(Nasional) Siapa kata Tok Guru Hj Hadi mahukan perpaduan PAS-Umno?

Media pembohong dan pemfitnah terus menerus mencari jalan untuk memecahbelahkan PAS menjelang pemilihan awal Jun ini.

Rentak dan lagu lama dimainkan antaranya melabelkan PAS kepada Kumpulan Ulama dan Professional serta kumpulan Erdogan. Tidak habis-habis puak-puak jahat dan kaki fitnah ini cuba memasukkan jarum ke badan PAS. Kita ingiun menegaskan sekali lagi bahawa tidak ujud puak-puak dan kumpulan dalam PAS. Kalau adapun ianya hanyalah label yang dicipta oleh media dan musuh PAS sendiri.

Sehari dua ini beberapa artikel ditulis kononnya kemenangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi sebagai Presiden PAS tanpa bertanding menunjukkan bahawa ahli PAS mahu perpaduan PAS-Umno menjadi kenyataan. Mereka mengaitkan Presiden PAS itu dengan agenda perpaduan PAS-Umno. Sedangkan Tuan Guru tekah bertegas bahawa tidak ada sebarang perancangan dan niat untuk membawa PAS bergabung dengan Umno. Antara 'term' yang digunakan ialah Unity Government (UG).

Media pencacai Umno ini sebenarnya sengaja mahu menimbulkan suasana tidak sihat dalam PAS iaitu budaya berpuak-puak, label melabel dan sebagainya.

Kita mengharapkan kepimpinan dan ahli PAS tidak terikut-ikut dengan rentak tarian media dan musuh-musuh PAS ini.

Comments

Anonymous said…
TGHA aku tak tau dia nak Kerajaan Perpaduan dengan UMNO-PAS. Tapi kalau Nasaruddin Mat Isa ini ada kebarangkalian, sebab dia macam mesra UMNO.
Anonymous said…
tok hadi...tu aribkannkalu jadi kerajaan pepaduan tentunya tok, cikgu pa, dan wak asan ali selagor manayk gumbira woo...
Anonymous said…
itu ali waa kalu kelajaan pepaduan ale nyadi aa.. to hadi, wak pa dan wak asan ali selangor manayk gumbilee ngoo