(Tempatan) Pengurus Besar Invest Melaka mesti letak jawatan

Timbalan Ketua Penerangan PAS Melaka, Yusof Wahab(gambar) menggesa Pengurus Besar Invest Melaka, Ramli Mohd Ali meletakkan jawatan serta merta kerana memalukan kerajaan dan agensi kerajaan negeri.

Yusof berkata tindakan Ramli yang cuba memukul Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil, Ramli Dalip merupakan tindakan ganas yang merosakkan nama baik kerajaan negeri dan agensi kerajaan negeri.

"Ramli mesti meletakkan jawatan serta merta kerana memalukan kerajaan negeri dan agensi kerajaan negeri, tindakan samseng dan biadap seorang Pengurus Besar agensi kerajaan negeri adalah tindakan yang tidak bertamadun".

"Ketua Menteri mesti memecat kepala samseng seperti ini supaya nama baik kerajaan negeri tidak tercemar" ujar Yusof.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Ramli yang cuba memukul Ramli Dalip Ahad lalu.

Dalam kejadian Ahad lalu, Ramli Mohd Ali cuba memukul Ramli Dalip kira-kira jam 6.20 petang di Kg Bukit Beruang ketika Ramli Dalip sedang berjogging.

Ramli Dalip telah membuat laporan Polis di Balai Polis Bukit Baru pada malam itu juga.

Ramli Mohd Ali merupakan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Bukit Katil dan Ketua Umno Cawangan Bukit Beruang Dalam.

Comments