Menteri 'Naik Minyak' Ismail Sabri Yaakub berkata kerajaan terpaksa menanggung RM18 bilion subsidi minyak tahun depan jika harga minyak RON 95 dikekalkan seperti harga sekarang. Oleh kerana itu beliau membayangkan kenaikkan harganya tidak dapat dikawal. Namun yang peliknya subsidi untuk IPP (penjana bebas elektrik) dan lain-lain yang jumlahnya jauh lebih besar terus diberikan. Jadi persoalannya benarkah kerajaan mengutamakan rakyat atau utamakan kroni? Kita yakin harga minyak RON95 akan dinaikkan tidak lama lagi kerana Menteri 'Naik Minyak' sudah membayangkan perkara itu. Terserah kepada rakyat untuk membuat penilaian samada BN hebat membantu rakyat atau sudah lemah 'tenaga batin' tidak bertenaga lagi membantu meringankan penderitaan ralyat.
Comments