06 September 2018

PILIHANRAYA MALAYSIA DICEMARI RASUAH

Memang dari dahulu banyak pihak mendakwa PRU di Malaysia dicemari rasuah. Namun sebelum ini setiap kali kes sebegini dibawa ke mahkamah yang didakwa tidak bersalah. Kali ini kes dakwaan rasuah ini di bawa lagi ke mahkamah. Tetapi kali ini ianya berlainan kerana kerajaan yang memerintah sekarang adalah PH. Dahulu ada pihak mendakwa bahawa mahkamah dipengaruhi oleh pihak tertentu. Kita tunggu keputusan perbicaraan berkaitan rasuah ini yang membabitkan keputusan PRU14 bagi Parlimen Cameron Highland.

Menariknya Tok Batin Orang Asal secara terang-terang mengaku menerima wang dari calon BN. Seorang lagi tok batin di Cameron Highlands memberitahu Mahkamah Pilihan Raya bahawa dia menerima habuan BN menjelang pilihan raya umum Mei lalu.
Norman Kong dari kawasan Jelai berkata dia menerima wang tunai RM550, dalam dua kali pemberian, dan kad sim telefon.
Pemimpin Orang Asli kampung Pos Sinderut, Kuala Lipis itu mendakwa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memberikan wang itu melalui seorang individu.
Bagaimanapun, katanya, pemberian itu disaksikan sendiri oleh Wan Rosdi dan anggota parlimen Cameron Highlands MP C Sivarraajh.
Wan Rosdy kini menjadi menteri besar baru Pahang.
Norman membuat pengakuan itu ketika memberi keterangan bagi pihak calon DAP Cameron Highlands M Manogaran yang memfailkan petisyen pilihan raya.
Semalam, tok batin Harun Siden memberitahu Mahkamah Pilihan Raya bahawa Wan Rosdy dan Sivarraajh telah menyaksikan pemberian RM300 seorang kepada tujuh tok batin, termasuk dirinya, tiga hari sebelum mengundi.
Sementara itu, ketika disoal peguam Manogaran, K Shanmuga, Norman berkata Wan Rosdy dan Sivarraajh berkata datang ke beberapa kampung pada 30 April dan 6 Mei.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter