(Nasional) Bicara Anwar : Kompleks Mahkamah kecoh

Kompleks Mahkamah, Jalan Duta di Kuala Lumpur dikawal ketat. Penyokong Anwar mula tiba seawal jam 4.30 pagi ini dan berkumpul ke Masjid Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan kompleks mahkamah bagi menunjukkan sokongan mereka kepada ketua pembangkang itu.

Mereka juga sempat bersarapan nasi lemak yang berbungkuskan aklhbar Utusan Malaysia sebagai protes simbolik mengenai peranan akhbar milik Umno yang didakwa menyiarkan pelbagai fitnah dan pembohongan terhadap Pakatan Rakyat.

Ketika ini, Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sedang membacakan penghakimannya dengan merujuk kes yang dibentangkan oleh kedua-dua pihak pendakwaan dan juga pembelaan.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.

Sumber : Malaysiakini

Comments