Rakyat diminta bersedia untuk menerima kenaikan harga petrol dan minyak yang dijangka berlaku dalam tempoh terdekat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut terpaksa dilakukan memandangkan kerajaan menanggung beban subsidi yang tinggi ekoran kenaikan harga minyak mentah di pasaran.
Katanya, jika langkah itu tidak diambil, kerajaan akan mengalami defisit yang lebih tinggi pada masa akan datang.
Kenyataan ini dipetik dari Utusan Online hari ini.
Ternyata kerajaan BN yang ada sekarang tidak langsung memikirkan kesusahan dan kesengsaraan rakyat yang sedang mereka tanggung. Kerajaan BN ini seolah-olah tidak mempunyai inisiatif dan kaedah lain bagi menghadapi masalah ini melainkan membebankan rakyat yang sudah sedia menanggung beban yang dahsyat.
Kalau memang kerajaan BN sudah ketandusan idea dan kaedah untuk menyediakan kesejahteraan kepada rakyat sila turun dari 'takhta' dan serahkan kepada Pakatan Rakyat (PR). Sila bubar parlimen sekarang dan berikan mandat kepada PR untuk menguruskan negara.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa yang kerajaan yang ada hari ini tidak nampak dan pekak terhadap rungutan rakyat tentang kenaikan harga minyak selama ini. Bukan harga minyak sahaja yang naik kerajaan menaikkan harga gula dan tarif air (di Melaka) sehingga rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga barangan lain tanpa kawalan.
Sudah sampai masanya rakyat menolak kerajaan BN yang sudah tidak sanggup lagi menyediakan kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat. Ubah untuk kesejahteraan kita semua pada PRU 13 nanti. Jangan berikan mandat kepada BN.
Comments