(Nasional) Malaysia adalah negara Islam ALA MUHYIDDIN YASSIN

Muhyiddin Yassin berkata Malaysia kini menjadi negara Islam contoh hasil daripada usaha UMNO yang menunjangi Barisan Nasional (BN).

Selain memberi tumpuan membantu penganut agama lain, Muhyiddin berkata kerajaan Pusat sejak selepas merdeka turut memberi perhatian utama membela nasib masyarakat Islam yang menjadi kelompok terbesar di negara ini.

Muhyiddin berhujah lagi bahawa tidak payah kita menyebut mahu membangunkan negara Islam kerana Malaysia dijadikan contoh oleh banyak negara Islam lain di dunia.

Beliau berucap pada majlis Jamuan Program Turun Padang Timbalan Perdana Menteri ke Perlis di Kuala Sanglang, di Kangar semalam.

Mudah sungguh ciri-ciri negara Islam yang disebut Muhyiddin. Sedangkan syarat-syarat untuk menjadi sebuah negara Islam ialah mendaulatan Undang-undang Islam dan menjadikan Al Quran dan Hadis sebagai hukum tertinggi di dalam negara.

Macamana kita hendak kategorikan Malaysia negara Islam sedangkan undang-undang yang kita pakai adalah undang-undang ciptaan Lord Reid yang tidak ada kena mengena dengan Islam. Malah ianya juga tidak ada kait mengait dengan Melayu, Cina atau India, ianya 'totally' undang-undang Inggeris.

Bagaimana pula sistem ekonomi negara, sistem pentadbiran negara dan lain-lain semunya tidak ada kena mengena dengan Islam.

Muhyiddin sepatutnya malu untuk mengaku Malaysia sebagai negara Islam sedangkan negara terus ingkar kepada Allah dengan mengamalkan undang-undang yang tidak kena mengena dengan Islam. Selain itu kerajaan yang ada juga terus meneruskan menggalakkan aktiviti mungkar dan maksiat tanpa mencegahnya. Banyak  program-program 'lagha' dan maksiat dibiar malah digalalkkan yang menyebabkan rakyat leka dengan budaya hedonisme yang mengkhayalkan. Akhirnya kira-kira 200,000 anak luar nikah dilahirkan dalam masa 5 tahun kebelakangan ini. Apakah ini yang dinamakan negara Islam. Mungkin ini negara Islam Ala Muhyiddin Yassin.

Comments