(Nasional) Bersediakah PR berjuang tanpa Anwar?

Sebaik sahaja mengetahui bahawa Anwar diperintah membela diri dalam kes liwat 2 terbayang oleh kita semua bahawa Anwar bakal 'berehat' sekali lagi di penjara Sungai Buloh. Mungkin kali ini tempohnya agak lama dan selepas keluar nanti kita tidak tahu apa akan jadi kepada Anwar.

Persoalannya sekarang bersediakah PR berjuang tanpa Anwar.? BN sudah pasti tahu dan faham sejak dari mula-mula PR ditubuhkan bahawa perpaduan dan gerakerja sepasukan dalam PR banyak bergantung kepada Anwar. Ini kerana parti-parti komponen PR sebenarnya belum bersedia untuk melantik seorang pemimpin baru selain Anwar. Kita pun hairan mengapa sesudah berkawan lebih 3 tahun parti-parti dalam PR masih belum yakin antara satu sama lain. Buktinya PR tidak bersedia melantik Ketua Pembangang sementara di Parlimen ketika Anwar digantung selama 6 bulan dari Parlimen.

Parti-parti dalam PR mesti berlapang dada dan sedar bahawa Anwar bukan selamanya akan hidup menongkat langit.  Suatu hari beliau akan pergi meninggalkan kita semua seperti manusia lain juga. Apakah selepas Anwar tiada kita boleh berpecah??? Ini persoalan yang sedang berlegar di fikiran saya. Mengapa parti-parti dalam PR masih tidak matang, curiga kepada satu sama lain sedangkan mereka sebenarnya diperhatikan oleh rakyat dan dipantau 24 jam oleh Umno/BN dan hamba-hamba suruhan Kerajaan Umno/BN.

Anwar besar kemungkinan akan meninggalkan kita lebih awal jika kita lihat kepada corak penghakiman yang di buat oleh Hakim Zabidin. Mungkin seawal Julai selepas perbicaraan tamat pada 30 Jun. Parti-parti komponen PR mesti berlapang dada dan bersedia untuk berhadapan dengan situasi itu. Saya mencadangkan supaya Anwar memimpin perbincangan dan cuba mencari penyelesaian segera sebelum apa-apa berlaku terhadap Anwar. Kita masih ada sebulan sahaja untuk merungkai kekusutan ini. PAS, DAP dan PR mesti berlapang dada, professional,telus dan jujur dalam hal ini. Jika kita tidak sekata kita akan kecundang sekali lagi. Untuk bangkit dari kekalahan ini mungkin ianya memerlukan 10 tahun atau lebih untuk peluang sebegini.

Oleh itu ayuh pimpinan PR bersedia dari sekarang. 'Risk Assessment' dan 'countermeasure' mesti disediakan. Manifesto dan apa juga yang berkaitan dengan Pilihanraya Umum mesti dibincangkan segera.

Berpijaklah di bumi nyata wahai pimpinan PAS, DAP dan PKR.!

Saya yakin pimpinan PAS sudah matang dalam hal ini dan sentiasa terbuka dalam apa juga keputusan. Rakyat sebenarnya sedang menanti penjelasan dan persediaan serta perancangan PR jika ditakdirkan sesuatu yang tidak diingini menimpa Anwar.

Comments