pernah meletakkan perlembagaan bahawa Presiden dan Mursyidul Am mesti orang Melayu.

Cuma yang pasti Presiden PAS boleh orang Cina, India, Iban, Kadazan dan sesiapa sahaja ASALKAN SEORANG ISLAM yang layak.


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan sesiapa sahaja yang "beragama Islam yang soleh" boleh memimpin Pas, tidak kira kaum atau bangsa.
"Saya ingin mengulangi penegasan saya bahawa sesiapa sahaja yang merupakan Muslim yang soleh boleh memimpin Pas sekalipun bukan berbangsa Melayu kerana bangsa tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi ALLAH SWT," kata beliau menerusi Facebook hari ini.

29 February 2012

Dollah Badawi bertanding lagi, Umno KETANDUSAN calon berwibawa

Sumber dalaman Umno menyatakan bahawa bekas Perdana Menteri, Abdullah Badawi akan dikekalkan untuk bertanding di Parlimen Kepala Batas. Maknanya Umno tidak mempunyai calon lain yang diyakini mampu mempertahankan kerusi tersebut. Ini bererti bahawa Abdullah adalah calon boleh menang.

Selain dari Abdullah, nama-nama lain seperti Ahli Parlimen Sri Gading, Mohamad Aziz dan Ahli Parlimen Tasek Gelugot, Nor Mohd Yackop juga dikatakan termasuik dalam dalam senari calon boleh menang. Kalai inilah kayu ukur Umno, maka jelas sebenarnya Umno tidak mempunyai ramai calon boleh menang dan terpaksa mengambil calon "recycle' untuk berdepan dengan PR.

Mana perginya slogan meremajakan Umno yang dikatakan bahawa pemuda akan diutamakan dalam Umno.

BAS ANGKUT RAKYAT DENGAR CERAMAH HASSAN ALI, SYABAS


Saya sebenarnya tidak mahu menulis lagi tentang Dr Hassan Ali, tetapi kerana ceramahnya di Cukai, Kemaman, maka saya tulis artikel ini. Banner besar mengenai ceramah Dr Hasan Ali memenuhi seluruh Kemaman. Siang di Stadium negeri Terengganu di Kuala Terengganu dan malamnya di Padang bandar Chukai, Kemaman.

Malam ceramah itu sebenarnya ada 2 ceramah. Ceramah Adam Adli anjuran MTD Cukai di Kampung Dusun Nyior dan ceramah Hassan Ali di Padang Astaka Chukai. Selesai merasmikan mesyuarat agung sebuah cawangan malam itu, saya meronda sekitar tempat ceramah.

Bas-bas yang disewa memenuhi sekitar padang. Ada yang beritahu padang tak penuh, tapi jumlah sebenar pengunjung saya tak pasti. Diberitahu bahawa semua JKK, Wanita Umno, Puteri dan belia dikerah untuk menghadiri ceramah tersebut. Benarkah demikian?

Di kawasan letak kereta dan tempat lain, RELA ramai juga. Saya teringat dengan tulisan Dato’ Tuan Ibrahim mengenai kebimbangannya dengan RELA sebagai reaksi kepada ucapan Najib yang akan mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun.

Tema ceramah Himpunan Sejuta Umat mengajak umat menjaga aqidah. Siapa sebenarnya penganjur ceramah? NGO atau Umno Kemaman? Umno cakna kepada aqidah? Jauh panggang dari api.

Dr Hassan Ali mungkin teruja dengan sambutan. Rupanya selepas tidak menjadi ahli PAS, sambutan masih banyak. Cuma yang banyak itu dari siapa ya? Kalau nak uji pengaruh, boleh uji di kawasan DUN yang Dr menjadi wakil rakyatnya. Letak jawatan dan bertanding di atas tiket JATI atau BN.

Dr Hassan Ali sebut bahawa pemecatannya kerana Islam, perjuangkan Islam. Lantas beliau memberikan justifikasinya. Saya tak fikir Presiden PAS memecat Dr Hassan Ali kerana Islam atau perjuangkan Islam. Di sana ada pelbagai isu lain yang berlaku. Mungkin Dr Hassan Ali mahu menuding jari kepada beberapa orang sahaja di dalam PAS tetapi apabila ceramah dan roadshow yang dibuat, maka ia menjadi seperti marahkan nyamuk kelambu dibakar, atau beruang menampar lalat di pipi tuannya.

Dasar perjuangan PAS tidak lari hanya dengan sebab ada beberapa orang yang kurang disenangi tadi kerana PAS tetap dipandu oleh Majlis Syura Ulama. Kita juga punya Dewan Ulama yang tidak akan mendiamkan diri jika perjuangan PAS dibawa secara salah. Apatah lagi MursyidulAm dan Presiden PAS sendiri ialah ulama haraki yang berpengalaman.

Di atas kapasiti seorang pakar motivasi, mungkin ucapan Dr Hassan Ali ada yang mengiakan selurruh ucapannya. Mungkin ada sedikit kebenarannya, dan banyak juga yang perlu dijelaskan kembali. Mungkin juga ada orang atas yang terpengaruh lalu tidak lagi mengundi PAS dan Pakatan Rakyat. Lagi banyak roadshow yang dibuat lagi banyak ucapan dibuat. Lagi banyak ucapan lagi banyak kekeliruannya.

Peluang untuk kembali kepada PAS belum berakhir. Presiden PAS pernah mengimbau seorang tokoh dalam PAS yang aktif menulis dan aktif juga mengkritik secara berlebihan. Beliau akhirnya kembali kepada PAS di hujung umur. Bagi Dr Hasan Ali, sekarang suara masih kuat dan lantang. Adakah Dr akan kembali kepada PAS di hujung umur juga atau bagaimana?

Nik Nasri Nik Malek,
Kemaman, Terengganu

harakahdaily

28 February 2012

Melaka : Rakyat DIHATIKU; Terengganu BN diHATIKU

PAS Melaka menggunakan slogan RAKYAT DIHATIKU manakala BN Melaka menggunakan Slogan BN dihatiku.

Masing-masing menggunakan perkataan DIHATIKU. Mana satu yang diterima rakyat. Slogan PAS Melaka menampakkan bahawa PAS prihatin kepada rakyat manakala slogan BN menunjukkan rakyat prihatin kepada BN seolah-olah BN terdesak dan nazak .......

27 February 2012

NAJIB KATA BN SUDAH INSAF, BETUL KE?

Presiden Umno, Haji Najib Razak mengakui BN melakukan kesalahan semasa memerintah Selangor dan Malaysia secara umumnya.

"Kita akui mungkin kita ada buat sedikit sebanyak kesilapan pada masa dulu sebab itu rakyat tidak menyokong kita. Tapi kita sudah insaf daripada kesilapan dulu dan kita mohon maaf kepada rakyat Selangor kalau ada apa-apa kesilapan.
"Dan kita berikrar daripada kesilapan itu, atas kesedaran itu, kita akan bangunkan satu kekuatan baru untuk mengubah landskap di Selangor supaya di bawah kepimpinan BN, kita akan menjurus kepada masa depan yang lebih baik lagi," katanya pada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN Selangor di Pelabuhan Klang hari ini.

Najib jelas macam sudah putus asa untuk merampas Selangor sehingga terpaksa merayu dan melutut kepada rakyat.

Betul ke Umno/BN sudah insaf. Bagaimana dengan isu NFC; Skandal PKFZ: Isu Lynas; Isu kenaikan harga barang;  Kenaikan harga minyak; Subsidi kepada IPP dan sebagainya. Pemimpin Umno/BN kaya raya sedangkan rakyat merempat ....benarkah Umno/BN sudah insaf.

Bagaimana dengan undang-udang zalim dan drakonian seperti ISA, OSA, AUKU dan sebagainya. Jika insaf mengapa ianya terus digunakan untuk menzalimi rakyat.

Di saat Umno menyinga dengan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan ....yang pasti rakyat terus dipinggirkan dengan kesempitan hidup kerana harga barang semakin meningkat dan lain-lain kos seperti tarif air yang kian meningkat.

Umno/BN gegak gempita dengan BR1M RM500. Tetapi rakyat tidak mudah lupa, kalau dikira RM500 untuk setahun, sehari berapa rakyat dapat RM1.37. Kalau dikira RM500 untuk 54 tahun sejak merdeka maknanya rakyat dapat 0.025 sehari ( 2 sen setengah). .......kalau itulah angkanya RM1.37 sehari belanja harian murid-murid sekolah rendah pun tak lepas......

Isu KEDAH : ISU yang TIADA ISU

Kerajaan Kedah mengamalkan angkat sumpah Exco setiap tahun. Maka dengan itu juga Menteri Besar boleh melantik sesiapa sahaja untuk menjadi Exco Kerajaan Negeri. Sudah menjadi kelaziman exco boleh dikekal atau diganti. Mungkin kerana Menteri Besar merasakan performance tidak baik atau Exco sendiri tidak mahu meneruskan kerjanya atau mungkin juga ada pengganti lain yang lebih baik.

Tidak berbangkit isu pecat memecat atau jatuh menjatuh. Yang tidak mahu boleh berehat dan yang mahu boleh melakukan kerja dengan dedikasi dan bersungguh-sungguh.

Isu perlantikan Exco di Kedah menjadi hangat seminggu dua ini lantaran permainan pihak-pihak musuh mensensasikan cerita ini. Padahal ianya perkara biasa jika ada Exco yang diganti dan direhatkan hatta Menteri Besar pun boleh direhatkan tidak menjadi masalah.

Di Selangor, Abu Hassan Omar direhatkan separuh jalan, Mat Taib berhenti setelah sekian lama bermegah di kerusi MB; malah Sanusi Junid juga berhenti memberi laluan kepada orang lain, begitu juga Syed Razak jadi apa yang hendak dipeningkan ...........

Sebenarnya di Kedah apa yang berlaku ialah ISU YANG TIADA ISU.....

Lynas AKAN DIBATALKAN?

Bantahan dari rakyat terhadap Lynas amat hebat. Ada maklumat yang menyatakan bahawa bagi mendapatkan sokongan rakyat yang membantah Lynas, kerajaan akan menghentikan projek ini buat sementara bagi mengambil hati rakyat bagi sebelum PRU 13.

Selepas PRU 13 ianya akan diteruskan  .............setelah BN menang besar pada PRU tersebut. Taktik ini memang sudah diamalkan oleh BN sejak dahulu lagi.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter