.

.

21 May 2011

(Nasional) Lebih banyak hadiah untuk rakyat kurniaan Kerajaan BN

Rakyat Malaysia akan menerima hadiah berharga dari kerajaan BN dalam masa terdekat. Hadiah demi hadiah dikurniakan oleh kerajaan kepada rakyat. Antaranya kenaikan harga minyak, gula, air, tarif elektrik dan lain-lain. Ternyata kerajaan BN memang sebuah kerajaan yang sentiasa mengotakan janji dan slogannya iaitu RAKYAT DIDAHULUKAN dengan kesusahan dan kesengsaraan.


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan media kepada Malaysiakini hari ini mempersalahkan tindakan kerajaan persekutuan yang menarik subsidi sebagai punca harga makanan melambung naik.


Dengan berbekalkan perangkaan dari Pertubuhan Makanan dan Pertanian, Bangsa-bangsa Bersatu (FAO), katanya, peningkatan harga makanan di Malaysia adalah dua kali lebih tinggi daripada purata dunia.

"Kenaikan harga makanan adalah tertinggi pada tahun 2008 akibat kenaikan harga minyak dan petrol. Kita menjangka kesan yang sama untuk tahun 2011.

"Pada kadar kenaikan harga makanan sekarang dijangka pada akhir tahun 2011, rakyat terpaksa membayar 30 peratus lebih dari harga kos setiap jenis makanan berbanding pada tahun 2005," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut Anwar, kenaikan harga makanan kepada 4.9 peratus dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini menunjukkan peningkatan kos barangan akan berterusan dan dikhuatiri mencecah 8.8 peratus akhir tahun ini seperti yang berlaku tiga tahun lalu.

Tahniah kepada pengundi BN dan takziah kepada pengundi PR.

(Nasional) Bersedia untuk serahkan Selangor dan Kedah

Strategi jahat Umno sudah kita ketahui. Antaranya dengan mendaftarkan pengundi luar yang dipindahkan dari negei lain khasnya Sabah dan Sarawak ke negeri-negeri tersebut.

Apa persediaan PAS untuk menghadapi serangan jahat tersebut. Apakah kita akan kecundang sebagaimana kita berputih mata di Terengganu pada 2004 dahulu.

Kerja jahat mereka telah kita ketahui dan buktinya ada di hadapan mata. Sekarang masanya untuk kita mengambil tindakan tegas kepada kerja jahat BN dengan memperkudakan SPR, JPN dan agensi lain.

Diharapkan PAS kedua-dua negeri tersebut telah mengambil langkah yang drastik dan berkesan untuk memastikan Kedah dan Selangor terus diperintah oleh PAS dan PR selepas PRU 13 nanti. Jangan nanti kita menuding jari kepada satu sama lain selepas tewas.

(Tempatan) Cawangan Umno diketuai oleh seorang India

Sebuah Cawangan Umno di Melaka diketuai oleh seorang India. Parti yang mengaku berjuang Melayu tetapi mengangkat India menjadi Ketua Cawangan Umno Bukit Beruang Dalam. Bashkaran a/l Sanasi dilantik menjadi Ketua Umno Cawangan Bukit Beruang Dalam dan dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian Bukit Katil.

Bashkaran terkenal dengan sikapnya yang kebudak-budakan menganggu ceramah PAS dan PR dengan menjeri-jerit dan memaki hamun penceramah PAS bagaikan orang tidak siuman. Terbukti beliau merupakan seorang yang tidak professional dan tidak bertamadun.

Beliau juga bertindak bagaikan samseng kampung dusun cuba memukul Setiusaha PAS Kawasan Bukit Katil 2 minggu lalu.

Adalah dijangkakan malam esok Bashkaran akan sekali lagi mengganggu ceramah PAS yang akan diadakan di Bukit Pulau.

Nama lain Baskharan ialah Ramli Mohd Ali.

(Tempatan) PAS Kawasan ajak Ramli Keling ceramah bersama di Bukit Pulau

PAS Kawasan Bukit Katil mempelawa AJK Umno Bahagian Bukit Katil, Ramli Mohd Ali @ Bashkaran a/l Sanasi untuk berceramah pada program penerangan PAS Kawasan di Bukit Pulau malam esok 22 Mei 2011.

"Lebih baik dia ceramah sekali dengan PAS dari menjerit-jerit macam orang kurang siuman"

"Kita harap Encik Baskaran@Ramli terima pelawaan kita ini" kata jurucakap PAS Kawasan Bukit Katil ketika ditemui pagi ini.

Ceramah PAS di Bukit Pulau malam esok akan menampilkan Ahli Parlimen PAS Shah Alam, YB Khalid Samad dan pimpinan PR yang lain.

20 May 2011

(Nasional) Siapa kata Tok Guru Hj Hadi mahukan perpaduan PAS-Umno?

Media pembohong dan pemfitnah terus menerus mencari jalan untuk memecahbelahkan PAS menjelang pemilihan awal Jun ini.

Rentak dan lagu lama dimainkan antaranya melabelkan PAS kepada Kumpulan Ulama dan Professional serta kumpulan Erdogan. Tidak habis-habis puak-puak jahat dan kaki fitnah ini cuba memasukkan jarum ke badan PAS. Kita ingiun menegaskan sekali lagi bahawa tidak ujud puak-puak dan kumpulan dalam PAS. Kalau adapun ianya hanyalah label yang dicipta oleh media dan musuh PAS sendiri.

Sehari dua ini beberapa artikel ditulis kononnya kemenangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi sebagai Presiden PAS tanpa bertanding menunjukkan bahawa ahli PAS mahu perpaduan PAS-Umno menjadi kenyataan. Mereka mengaitkan Presiden PAS itu dengan agenda perpaduan PAS-Umno. Sedangkan Tuan Guru tekah bertegas bahawa tidak ada sebarang perancangan dan niat untuk membawa PAS bergabung dengan Umno. Antara 'term' yang digunakan ialah Unity Government (UG).

Media pencacai Umno ini sebenarnya sengaja mahu menimbulkan suasana tidak sihat dalam PAS iaitu budaya berpuak-puak, label melabel dan sebagainya.

Kita mengharapkan kepimpinan dan ahli PAS tidak terikut-ikut dengan rentak tarian media dan musuh-musuh PAS ini.

(Nasional) Malaysia adalah negara Islam ALA MUHYIDDIN YASSIN

Muhyiddin Yassin berkata Malaysia kini menjadi negara Islam contoh hasil daripada usaha UMNO yang menunjangi Barisan Nasional (BN).

Selain memberi tumpuan membantu penganut agama lain, Muhyiddin berkata kerajaan Pusat sejak selepas merdeka turut memberi perhatian utama membela nasib masyarakat Islam yang menjadi kelompok terbesar di negara ini.

Muhyiddin berhujah lagi bahawa tidak payah kita menyebut mahu membangunkan negara Islam kerana Malaysia dijadikan contoh oleh banyak negara Islam lain di dunia.

Beliau berucap pada majlis Jamuan Program Turun Padang Timbalan Perdana Menteri ke Perlis di Kuala Sanglang, di Kangar semalam.

Mudah sungguh ciri-ciri negara Islam yang disebut Muhyiddin. Sedangkan syarat-syarat untuk menjadi sebuah negara Islam ialah mendaulatan Undang-undang Islam dan menjadikan Al Quran dan Hadis sebagai hukum tertinggi di dalam negara.

Macamana kita hendak kategorikan Malaysia negara Islam sedangkan undang-undang yang kita pakai adalah undang-undang ciptaan Lord Reid yang tidak ada kena mengena dengan Islam. Malah ianya juga tidak ada kait mengait dengan Melayu, Cina atau India, ianya 'totally' undang-undang Inggeris.

Bagaimana pula sistem ekonomi negara, sistem pentadbiran negara dan lain-lain semunya tidak ada kena mengena dengan Islam.

Muhyiddin sepatutnya malu untuk mengaku Malaysia sebagai negara Islam sedangkan negara terus ingkar kepada Allah dengan mengamalkan undang-undang yang tidak kena mengena dengan Islam. Selain itu kerajaan yang ada juga terus meneruskan menggalakkan aktiviti mungkar dan maksiat tanpa mencegahnya. Banyak  program-program 'lagha' dan maksiat dibiar malah digalalkkan yang menyebabkan rakyat leka dengan budaya hedonisme yang mengkhayalkan. Akhirnya kira-kira 200,000 anak luar nikah dilahirkan dalam masa 5 tahun kebelakangan ini. Apakah ini yang dinamakan negara Islam. Mungkin ini negara Islam Ala Muhyiddin Yassin.

(Tempatan) Ceramah YB Khalid Samad 22 Mei

Ceramah YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam akan diadakan pada 22 Mei di Pejabat PAS Cawangan Kg Bukit Pulau, berhampiran rumah Mohd Zen Mangkuta. Selain beliau turut menyampaikan ceramah pada malam itu ialah pimpinan PKR dan DAP.

Seluruh penduduk Melaka khasnya warga Parlimen Bukit Katil dijemput hadir.

19 May 2011

(Nasional) Anwar tahu siapa pelakon Video?

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mungkin mengenali pelaku dalam rakaman video seks yang dikaitkan dengan dirinya apabila ditanya mengenai skandal itu dalam sesi perbualan bersama Yahoo! News.

“Saya ada beberapa orang untuk disyaki! perut buncit dan dada lendut, ha ha,” katanya ketika ditanya jika mengenali identiti lelaki dalam video 21 minit yang didedahkan 21 Mac lalu.

Dalam perbualan selama 75 minit itu, yang dihoskan Yahoo! Malaysia, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berulang kali menafikan penglibatannya dalam aksi seks didakwa “Datuk T”.

Pada pandangan tetamu-tetamu sekelian siapakah pelakon video dan pengarah video itu?

Sumber : Malaysianinsider

(Nasional) Tahniah satu lagi hadiah untuk rakyat Malaysia dari kerajaan BN prihatin

Minggu hadapan kerajaan BN yang prihatin dan mendahulukan rakyat sekali akan mengembirakan rakyatnya. Menurut sebuah media kerajaan BN telahpun merestui kenaikan tarif elektrik bermula 25 Mei ini. Berita ini juga mengembira dan melegakan rakyat terutama pengundi Umno/BN yang sememangnya kaya raya dan bil mereka 'dibayar' oleh Umno/BN. Takziah pula kepada pengundi PR kerana terpaksa berbelanja lebih selepas ini akibat kenaikan tarif elektrif ini.

Saya yakin sebaik sahaja tarif elektrik ini dinaikkan nanti, sudah tentu rakyat akan terus menerima berita baik iaitu semua barangan dan cas perkhidmatan akan juga dinaikkan kerana semuanya menggunakan tenaga elektrik. Tahniah sekali lagi kepada pengundi BN dan takziah kepada pengundi PR.

Kalau beginilah cara kerajaan BN memerintah iaitu sering mendahulukan rakyat dengan menaikkan harga minyak, gula, air, elektrik dan 'menggalakkan' kenaikan harga barang dan cas perkhidmatan, memang patut rakyat 'mengundi' BN dari dulu, kini dan selamanya, kalau boleh biar sampai Hari Kiamat. "Hidup' BN.

Akhbar itu yang memetik sumber berkata kerajaan memilih menaikkan harga elektrik dan bukannya harga petrol RON95 kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan kemarahan besar-besaran rakyat. Justeru, petrol RON95 dijangka kekal buat masa ini.

Impak atau kesan kenaikkan tarif elektrik dikatakan lebih kecil berbanding kenaikkan harga petrol RON95 ke atas kerajaan, dakwa sumber dari jemaah menteri itu.

Menurut laporan itu juga kerajaan telah meluluskan kenaikkan tarif berkenaan.

Ia sepatutnya diumumkan pada Khamis lalu tetapi ditangguhkan kerana pengumuman kenaikkan harga gula juga dibuat pada minggu lalu. Tindakan tersebut dikhuatiri membangkitkan kemarahan rakyat.

(Nasional) Bersediakah PR berjuang tanpa Anwar?

Sebaik sahaja mengetahui bahawa Anwar diperintah membela diri dalam kes liwat 2 terbayang oleh kita semua bahawa Anwar bakal 'berehat' sekali lagi di penjara Sungai Buloh. Mungkin kali ini tempohnya agak lama dan selepas keluar nanti kita tidak tahu apa akan jadi kepada Anwar.

Persoalannya sekarang bersediakah PR berjuang tanpa Anwar.? BN sudah pasti tahu dan faham sejak dari mula-mula PR ditubuhkan bahawa perpaduan dan gerakerja sepasukan dalam PR banyak bergantung kepada Anwar. Ini kerana parti-parti komponen PR sebenarnya belum bersedia untuk melantik seorang pemimpin baru selain Anwar. Kita pun hairan mengapa sesudah berkawan lebih 3 tahun parti-parti dalam PR masih belum yakin antara satu sama lain. Buktinya PR tidak bersedia melantik Ketua Pembangang sementara di Parlimen ketika Anwar digantung selama 6 bulan dari Parlimen.

Parti-parti dalam PR mesti berlapang dada dan sedar bahawa Anwar bukan selamanya akan hidup menongkat langit.  Suatu hari beliau akan pergi meninggalkan kita semua seperti manusia lain juga. Apakah selepas Anwar tiada kita boleh berpecah??? Ini persoalan yang sedang berlegar di fikiran saya. Mengapa parti-parti dalam PR masih tidak matang, curiga kepada satu sama lain sedangkan mereka sebenarnya diperhatikan oleh rakyat dan dipantau 24 jam oleh Umno/BN dan hamba-hamba suruhan Kerajaan Umno/BN.

Anwar besar kemungkinan akan meninggalkan kita lebih awal jika kita lihat kepada corak penghakiman yang di buat oleh Hakim Zabidin. Mungkin seawal Julai selepas perbicaraan tamat pada 30 Jun. Parti-parti komponen PR mesti berlapang dada dan bersedia untuk berhadapan dengan situasi itu. Saya mencadangkan supaya Anwar memimpin perbincangan dan cuba mencari penyelesaian segera sebelum apa-apa berlaku terhadap Anwar. Kita masih ada sebulan sahaja untuk merungkai kekusutan ini. PAS, DAP dan PR mesti berlapang dada, professional,telus dan jujur dalam hal ini. Jika kita tidak sekata kita akan kecundang sekali lagi. Untuk bangkit dari kekalahan ini mungkin ianya memerlukan 10 tahun atau lebih untuk peluang sebegini.

Oleh itu ayuh pimpinan PR bersedia dari sekarang. 'Risk Assessment' dan 'countermeasure' mesti disediakan. Manifesto dan apa juga yang berkaitan dengan Pilihanraya Umum mesti dibincangkan segera.

Berpijaklah di bumi nyata wahai pimpinan PAS, DAP dan PKR.!

Saya yakin pimpinan PAS sudah matang dalam hal ini dan sentiasa terbuka dalam apa juga keputusan. Rakyat sebenarnya sedang menanti penjelasan dan persediaan serta perancangan PR jika ditakdirkan sesuatu yang tidak diingini menimpa Anwar.

(Nasional) PKR ikut jejak Umno kena haram?

Parti KeADILan Rakyat (PKR) akan mengikut jejak Umno diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan. Jika ini berlaku ia merupakan satu tamparan hebat kepada PKR lebih-lebih lagi menjelang Pilihanraya Umum ke 13. Hal tidak mustahil akan berlaku jika benar-benar ada bukti yang PKR tidak mematuhi peraturan pendaftar pertubuhan.

Sumber dalaman PKR menyatakan bahawa kesalagan yang dilakukan PKR dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung akhir tahun lalu.

TV Selangor yang memetik sumber melaporkan parti itu juga difahamkan telah menerima surat berhubung pembatalan berkenaan daripada Pendaftar Pertubuhan awal bulan ini.

Menurut sumber itu berdasarkan surat daripada Pendaftar Pertubuhan itu, PKR didakwa melanggar beberapa peruntukan perlembagaan parti tersebut, yang ditubuhkan pada April 1999. Jika menjadi kenyataan maka PKR bakal menuruti jejak Umno yang pernah diharamkan pada tahun 1988 selepas berlaku pertembungan Ku LI-Mahathir untuk jawatan Presiden pada pemilihan Umno 1987.

Selepas itu Umno Baru ditubuhkan bagi menggantikan Umno asal. Namun begitu Umno (Baru) tetap menutup cerita yang mereka pernah diharamkan Tanpa segan silu dan tiada maruah mereka terus menyambut hari ulangtahun berdasarkan tahun kelahiran mereka 1946. Muka tak malu!!!

Apakah PKR akan menjadi mangsa kali ini. Umno/BN sudah tentu gembira sakan jika PKR diharamkan kerana ianya sudah tentu menjejaskan peluang pada PRU 13 nanti.

(Nasional) Kerajaan pilih bulu - Guru biasa tak puas hati

Ramai di kalangan guru-guru biasa kesal dengan pengumuman insentif kepada guru yang dibuat oleh Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yassin baru-baru ini. Mereka menyifatkan insentif dan kenaikan pangkat itu hanya mengutamakan segelintir guru iaitu yang mempunyai pangkat dan kedudukan sahaja. Sedangkan guru-guru biasa tidak mendapat keistimewaan dan kelebihan. Terbukti ianya tidak menyeluruh dan menganaktirikan  majoriti guru-guru biasa yang jumlahnya kira-kira 400,000 orang .

Apa ertinya kenaikan pangkat dan insentif baru jika ianya hanya mengutamakan segelintir guru-guru khasnya yang berpangkat di mana jumlahnya tidak sampai 5,000 orang.

Guru-guru sebenarnya mempunyai suara yang ramai. Mereka boleh memprotes keputusan kerajaan ini dengan menterjemahkannya di dalam peti-peti undi semasa Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Undi BN sudah tentu akan menyebabkan kebajikan mereka terus diabaikan. Sedangkan PR siang-siang lagi telah menawarkan insentif kepada guru-guru sebagaimana yang dibentangkan dalam Buku Jingga.

BN ternyata tidak mendengar rintahan dan luahan rakyat khasnya guru yang kian lama kian tersempit dengan kos kehidupan yang semakin meningkat.

(Nasional) Harakahdaily masih ditakuk lama, bila hendak berubah

Bilalah Harakahdaily akan berada seiring dengan Malaysiakini dan portal berita lain. Sehingga kini jelas sekali portal berita tersebut gagal untuk memberikan maklumat yang cepat, meluas dan terkini.

Kita yakin Harakahdaily sendiri tahu bagaimana untuk 'upgrade' perkhidmatan mereka supaya setanding dengan portal berita lain. Perkara ini sudah lama diutarakan tetapi masih gagal ditangani. Kita mengharapkan PAS dan Harakah sebagai badan induk dapat mencari jalan penyelesaian kepada masalah kelambatan, liputan tidak meluas dan sebagainya.

Di bawah ini beberapa cadangan yang ingin saya kemukakan :-

1) Harakahdaily melantik wartawan tetap di setiap negeri atau sekurang-kurangnya melantik Stringer dengan elaun minima ditambah dengan honororium mengikut jumlah berita.

2) Menggunakan khidmat wartawan Harakah cetak dengan ditambah bayaran honororium untuk sumbangan berita kepada Harakahdaily

Banyak lagi cadangan lain tetapi cukup 2 cadangan di atas sebagai permulaan bagi Harakahdaily memperbaiki mutu perkhidmatannya sesuai dengan kehendak pembaca yang dahagakan berita yang pantas, tepat, jujur dan meluas.

Melihat kepada ranking terkini bagi portal-portal berita di Malaysia, Harakahdaily jauh terkebelakang, langsung tidak termasuk dalam 30 ranking teratas sedangkan Malaysiakini menduduki ranking kesepuluh dan TheMalaysianinsider ranking ke 18.

Portal Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa Persatuan Digital Rakyat Malaysia (MDA) mengesahkan Malaysiakini adalah portal berita nombor satu negara sepanjang bulan lalu.

Dengan 2.7 juta pelawat unik pada April, Malaysiakini mendahului the Star (2.4 juta), Harian Metro (1.6 juta) dan Utusan Malaysia (1.3 juta).

Menurut Effective Measure, yang mengumpulkan data bulanan itu kepada MDA, laman yang paling kerap dikunjungi rakyat Malaysia adalah Facebook dengan 8.5 juta pelayar dan diikuti dengan Google dengan 5 juta pelayar.

(Nasional) Umno/BN terus berdegil belakangkan hukum Islam

Pemimpin sejak dahulu hingga kini konsisten menggesa dan menasihat Umno/BN sebagai kerajaan supaya kembali kepada Hukum Islam sepenuhnya dalam menyelesaikan kemelut jenayah, maksiat, ekonomi, politik dan semunya.

Namun nasihat dan pandangan ini tidak dipandang langsung oleh Umno yang terus berdegil tidak mahu tunduk kepada suruhan Allah dan Rasul S.A.W.

Semalam Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang sekali lagi menegaskan perkara yang sama.

"Sudah sampai masa bagi Kerajaan Persekutuan memperkasakan Mahkamah Syariah agar ia memainkan fungsi dan peranan dengan baik."

"Barisan Nasional (BN) ada kuasa, kenapa tidak selesaikan secara Islam. Kalau tak ada peruntukan sedia ada, boleh pinda Perlembagaan atau perkara berkaitan. Inilah cara paling bersih,'' katanya merujuk kepada isu fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tuan Guru berkata demikian semasa ditanya media ketika beliau melakukan lawatan ke  tapak projek Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil dekat Baling semalam.

Beliau menegaskan, kes jenayah yang melibatkan pelaku orang Islam misalnya perlu diadili mengikut peruntukan undang-undang syariah.

"Maknanya kalau kes jenayah, ia kena ikut prosedur undang-undang jenayah Islam, tak boleh ikut cara orang lain,'' jelasnya.

(Nasional) PAS perlu tonjolkan pemimpin yang diterima semua rakyat bukan syok sendiri

Muktamar pada awal Jun ini sekali lagi menyaksikan PAS memilih pemimpinnya untuk tempoh 2 tahun akan datang. Pemimpin kali ini juga akan menganggotai 'kabinet' PAS bagi membawa cabaran dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang mungkin berlangsung pada tahun ini juga.

Setiap kali pemilihan maka pemimpin-pemimpin PAS samada penyandang jawatan dan pesaing mereka akan ditonjolkan oleh para penyokong mereka. Alhamdulillah tradisi parti Islam ini dapat dipertahankan dari dahulu dan Insya Allah selamanya iaitu pemilihan ini berlangsung dalam suasana yang sihat tiada rasuah, ugutan dan penipuan tidak seperti parti yang satu lagi.

Apa yang ingin diutarakan di sini ialah tentang sikap PAS sendiri dalam pemilihan kepimpinan. Bagi saya apa yang penting PAS mesti melihat dan mencari seorang tokoh yang mampu menarik sokongan semua rakyat bukan hanya yang diterima oleh penyokong dan ahli PAS semata-mata. Secara jujur saya melihat pemimpin atasan yang ada sekarang tidak dapat diterima sepenuhnya oleh sesetengah komuniti rakya yang berbilang kaum, agama dan budaya.

Sila jawab soalan di bawah ini dengan jujur.

1) Ada atau tidak pemimpin PAS yang diterima oleh semua masyarakat berbilang kaum di Malaysia khasnya orang Cina dan India?

2) Ada atau tidak pemimpin PAS yang mampu mengambilalih peranan dan tugas Anwar Ibrahim jika beliau disumbat semula ke 'Universiti' Sungai Buloh. ?

Jika jawapan untuk soalan di atas tidak ada maka PAS sewajarnya mencari jalan dan kaedah bagaimana untuk membentuk dan melatih pemimpin yang sekurang-kurangnya memenuhi ciri-ciri di atas secara minima. Karisma, kepimpinan (leadership), kreativiti dan sebagainya bagi seorang pemimpin boleh dipupuk dan dibentuk. PAS sepatutnya sudah mempunyai calon-calon yang dilihat sesuai dan paling layak untuk membentuk dirinya (dan dibentuk oleh PAS) bagi memastikan PAS diterima oleh segenap rakyat dan rakan-rakan politiknya.

Pemimpin yang mempunyai ciri-ciri minima seperti di atas mesti dikenalpasti dan dipupuk dari masa ke semasa. Tarbiah dan latihan kepimpinan mesti dirancang dan diprogram supaya bila sampai masanya calon itu bersedia untuk ke depan.

Malangnya kita lihat kebanyakan pemimpin yang ada hari ini lahir dengan sendirinya tanpa 'succession plan' dan 'career development' yang betul-betul dirancang dan diprogram. Kita bertuah jika beliau lahir sendiri tetapi bagaimana jika orang itu tidak lahir-lahir sejak sekian lama sedangkan PAS amat memerlukan orang seperti tu sekarang.

Bagi saya memang kita ada beberapa orang yang kita rasa mampu untuk digilap dan disuburkan. Namun apakah PAS dan pemimpin PAS yang sedia ada boleh memberi laluan dan lorongan untuk pemimpin ini ke depan dan ditonjolkan. Di sinilah pengorbanan semua termasuk pemimpin atasan dan ahli bawahan ditagih oleh kita demi kesinambungan perjuangan PAS pada masa hadapan.

18 May 2011

(Nasional) Hukum penuduh, penayang, pengedar video dan pelakon video ikut hukum Islam

Hari ini Utusan terus meletakkan tajuk utamanya berkenaan video porno. Tajuknya dedahkan pelakon video. Bagi kita bukan sahaja pelakon video yang mesti didedahkan tetapi penuduh/pemfitnah, pengarah video, pengedar video mesti dihukum dengan undang-undang Islam. Jika tiada peruntukan undang-undang Islam orang terbabit mesti diadilili dengan hukum sivil.

Utusan jangan cuba membangkitkan tajuk-tajuk atau isu-isu berkenaan pelakon video sahaja tetapi mesti menyiarkan berita secara menyeluruh supaya semua rakyat tahu bahawa bukan sahaja pelakon video yang bersalah tetapi pengarah, pengedar, penayang dan penuduh juga mungkin bersalah.

Jelas sekali Utusan terus mengeksploitasi isu ini untuk kepentingan 'penternak' mereka yang sentiasa memberikan 'makanan' sedap untuk mereka makan setiap hari. Walaupun diasak dengan nasihat dan pandangan supaya Utusan tidak menjadi akhbar penyebar fitnah dan bohong Utusan tetap degil dan tidak takut kepada Allah.

17 May 2011

(Nasional) Kerajaan BN lemah tenaga batin

Menteri 'Naik Minyak' Ismail Sabri Yaakub berkata kerajaan terpaksa menanggung RM18 bilion subsidi minyak tahun depan jika harga minyak RON 95 dikekalkan seperti harga sekarang. Oleh kerana itu beliau membayangkan kenaikkan harganya tidak dapat dikawal. Namun yang peliknya subsidi untuk IPP (penjana bebas elektrik) dan lain-lain yang jumlahnya jauh lebih besar terus diberikan. Jadi persoalannya benarkah kerajaan mengutamakan rakyat atau utamakan kroni? Kita yakin harga minyak RON95 akan dinaikkan tidak lama lagi kerana Menteri 'Naik Minyak' sudah membayangkan perkara itu. Terserah kepada rakyat untuk membuat penilaian samada BN hebat membantu rakyat  atau sudah lemah 'tenaga batin' tidak bertenaga lagi membantu meringankan penderitaan ralyat.

(Nasional) Utusan bebal mengira

Sejak dari dahulu kini dan mungkin selamanya Utusan Meloya bebal matematik. Setiap kali media pemfitnah itu membuat liputan program PR jumlah kehadiran akan menjadi 10 % sahaja dari jumlah kehadiran sebenar. Utusan langsung tidak menghiraukan etika kewartawanan, halal dan haram. Apa yang diketahui ialah menipu membohong dan membuat fitnah.

Hari ini sekali lagi Utusan Meloya berbohong. Siapa yang hendak menanggung dosa pembohongan ini. Utusan melaporkan bahawa hanya kira-kira 100 orang sahaja penyokong Anwar yang berhimpun di perkarangan mahkamah di Jalan Duta semalam. Sedangkan Sinar Harian melaporkan yang hadir ialah 500 orang. Kalau ditambah dengan anggota polis mungkin mencecahkan lebih 600 orang. Siapa pembohong?? Sinar Harian atau Utusan Meloya??

Sudah terang lagi bersuluh, Utusan Meloya berbohong 'atas darat'.

Sementara itu dalam laporan Utusan Meloya hari ini, akhbar lucah itu mencerca penyokong Anwar dengan menyatakan bahawa kumpulan itu mengeluarkan beberapa perkataan tidak seperti 'TV3 lucah', 'bodoh' dan lain-lain. Utusan tidak sedar bahawa merekalah yang sebenarnya media lucah, porno, kaki fitnah, adu domba dan sebagainya.

16 May 2011

(Nasional) Ron 95 : Menteri pembelit cakap berbelit-belit

Beberapa hari yang lalu Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob berkata harga minyak RON 95 tidak akan dinaikkan buat masa ini. Namun hari ini lain pula nada percakapannya. Ayah seorang penyanyi ini berkata rakyat perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan harga RON 95 akan naik.

Inilah sifat kaki pembelit cakap berbelit-belit, mengalahkan pelawak sarkas. Bagi kita kalau kerajaan sudah tidak sanggup sila berikan mandat kepada PR. Tidak perlulah cakap berbelit-belit semata-mata untuk memperdaya dan menipu rakyat yang sedang dalam kesengsaraan sekarang.

Tiba-tiba hari ini Si Mail ini berkata bahawa rakyat perlu bersedia kemungkinan berlaku kenaikan harga petrol RON95

Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.

Tanpa rasa malu dan bersalah (cakap berbelit-belit), Mail berkata rakyat perlu bersedia dan dia tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga. Katanya di Putra Jaya semalam yang dipetik dari Bernama.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa harga bahan mentah itu tidak akan naik buat masa ini.




(Nasional) Kes Liwat 2 : Najib dan Rosmah akan dipanggil ke mahkamah

Anwar berkata pasukan Peguambela akan memanggil Najib dan Rosmah menjadi saksi di mahkamah semasa perbicaraan tuduhan liwat terhadapnya. Perbicaraan tersebut akan berlangsung pada 6 Jun - 30 Jun.

Jika ini berlaku maknanya adalah kali kedua Perdana Menteri disapina untuk menjadi saksi di mahkamh. Walaupun bagaimana Dr Mahathir enggan hadir ke mahkamah pada perbicaraan kes liwat 1.

Menurut Anwar pasukan peguambelanya akan bersiap sedia untuk membuktikan bahawa tuduhan itu tidak benar dan seterusnya membebaskan beliau dari fitnah dahsyat ini.
Selain itu beliau juga menyatakan bahawa antara saksi-saksi yang mula diganggu oleh Polis sebelum perbicaraan terhadapnya dilakukan. Perkara ini menurunya mesti dihentikan. 

Anwar diarahkan membela diri oleh Hakim Zaidin Mohd Diah pagi tadi selepas didapati ada prima facie terhadap tuduhan liwat yang didakwa berlaku pada 2008 terhadap Saiful Bukhari Azlan.

Pada 7 Ogos 2008 Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan melakukan liwat bertentangan dengan peraturan alami di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10ptg dan 4.30ptg 26 Jun, 2008.


Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat.

(Nasional) Anwar diarah bela diri

Selepas 59 hari kes liwat 2 didengar di mahkamah, Hakim Zabidin Mohd Diah mendapati terdapat prima facie terhadap tuduhan kepada Anwar dan Ketua Pembangkang itu di arah membela diri. Keputusan ini memang dijangkakan dari awal lagi.

Anwar, 64, dituduh meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan, 25 di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Jika didapati bersalah di bawah Seksyen 377B penal kod, Anwar boleh djatuhkan hukuman penjara tidak kurang dari 5 tahun dan maksima 20 tahun.

(Nasional) PR akan kembali ke era tanpa Anwar

Dari bacaan penghakimannya, besar kemungkian Hakim akan memanggil Anwar untuk membela diri atas tuduhan liwat 2. Seperti Twitter yang dihantar oleh Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa, keputusan ini sememangnya sudah dijangka.

Oleh itu PR mesti bersedia untuk berjuang tanpa kehadiran Anwar di sisi. Beliau mungkin sekali lagi akan berjuang dari dalam penjara dengan doa dan harapan.

Insya Allah rakyat akan bangkit sekali lagi menolak BN seperti yang ditunjukkan pada PRU 1999. Jika orang Melayu menyokong PR seperti tahun 1999 dan orang Cina mengekalkan sokongan seperti 2008, kita yakin BN akan bungkus.

(Nasional) Besar kemungkinan Anwar akan dipanggil membela diri

Twitter dari Sivarasa - Dari percakapan Hakim yang sedang membaca penghakimannya Anwar besar kemungkinan akan dipanggil membela diri. Keputusan yang sememangnya dijangkakan dari hari pertama kes ini didengar.

(Nasional) Bicara Anwar : Kompleks Mahkamah kecoh

Kompleks Mahkamah, Jalan Duta di Kuala Lumpur dikawal ketat. Penyokong Anwar mula tiba seawal jam 4.30 pagi ini dan berkumpul ke Masjid Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan kompleks mahkamah bagi menunjukkan sokongan mereka kepada ketua pembangkang itu.

Mereka juga sempat bersarapan nasi lemak yang berbungkuskan aklhbar Utusan Malaysia sebagai protes simbolik mengenai peranan akhbar milik Umno yang didakwa menyiarkan pelbagai fitnah dan pembohongan terhadap Pakatan Rakyat.

Ketika ini, Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sedang membacakan penghakimannya dengan merujuk kes yang dibentangkan oleh kedua-dua pihak pendakwaan dan juga pembelaan.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.

Sumber : Malaysiakini

(Nasional) Umno tidak hormat Ulama Besar Dr Wahbah Az-Zuhaily

Keghairahan Umno mengaib dan memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengenal masa, tempat dan suasana. Tidak kira ianya di pasar malam atau masjid mereka mengedarkan VCD Porno.

Perkara ini terbukti apabila Umno mengedarkan video cakera padat (VCD) seks yang dituduh kononnya pelakunya ialah Anwar di setiap program PKR termasuk di program ‘Munajat Rakyat Menolak Fitnah’ bersama ulama besar dunia, Dr Sheikh Wahbah az-Zuhaily dari Syria, di Stadium Selayang baru-baru ini.

Pengedaran ini langsung tidak menghormati Dr Wahbah seorang Ulama' yang amat disegani oleh seluruh dunia. Memang terbukti Umno tidak beradab dan tidak sensitif. Kalaupun terdesak untuk memjahanamkan pemikiran rakyat dengan VCD Porno ini carilah masa lain, janganlah program yang dipimpin ulama' besar ini dicemari dengan fitnah yang dosanya lebih besar dari membunuh.

Umno mengangkat tokoh ulama besar ini sebagai Tokoh Maal HIjrah negara, tetapi pada masa yang sama mengaib dan memalukan Dr Wahbah dengan VCD porno ini. Malang sungguh negara kita mempunyai golongan jijik, porno dan lucah seperti ini. Tambahan pula kerajaan yang ada seolah-olah menggalakkan budaya jijik dan lucah seperti ini atau mungkin juga mereka yang menjadi 'taukeh'nya????%^^%*%

(Antarabangsa) Sudah 63 tahun Yahudi rampas tanah Palestin

Semalam 15 Mei 2011, ulang tahun ke 63 negara haram Israel tertegak di atas tanah yg dirampas daripada rakyat Palestin. Negara haram Yahudi yang tertegak dek kerana bantuan kuasa besar dunia seperti Amerika dan Britain terus bermaharajalela menyiksa dan menzalimi umat Islam. Sudah ratusan ribu umat Islam Palestin dibunuh oleh manusia berhati lebih teruk dari binatang. Antaranya di Sabra dan Shatila.

Bukan sahaja di Palestin mereka bermaharajalela tetapi di seluruh dunia. Jarum dan senjata mereka dalam apa juga bentuk masuk menusuk pemikiran umat Islam dan penduduk dunia lain. Di negara kita tidak terlepas di mana APCO menjadi penasihat kepada pihak tertentu dalam menentukan arah tuju negara. Sampai hati mereka mengambil APCO sebagai jurupandu mereka sedangkan mereka tahu bahawa manusia berhati iblis tersebut jahat, jahanam dan zalim kepada umat Islam.

Umat Islam seluruh dunia mesti bersatu untuk menghalau manusia iblis ini dari tanah umat Islam Palestin. Kejatuhan kerajaan Mesir dan penyatuan Hamas-Fatah di Palestin didoakan menjadi pemangkin kepada gerakan membebaskan Palestin dari belenggu manusia iblis tersebut.

Semoga hak rakyat Palestin akan dikembalikan semula, sama-samalah kita berdoa ianya dimakbulkan oleh Allah.

(Tempatan) PBT masih tidak jalankan tugasnya

Walaupun bantahan dan aduan dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR) Bukit Katil tentang pemasangan bendera di Persimpangan Bukit Beruang berhampiran Sekolah Rendah Bukit Beruang, namun Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masih gagal bertindak.

Bendera Umno yang tiangnya dikimpal kepada pengadang jalan masih berkibar walaupun ramai rakyat yang meluat dan menyampah dengan bendera keris Umno Baru tersebut.

Inilah sikap 'double standard' PBT yang tidak bertindak tegas terhadap Umno/BN. Tetapi jika PAS atau PR yang memasang bendera atau poster jangankan di tepi jalan di kawasan premis sendiri pun mereka kacau. Itulah yang terjadi kepada Pusat Aduan Rakyat (PAR) Bukit Baru di mana 'Frame' 'Banner' dan 'signboard' PAR tersebut dirobohkan oleh PBT.

Mungkin juga pemasangan bendera itu tidak salah di sisi undang-undang PBT terbabit. Jika demikian kita mencadangkan kepada semua parti-parti politik supaya segera memasang bendera masing-masing di mana-mana sahaja di negeri Melaka ini.

15 May 2011

(Dunia) Bapa borek anak rintik, Amerika dakwa Osama penggemar porno, Anwar difitnah video porno

Apa tujuan agensi berita antarabangsa yang dikuasai Yahudi mensensasikan berita bahawa komputer dan fail digital yang dirampas tentera khas Amerika Syarikat (AS) dari kawasan kediaman Osama Bin Laden di Pakistan mengandungi sejumlah besar video pornografi. Mesti berita yang dibaca oleh manusia di seluruh dunia ini sengaja didedahkan bagi menjatuhkan imej Osama. Jadi mungkin ini menyebabkan umat Islam memandang serong kepada Osama. Apa buktinya dakwaan ini ....????

Pendedahan ini boleh merosakkan legasi pengasas Al-Qaeda yang tinggal bersama tiga orang isterinya ketika dia dibunuh.

Menurut laporan The New York Times, pegawai AS mengesahkan video itu tetapi mereka tidak mahu menyatakan sama ada mereka mempunyai bukti video-video itu milik atau ditonton Osama atau orang lain di dalam rumah itu.

Di Malaysia, pemimpin yang disegani dan difitnah dengan tuduhan liwat difitnah sekali lagi dengan Video Porno. Mungkin anak murid di Amerika belajar dari gurunya menggunakan fitnah Video Porno ini untuk menjatuhkan imej dan maruah Osama dan Anwar.

(Nasional) Kalau tak pandai uruskan harga minyak berhentilah dari jadi kerajaan

Rakyat diminta bersedia untuk menerima kenaikan harga petrol dan minyak yang dijangka berlaku dalam tempoh terdekat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut terpaksa dilakukan memandangkan kerajaan menanggung beban subsidi yang tinggi ekoran kenaikan harga minyak mentah di pasaran.
Katanya, jika langkah itu tidak diambil, kerajaan akan mengalami defisit yang lebih tinggi pada masa akan datang.

Kenyataan ini dipetik dari Utusan Online hari ini.

Ternyata kerajaan BN yang ada sekarang tidak langsung memikirkan kesusahan dan kesengsaraan rakyat yang sedang mereka tanggung. Kerajaan BN ini seolah-olah tidak mempunyai inisiatif dan kaedah lain bagi menghadapi masalah ini melainkan membebankan rakyat yang sudah sedia menanggung beban yang dahsyat.

Kalau memang kerajaan BN sudah ketandusan idea dan kaedah untuk menyediakan kesejahteraan kepada rakyat sila turun dari 'takhta' dan serahkan kepada Pakatan Rakyat (PR). Sila bubar parlimen sekarang dan berikan mandat kepada PR untuk menguruskan negara.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa yang kerajaan yang ada hari ini tidak nampak dan pekak terhadap rungutan rakyat tentang kenaikan harga minyak selama ini. Bukan harga minyak sahaja yang naik kerajaan menaikkan harga gula dan tarif air (di Melaka) sehingga rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga barangan lain tanpa kawalan.

Sudah sampai masanya rakyat menolak kerajaan BN yang sudah tidak sanggup lagi menyediakan kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat. Ubah untuk kesejahteraan kita semua pada PRU 13 nanti. Jangan berikan mandat kepada BN.

SELAMAT HARI GURU

Esok, 16 Mei adalah Hari Guru. Saban tahun Malaysia menyambut Hari Guru. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru untuk semua guruku samada yang mengajarku di sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah agama, kuliah, usrah, tazkiran, universiti, latihan dan sebagainya.

Saya juga pernah menjadi guru secara formal dan masih menjadi guru secara separuh masa. Kepada anak-anak muridku semoga segala ilmu yang kucurahkan digunakan untuk manfaat manusia dan Islam.

Di harap semua guru-guruku yang masih hidup mendapat hidayah, rahmat dan keredhaan Allah. Kepada yang telah pergi buat selama-lamanya ku pohon agar Allah mengampun dosa mereka dan ditempatkan di kalangan roh para rasul, nabi, syuhada dan solihin.

Guru jasamu tak dapatku balas.

Nota : Sejarah Pengajianku
Sekolah Agama Jengka 18
Kuliah/Tazkirah agama di Lubuk Kulit, Berchang, USM, Jengka 18
Ceramah-ceramah seluruh Malaysia
Latihan Soft Skills, Technical dan lain-lain di seluruh dunia.
Sekolah Rendah Lubuk Kulit, Jengka 16, Jengka 18
Sekolah Menengah Jengka 18, Clifford
Matrikulasi : Sek Sultan Mohd Jiwa
Universiti : USM
Maaf jika ada yang tertinggal

(Nasional) Semua Isu Umno bawa makan tuan?

Semua isu yang Umno lontarkan ketengah rakyat MAKAN TUAN? Benarkah begitu? Terbaru 2 isu ini :-
  • Isu kristian agama rasmi
  • Isu Fitnah Video Porno/Lucah
Rakyat makin muak dan meluat serta loya dengan Umno kerana menjadi ejen pengedar VCD Lucah/Porno (buktinya biarkan aksi seks edaran Datuk T diupload di internet dan disiarkan di media tanpa tindakan).

Rakyat marah kepada Umno/BN kerana membiar (seolah-olah) menggalakkan Utusan Malaysia menyiarkan berita Kristian jadi agama rasmi. (Utusan tidak dikenakan tindakan keras sebaliknya hanya dipanggil tanpa sebarang tindakan yang boleh meyakinkan rakyat ianya tidak berulang lagi).

Agaknya selepas ini apa lagi isu yang hendak dilontarkan oleh Umno melalui Utusan kerana Biro Politik Umno akan sentiasa mengarahkan Utusan mencipta isu baru setiap minggu (Seperti yang didedahkan oleh Presiden NUJ Hatta Wahiri).

Gambar di atas sekadar hiasan.

(Nasional) Putar Belit Najib, jumpa paderi dan ulama' redakan isu laporan Kristian agama rasmi

Tindakan Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan golongan paderi dan ulama' untuk kononnya menyelesaikan isu menjadikan Malaysia negara Kristian hanya bertujuan menutup penipuan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.
  • Naib Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man hairan dengan sikap pemimpin Umno yang membiarkan berita palsu dan menjejaskan keselamatan negara itu disebarkan kepada umum tetapi akhirnya cuba menjadi juara dengan bertemu golongan agama.
  • PAS juga menyifatkan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang hanya memberi surat teguran kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia ekoran laporan provokasi dan tidak bertanggungjawab itu sebagai 'double standard' dan 'tidak sepadan'.
  • Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata Utusan Malaysia sepatutnya diberi tindakan lebih tergas kerana laporan tersebut sesuatu yang serius dan boleh mencetuskan ketegangan kaum dan agama
  • Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mahu Perdana Menteri meyakinkan rakyat bahawa Utusan Malaysia tidak menikmati kekebalan undang-undang dengan mengarahkan akhbar itu menarik balik laporan palsu itu dan memohon maaf  serta menggantikan Ketua Editor dan wartawan terlibat.

(Tempatan) Pengurus Besar Invest Melaka mesti letak jawatan

Timbalan Ketua Penerangan PAS Melaka, Yusof Wahab(gambar) menggesa Pengurus Besar Invest Melaka, Ramli Mohd Ali meletakkan jawatan serta merta kerana memalukan kerajaan dan agensi kerajaan negeri.

Yusof berkata tindakan Ramli yang cuba memukul Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil, Ramli Dalip merupakan tindakan ganas yang merosakkan nama baik kerajaan negeri dan agensi kerajaan negeri.

"Ramli mesti meletakkan jawatan serta merta kerana memalukan kerajaan negeri dan agensi kerajaan negeri, tindakan samseng dan biadap seorang Pengurus Besar agensi kerajaan negeri adalah tindakan yang tidak bertamadun".

"Ketua Menteri mesti memecat kepala samseng seperti ini supaya nama baik kerajaan negeri tidak tercemar" ujar Yusof.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Ramli yang cuba memukul Ramli Dalip Ahad lalu.

Dalam kejadian Ahad lalu, Ramli Mohd Ali cuba memukul Ramli Dalip kira-kira jam 6.20 petang di Kg Bukit Beruang ketika Ramli Dalip sedang berjogging.

Ramli Dalip telah membuat laporan Polis di Balai Polis Bukit Baru pada malam itu juga.

Ramli Mohd Ali merupakan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Bukit Katil dan Ketua Umno Cawangan Bukit Beruang Dalam.

(Nasional) Kerajaan PR adalah Kerajaan Rakyat Malaysia

Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan yang akan ditubuhkan jika PR menang ialah kerajaan rakyat Malaysia bukan kerajaan Malaysia seperti yang ada sekarang.

Anwar berkata Kerajaan Rakyat Malaysia ialah kerajaan yang akan mengutamakan kebajikan rakyat dengan mengagihkan kekayaan negara kepada rakyat.

"Kekayaan negara akan kita agihkan untuk kebajikan rakyat bukannya berlegar di kalangan kroni dan suku sakat pemimpin negara"

"PR akan sentiasa mengutamakan rakyat dengan program-program yang memberikan kesejahteraan rakyat, antara yang utamakan kita komited untuk menurunkan harga minyak selepas menang di Putra Jaya" jelas Anwar.

Beliau berkata demikian pada ceramah anjuran PKR di Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil.

(Tazkirah) Warisi perjuangan kepada anak dan isteri

Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abd Rahman menyeru seluruh ahli PAS supaya mewarisi perjuangan menegakkan Islam yang dibawa PAS kepada anak, isteri dan cucu cicit.

Ustaz Abdul Ghani berkata ahli PAS mesti memastikan anak-anak dan isteri faham tentang kewajipan memperjuangkan Islam supaya kesinambungan perjuangan Islam yang dibawa PAS terus bersinar bagi mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini.

"Kita sebagai ayah wajib mengajar anak, isteri tentang kepentingan Islam, kalau tidak tak ada ilmu, kita bawa anak dan  isteri kita mendengar kuliah agama, usrah dan program yang bercorak agama dan perjuangan".

"Kita kesal bila ada ayah yang kuat berjuang Islam bila meninggal anak dan isteri tidak mahu meneruskan perjuangan malah ada yang menentang perjuangan Islam yang suci ini" ujar Ustaz Abdul Ghani.

Beliau berkata demikian pada program Kuliah Dhuha anjuran Majlis Tindakan Dun Ayer Molek di Pekan Ayer Molek pagi ini.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter