(Tazkirah) Warisi perjuangan kepada anak dan isteri

Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abd Rahman menyeru seluruh ahli PAS supaya mewarisi perjuangan menegakkan Islam yang dibawa PAS kepada anak, isteri dan cucu cicit.

Ustaz Abdul Ghani berkata ahli PAS mesti memastikan anak-anak dan isteri faham tentang kewajipan memperjuangkan Islam supaya kesinambungan perjuangan Islam yang dibawa PAS terus bersinar bagi mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini.

"Kita sebagai ayah wajib mengajar anak, isteri tentang kepentingan Islam, kalau tidak tak ada ilmu, kita bawa anak dan  isteri kita mendengar kuliah agama, usrah dan program yang bercorak agama dan perjuangan".

"Kita kesal bila ada ayah yang kuat berjuang Islam bila meninggal anak dan isteri tidak mahu meneruskan perjuangan malah ada yang menentang perjuangan Islam yang suci ini" ujar Ustaz Abdul Ghani.

Beliau berkata demikian pada program Kuliah Dhuha anjuran Majlis Tindakan Dun Ayer Molek di Pekan Ayer Molek pagi ini.

Comments