.

.

22 September 2012

LEBIH 20 % GRADUAN MENGANGGUR, BN GAGAL SEDIAKAN PEKERJAAN


Terbukti kerajaan BN gagal menyediakan pekerjaan secukupnya kepada para graduan. Media melaporkan bahawa seramai 40,000 siswazah Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara masih mencari pekerjaan berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan 2011 yang dilaksanakan Kementerian Pengajian Tinggi KPT.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPT, Datuk Omar Abd Rahman berkata angka itu melibatkan siswazah yang gagal mendapat pekerjaan tetap meskipun  selepas enam bulan tamat pengajian.

"Setiap tahun, kita buat kajian ini dan tahun lalu, menunjukkan peratusan graduan yang masih belum bekerja ialah 21 peratus terdiri daripada IPTA dan 27 peratus IPTS. Manakala, 28 peratus daripada Politeknik dan 35 peratus Kolej Komuniti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional (My3L) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Bagaimanapun, menurut beliau terdapat segelintir siswazah ditawarkan pekerjaan secara sambilan memandangkan belum terdapat kekosongan jawatan tetap yang sesuai dengan kelulusan mereka.
Sehingga kini tidak ada tindakan drastik dilakukan kerajaan untuk mengatasi masalah ini. Para mahasiswa dan graduan mesti meletakkan isu ini sebagai kayu ukur untuk memilih parti mana yang akan diundi pada PRU 13 nanti.
Sehubungan itu, Omar berkata KPT mengambil beberapa inisiatif menyelesaikan permasalahan itu, antaranya giat bekerjasama dengan industri pekerjaan di negara ini bagi memudahkan siswazah mendapat akses peluang pekerjaan.
Namun menurut Omar, antara faktor penyumbang kepada siswazah tidak mendapatkan pekerjaan ialah kerana mereka ingin menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, kelulusan siswazah tidak mengikut kehendak industri serta industri tidak memberi peluang kepada mereka.
Terdahulu dalam ucapannya, Omar berkata tahun ini kerajaan melalui 15 kementerian menyediakan 2,612 kursus di bawah program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).
Bagi memudahkan orang awam memperoleh maklumat berhubung program itu, satu Direktori PSH peringkat nasional sesi 2012/2013 dibangunkan dan bakal dilancarkan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, katanya.   
Karnival My3L bertemakan 'Belajarlah Tanpa Henti' itu berlangsung selama dua hari bermula hari ini dan menyediakan 100 ruang pameran dengan disertai 15 kementerian dan pelbagai agensi kerajaan dan swasta. 

KALAU BN MENANG LAGI, SELUAR DALAM PUN HARGA JUTAAN RINGGIT?


Najib kini sudah sampai tahap merayu. Kedengaran cukup mendayu-dayu, 'bagilah kemenangan kepada Bn sepenggal lagi!'

Awas, rayuan itu rayuan bapak harimau demi harimau betina!Sampai masanya harimau pasti mencakau dan menerkam akhirnya .....ngap!! Rakyat yang tidak serik dan mudah lupa akan apa yang Umno lakukan, bakal menjadi mangsa. Yang pasti kroni dan anak beranak terus kaya raya. Rakyat terus bagaikan pengemis mengharap dan menagih bantuan itu dan ini berjenama 1Malaysia!

Sepenggal lagi maknanya 5 tahun lagi! Bayangkan dalam tempoh 5 tahun lagi! Dalam tempoh empat tahun ini pun, paduka bini bershoping di butik-butik luar negara beratus ribu RM, bermalam di hotel berharga beratus ribu satu malam, membeli dan memakai cincin-cincin berjuta! Bil air dan eletrik di Seri Perdana beratus ribu! Melancong ke luar negara sambil bershoping beratus juta RM jugak. 
Bayangkanlah lima tahun lagi mendapat peluang! Mungkin bakal terdedah pula underwear berjuta RM, bra pun sama, kasut ratus ribu RM sepasang, dan macam-macam lagi yang boleh berlaku sungguh kerana tidak mustahil! Mak tuan.... lingkup duit rakyat pembayar cukai dan duit dari hasil negara kerana semua yang dibeli mesti ber-king size!

Oleh yang demikian cukuplah Najib Umno Bn...tak payahlah 5 tahun lagi! Mohon 5 tahun lagi konon untuk pembangunan hanya cuma dalih dan auta...apa boleh buat 5 tahun sedangkan 55 tahun yang telah diberikan, rakyat masih hidup miskin dan tertekan? Cukuplah Umno/Bn...kami akan cuba Pakatan Rakyat pulak. Sahih!

KEKAYAAN TAIB MAHMUD : MALANG BAGI M'SIA BILA PM TAK AMBIL PUSING

Perdana Menteri Najib Razak hari ini menolak dakwaan bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud mengumpulkan kekayaaan berbilion ringgit.

Bercakap dalam sidang media di ibu negara hari ini, Najib menjelaskan, terdapat banyak dakwaan dibuat dan ia tidak perlu diambil pusing.

Sungguh bahaya seorang Perdana Menteri bercakap demikian. Mana boleh seorang pemimpin negara tidak mengendah dakwaan kekayaan seorang Ketua Menteri yang sememangnya diketahui umum kaya-raya. Anak-anaknya semua jutawan, punya kereta mewah dan harta di luar negara.

Malang sungguh negara kita mempunyai Perdana Menteri yang bersikap demikian. Itulah sebabnya dakwaan rasuah, penyelewengan dan salah laku anak buahnya tidak diambil pusing olehnya. Akhirnya berlaku ketirisan terhadap wang rakyat berjumlah RM28bilion setiap tahun seperti yang dilaporkan dalam laporan tahunan Ketua Audit Negara.

Pada 19 September lalu, sebuah NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) menganggarkan aset keluarga Taib Mahmud sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).

Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion.

Ia laporan pertama mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.

Usaha Malaysiakini mendapatkan komen pejabat ketua menteri berhubung dokumen BMF setakat ini belum berjaya.


21 September 2012

ORANG ISLAM HINA ISLAM LEBIH BIADAP DARI BUKAN ISLAM HINA ISLAM

Kita sering mendengar ada orang Islam yang menghina Islam dengan pelbagai kenyataan yang sungguh menggerunkan. Antaranya :-

1) Kalau dilaksanakan hukum Islam nanti habis tangan orang Islam kena potong
2) Kalau dilaksanakan hukum hudud nanti habis batu digunakan untuk hukuman rejam
3) Orang mencuri tidak perlu dipotong tangan tapi kita bagi dia kerja supaya tiada tidak mencuri lagi
4) Hukum Hudud tidak sesuai di negara majmuk seperti Malaysia
5) Hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana ianya zalim
6) Janggut disimpan pada zaman Nabi sebab masa itu tak ada pisau cukur
7) Jubah dan tudung adalah pakaian tradisi Arab kerana mereka negara padang pasir nak lindungi pemakainya
8) Kalau hudud dilaksanakan kerajaan pusat akan bertindak.
9) Hukum Islam tidak adil kerana hanya orang Islam yang dikenakan hukuman sedangkan orang bukan Islam dilepaskan

............... dan bermacam-macam lagi penghinaan terhadap hukum Islam

Orang Islam yang mengeluarkan kenyataan mungkin sengaja membuat kenyataan itu untuk menafikan kewajipan melaksanakan Islam disamping untuk mempengaruhi rakyat khususnya orang Islam supaya tidak menyokong pelaksanaan hukum Islam. Amat malang sekali jika kenyataan itu dikeluarkan dengan secara sedar dan tahu bahawa hukum Islam wajib dan berusaha ke arah pelaksanaannya wajib bukannya memperkecil-kecilkannya.

Kita tidak hairan jika mereka yang menghina Islam adalah orang bukan Islam kerana mereka mungkin tidak tahu dan tidak faham. Cuma kita sebagai orang Islam wajib menegur dan memberikan penerangan dan kefahaman kepada mereka supaya mereka faham dan lebih cermat mengeluarkan kenyataan mengenai Islam pada masa hadapan.

Antara pemimpin yang sering menghina Islam ialah Presiden MCA, Chua Soi Lek. Malangnya tidak ada seorang pun kawan-kawan baik Soi Lek dari Umno yang berani menegur Pelakon Video tersebut.. Berbeza dengan PR, pemimpin PAS sentiasa menegur kawan-kawannya tentang apa juga isu yang berkait dengan Islam.

Contoh terbaru ialah kenyataan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang dikatakan menghina Islam melalui twitternya. Pemimpin PAS bertemu dan berbincang dengan beliau dan Ngeh telah memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau yang dikatakan menghina Islam itu.

Tetapi pernahkah anda mendengar Pelakon Video, Chua Soi Lek memohon maaf dan menarik balik kenyataannya menghina Cikgu Mala yang tidak bersalam dengan lelaki semasa PRK Tenang. Pernahkah anda mendengar Soi Lek memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau menghina hukum hudud baru-baru ini ........................


TOK GURU PRESIDEN DI MELAKA 23 SEPT

Tuan Guru Presiden PAS, Datu Seri Haji Abdul Hadi Awang akan melawat Melaka memenuhi undangan program bersama Dewan Muslimat dan MTD Sg Rambai pada 23 Sept ini.

Seluruh rakyat dan penyokong PR dijemput hadir mendengar amanat dari beliau pada sebelah malamnya di Sg Rambai.

Kehadiran beliau amat bermakna kerana dalam masa 2 minggu 2 orang tokoh tertinggi PAS sudi datang ke Melaka meraikan penyokong dan rakyat Melaka yang dahagakan bingkisan dan amanat dari kedua-dua Tuan Guru yang disegani dan disangjung bukan sahaja di dalam negeri malah di persada antarabangsa.

Ayuh rakyat Melaka mari sama-sama kita meriahkan program yang diaturkan ini. Jangan lupa ajak kawan-kawan, jiran dan sanak saudara bersama.

20 September 2012

UMNO MENIPU RAKYAT DAN DIRI SENDIRI


Umno terus menipu diri sendiri dan rakyat. Yang tertipu adalah dirinya sendiri, bukan rakyat kerana rakyat hari ini sudah tahu bahawa banyak program, kenyataan dan tindak tanduk Umno adalah 'wayang kulit' semata-mata.

Terbaru Umno mendakwa 1,000 ahli PKR Cabang Beaufort keluar dari PKR untuk menyertai Umno.

'Tengok dan baca boleh tetapi percaya jangan'.

Gunalah falsafah ini untuk berhadapan dengan Umno/BN. Bayangkan hebat betul PKR Cabang Beaufort sehingga berjaya mengumpulkan 1000 ahli dan penyokong Sedangkan pada hakikatnya ahli PKR Cabang Beaufort tidak sampai pun 1000 orang sebelum ini.

Pada satu majlis baru-baru Umno mendakwa 1000 ahli PKR menyertai Umno sedangkan pada hakikatnya berduyun-duyun ahli Umno Beaufort keluar Umno menuruti jejak langkah bekas Ketua Umno Bahagian tersebut iaitu Datuk Seri Lajim Hj Ukim.

Inilah sandiwara Umno sejak dahulu, kini dan sehinggalah Umno meninggal Insya Allah tidak lama lagi.

MASHITAH BIADAP TUDUH PRESIDEN PAS ADA SKANDAL DENGAN ANAK DARA

Dahulu seorang Ustazah yang sering memberikan kuliah agama di kaca TV. Kini beliau menjadi pencacai Umno dan sanggup menjadikan dirinya kuda tunggangan Umno menghalalkan apa juga yang dilakukan Umno. Malah lebih teruk sanggup menabur fitnah dan tohmah dengan berselindung di sebalik ilmu agama dan  dalil-dalil Al-Qur'an dan Al Hadith. Itulah Ustazah Mashitah Ibrahim anak kelahiran Kedah yang dididik dengan lmu agama tetapi akhirnya hanyut dengan kemewahan dan habuan dunia.
Terbaru beliau tanpa usul periksa sanggup membuat fitnah dan tuduhan palsu mengaitkan Tuan Guru Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dengan seorang anak dara. Tulisan beliau yang disiarkan di dalam Sinar Harian terbitan 2 Mac lalu berbunyi "Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu. Beliau dikatakan mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3. Beliau menafikan."

Berani Mashitah membuat tuduhan seberat itu yang melibat maruah dan nama baik seseorang. Malah orang yang dituduh itu pula adalah seorang Tuan Guru yang anak muridnya ratusan ribu bukan setakat di dalam malah di luar negeri. Kalau hendak menuduh pun tengoklah orangnya dahulu, jangan buat tuduhan semberono dan tidak tentu 'kalu'.

Pihak Presiden PAS sudah meminta Mashitah dan Sinar Harian memohon maaf di atas fitnah itu tetapi kedua-dua 'buat dek' sahaja. Setelah diberikan peluang secukupnya untuk memohon maaf akhirnya mereka enggan maka, pihak Presiden PAS tiada pilihan lain selain dari menyaman Mashitah dan Sinar Harian. Saman tersebut difailkan Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar, pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui Firma Mazwan dan Nasar.

Sumber : Jalan Pulang, Addin dan SHarian

'FATWA' BARU USTAZ SOI LEK - POLITIK WANG BUKAN RASUAH

Bekas seorang pelakon video, Chua Soi Lek yang terkenal dengan sikap biadapnya menghina Islam yang dihalalkan oleh Umno sekali lagi membuat kenyataan songsang. Kali ini Presiden parti yang ditolak orang Tionghua, MCA itu menyatakan bahawa Politik wang bukan rasuah, 

Beliau memberikan reaksi itu sebagai respons terhadap cadangan PKR supaya dakwaan politik wang terhadap seorang timbalan menteri wanita daripada MCA dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Antara contoh politik wang, kata Chua, membelikan barangan kepada orang ramai menjelang tahun baru, yang tidak boleh disamakan dengan rasuah.

Chua memberikan jawapan mengejutkan itu ketika ditanya pemberita dalam majlis makan malam di Ipoh pada Selasa, lapor Oriental Daily News hari ini.

Chua, memetik aduan yang diterima, pada mulanya mendakwa terdapat "timbalan menteri wanita" terlibat dengan politik wang, tetapi kemudian menjelaskan kenyataan dibuat secara umum dan tidak merujuk kepada individu tertentu.

Heng Seai Kie (atas) yang berkhidmat di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat satu-satunya timbalan menteri wanita daripada MCA. Beliau menafikan dakwaan itu.
NONE

Jelas sekali bahawa amalan politik wang adalah halal di sisi Umno. MCA dan mungkin semua parti komponen BN sebab itulah amalan jijik itu terus menjadi 'zikir' harian mereka tanpa segan dan malu kepada Allah serta manusia. Bagi mereka politik wang sudah menjadi darah daging mereka. Memang benar rasuah adalah amalan syaitan dan disukai oleh orang yang mempunyai kepentingan tertentu. Maka tidak hairanlah 'Mursyidul Am' Umno, Mahathir Mohamad sendiri menyatakan bahawa Umno/BN adalah Syaitan yang dikenali dan patut diundi walaupun jahat dan pengamal rasuah. 

Selepas lebih bebaslah pendokong Umno/BN mengamalkan politik wang dalam PRU/PRK dan pemilihan parti kerana politik wang bagi mereka adalah amalan mulia dan badan penguatkuasa tidak akan bertindak terhadap mereka.


19 September 2012

BEKAS TIMBALAN MENTERI DAN BENDAHARI UMNO SABAH SERTAI PR

2 orang figura penting Umno di Sabah menyertai PR melalui PKR malam Sabtu lepas. Kedua-dua mereka ialah bekas Timbalan Menteri Kerajaan Persekutuan, Yahya Lampong dan bekas Bendahari Umno Sabah Tan Sri Dr Ibrahim Menudin.

Kedua-dua mereka hadir pada majlis PR memperingati ulang tahun ke 49 pembentukan Malaysia  tahun 1963. Program tersebut yang dijalankan di sebuah restoran di Tuaran mendapat sambutan yang cukup hebat dari rakyat Sabah.

Kemasukan kedua-dua tokoh ini benar-benar tepat pada masanya ketika rakyat Sabah bangkit menuntut hak dari kerajaan negeri maupun pusat.

Sebelum ini Timbalan Menteri, Lajim Ukin; Ahli Parlimen Wilfred Bomburing dan seorang Senator telah menyatakan sokongan terbuka kada PR. Selepas ini ramai lagi yang akan berbuat demikian.

Satu demi satu figura penting Umno menyertai PR. Anda bila lagi ?????????????

PR SUDAH SEDIA AMBILALIH KERAJAAN ?

Ketakutan dan kebimbangan Najib Razak membubarkan parlimen sehingga kini menggambarkan kepada seluruh dunia bahawa BN tidak yakin mereka akan menang pada PRU 13. Sudah beberapa kali  Najib menyatakan akan membubarkan Parlimen, sejak 2 tahun lepas tetapi sehingga kini beliau masih belum dapat ilham.

Sebenarnya ilham itu akan datang sebaik sahaja Najib mendapat 'signal' bahawa BN akan menang besar. Kalau menang tipis seperti PRU 12 pun, Najib tidak akan mahu bubarkan Parlimen. Najib tahu kedudukan dirinya sendiri akan goyah kerana kegagalan BN menang besar bermakna kegagalan Najib dan beliau sudah tentu akan mendapat nasib yang sama seperti Pak Lah dipaksa mengosongkan Seri Perdana. Malah jika BN tewas kali ini, maka Najib mencipta rekod sebagai Perdana Menteri terakhir BN dan terpendek masa pemerintahannya. Sebab itulah Najib kecut perut dan takut sekali.


Dalam masa yang sama pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yakin mereka sudah bersedia untuk memerintah negara ini sekiranya memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang yang perlu dilaksanakan sehingga April depan sebaik sahaja mandat Barisan Nasional (BN) tamat.
Gabungan antara DAP-PAS-PKR itu beranggapan bukti yang mencukupi sudah ditunjukkan di empat negeri pimpinan mereka — Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan — yang mana turut diiktiraf oleh Laporan Audit dari Ketua Audit Negara sejak tiga tahun mereka menguasai negeri-negeri tersebut kecuali Kelantan selepas pilihan raya umu 2008 yang turut menyaksikan BN tewas dua pertiga majoriti Parlimen.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menegaskan trek rekod kerajaan PR di negeri-negeri tersebut  merupakan bukti kukuh dan tiada pihak yang perlu meragui mereka.
“Saya rasa apa yang lebih penting adalah kewibawaan dan trek rekod yang Pakatan telah buktikan di negeri yang diperintah ... itu adalah aset yang berharga dan integriti yang ditunjukkan kerajaan PR.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menegaskan trek rekod kerajaan PR di negeri-negeri tersebut merupakan bukti kukuh dan tiada pihak yang perlu meragui mereka.
“Kita telah lahirkan ramai pemimpin yang berkualiti dan boleh dipercayai, tiada penyalahgunaan dan penyelewengan seperti mana pemimpin BN,” tegas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu lagi kepadaThe Malaysian Insiderdan menambah berbangga dengan ketua menteri dan menteri besar di negeri-negeri tersebut.
“Tiga tahun berturut-turut Laporan Ketua Audit Negara sahkan kami mentadbir dengan baik.”
Semalam, pemerhati politik menyatakan keraguan mereka bahawa PR masih lagi belum bersedia memandangkan terdapat lagi beberapa perkara yang tidak diselesaikan pakatan pembangkang tersebut, antaranya isu Hudud dan juga kabinet bayangan mereka.
Mengulas berkenaan perkara itu, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menjelaskan yang paling utama adalah polisi yang bakal dilaksanakan PR jika mereka menawan Putrajaya, dan bukan siapa pemegang polisi tersebut.
“Polisi lebih penting ... tak kira siapa jadi menteri, itulah polisinya.
“Kita jadi kerajaan di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, dan Kedah tanpa ada persediaan, tapi kami berjaya,” katanya merujuk kepada kemenangan mereka dalam pilihan raya 2008.
“Sekarang, kami telah benar-benar bersedia, dan itu bukti kami sedia memerintah,” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu lagi dan menambah “tak kira lantik siapa pun, kami memang lebih baik”.
Sementara itu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar turut bersependapat dengan rakan parti komponennya itu dan menegaskan “sejarah dunia dan demokrasi menunjukkan bahawa ‘kehendak dan pilihan rakyat’ menjadi penentu siapa diberi amanah memerintah”.
“Jika gagal memenuhi aspirasi maka rakyat akan menghakimi dan memilih pengganti... di peringkat nasional, hampir semua dasar dan isu PR diguna pakai BN.”
Ahli parlimen Lembah Pantai itu juga menegaskan dengan keupayaan mentadbir empat negeri, PR sudah benar-benar bersedia dibantu dengan “manifesto bersama” yang “mengikat” mereka.
“Ia diperkukuh dengan ‘perlembagaan’ kami — dasar bersama yang memperincikan prinsip-prinsip utama yang akan mengikat kami bersama,” katanya kepada The Malaysian Insider.
“Insya Allah, kesediaan kami terbukti menerusi pentadbiran di keempat-empat negeri yang berjalan dgn baik.
“Di peringkat pusat, pilihan PM sudah diputuskan, dengan akuan bahawa pemegang jawatan itu tidak boleh memegang portfolio kewangan.”
The Malaysian Insider semalam melaporkan pemerhati politik meragui mengenai kesediaan PR untuk memerintah Malaysia jika gabungan itu berjaya merampas Putrajaya pada PRU akan datang, dengan mengatakan terdapat isu-isu yang tidak dapat diselesaikan seperti “kabinet bayangan” atau kerajaan menunggu, mengatakan ini telah “menyekat kredibiliti mereka”.
Malah, pemerhati juga turut membangkitkan bahawa PR masih perlu menyelesaikan perbezaan ke atas isu-isu seperti hudud, undang-undang Islam, dengan menambah bahawa pengalaman pemimpin akan menjadi satu isu.
Sumber : Malaysiainsider.

'TITLE' ULAMA PUN NAK TIPU KE?

Ada parti yang sejak akhir-akhir ini ghairan menggunakan istilah Ulama Muda untuk mengaut keuntungan politik. Malah Ulama Muda ini diberi tempat untuk mewakili negeri tertentu membahaskan ucapan dasar Presiden Parti itu dalam Persidangan Agungnya.

Ulama muda ini juga aktif menulis di media-media pencacai dan media elektronik serta menggunakan portal internet untuk menyebarluaskan pemikiran 'bodek' mereka.

Namun semalam ramai yang tersentak apabila bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menulis dalam twitternya bahawa ramai di kalangan 'Ulama' Muda bukannya berlatarbelakangkan agama tetapi menulis menggunakan nama ulama. Perkara ini didedahkan oleh Blogger Milosuam ......

Kalau betul apa yang didakwa oleh Asri, maka kantoi lagi Parti itu dan Ulama Mudanya..............

18 September 2012

BN AMALKAN KUKU BESI DAN DIKTATOR?

Hanya Perdana Menteri, Najib Razak  seorang sahaja yang berkuasa penuh memilih siapa calon yang berhak bertanding mewakili BN. Ini bermakna sesiapa yang ingin menjadi calon BN mesti membodek Najib. Jangan lupa juga bahawa ada satu lagi kuasa yang hebat selain Najib dalam menentukan calon iaitu 'Mem' Najib Rosmah. Siapa yang Rosmah berkenan sudah tentu punya harapan besar jadi calon.

Mungkin juga mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir juga punya pengaruh untuk tentukan calon kerana Najib kebelakangan ini dilihat seolah-olah banyak mengikut telunjuk bapak Mukhriz tersebut. Mungkin Najib takut kepada Mahathir kerana banyak cerita Najib ada dalam kocek Mahathir.

Dipetik daripada Berita Harian, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata senarai nama calon Umno dan BN sudah diteliti di peringkat tertinggi semua parti komponen, namun hanya Najib yang memberi kata putus dan bukan kepimpinan parti yang membuat keputusan. Jadi Perdana Menteri punya kuasa macam diktator dan kuku besi untuk pilih siapa dia berkenan.

Seramai 2,181 orang disenarai pendek sebagai bakal calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi parlimen dan dewan undangan negeri (Dun) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Daripada 2,181, hanya 727 orang yang akan mendapat watikah untuk bertanding di 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dun daripada pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak.
Pilihan raya negeri Sarawak yang berasingan menyebabkan hanya 505 kerusi Dun dipertandingkan daripada 576 jumlah keseluruhan.
“Terpulang kepada perdana menteri memutuskan calon terbaik mengikut pertimbangan dan kriteria tertentu.
“Dari segi calon, UMNO dan BN meminta akar umbi mencalonkan tiga nama bagi setiap DUN dan Parlimen.
“Ini sudah dijalankan dan siap diteliti dengan memanggil semua pengerusi badan perhubungan Umno dan presiden komponen BN,” kata menteri pertahanan itu.
Menurut Zahid, calon yang dipilih belum muktamad sehinggalah watikah yang ditandatangani oleh pengerusi BN dikeluarkan.
“Nama calon yang berjaya tidak akan dimuktamadkan sehingga watikah untuk bertanding dikeluarkan, kadang-kadang sejam sebelum hari penamaan calon... itu kita serah kepada perdana menteri.
“Watikah akan dikeluarkan apabila sampai masanya,” katanya kepada Berita Harian.
 Menurut Zahid, apa yang ada sekarang adalah watikah kosong yang tidak mempunyai nama.
“Nama tidak akan dimuktamadkan sehingga watikah dikeluarkan.
“Pelantikan dibuat berdasarkan beberapa faktor, kalau calon dilihat mempunyai masalah, nama itu akan ditolak.
“Dalam keadaan sekarang, kita mahu calon bersih dan kelihatan bersih,” katanya.
Mengenai pembahagian kerusi antara komponen BN, Zahid berkata kemungkinan akan berlaku penyelarasan dan ia akan dibincangkan antara Najib dan presiden parti komponen.
Beliau turut yakin sumbangan parti komponen BN dapat membantu meraih kejayaan besar pada pilihan raya kali ini.
“Parti komponen BN menyumbang mengikut cara mereka dengan mengadakan bilik gerakan dan menggiatkan jentera parti pada peringkat akar umbi.
Sumber : Bhairan dan Malaysiainsider.

TOK GURU DIKAGUMI SEMUA KAUM

Lawatan Tok Guru Mursyidul Am ke Melaka pada 16 September lalu membuktikan bahawa PAS dan PR terus mendapat sokongan rakyat walaupun difitnah dan ditohmah oleh Umno/BN melalui media pencacai. Sokongan kepada PR Melaka terus meningkat dengan kehadiran lautan manusia dalam beberapa program yang dianjurkan.

Buktinya Tok Guru dikagumi oleh semua kaum tanpa mengira bangsa dan agama. Sementara ceramah beliau dihadiri puluhan ribu manusia.


Gambar atas : Tok Guru bersama pimpinan DAP dan AMK Melaka. Dari kanan Adun Bachang, YB Lim Jak Wong; Adun Bandar Hilir, YB Tey Kok Kiew; Adun Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong; Ketua AMK Melaka, Law Bing Haw pada majlis Hi -Tea, AMK Melaka.

Gambar bawah : Ribuan manusia membanjiri ceramah Tok Guru di Bukit Gedung, Tg Kling.

17 September 2012

MAHATHIR BILA NAK BERSARA

Mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad tiap-tiap hari mengeluarkan kenyataan menghentam PAS dan PR. Ternyata benar Mahathir begitu takut PR akan menang pada PRU 13 nanti. Mahathir memecahkan rekod sebagai Mantan Perdana Menteri yang paling banyak bercakap mengeluarkan kenyataan seolah-olah beliau masih lagi seorang Perdana Menteri.

Semua isu dan perkara disentuh oleh Mahathir. Paling hebat Mahathir menyamakan Umno/BN dengan analogi Syaitan yang dikenali, manakala PR sebagai Malaikat yang tidak dikenali. Sanggup beliau menyamakan Umno/BN dengan syaitan. Adakah beliau melihat Umno/BN memang syaitan.

Nampak beliau begitu terdesak sehingga mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya dikeluarkan. Cukuplah Mahathir, masa kamu telah berlalu......... biarlah Najib dan kawan-kawannya sahaja yang berlawan dengan musuh-musuh politiknya.....Mahathir elok sekali duduk rehat pergi masjid bertaubat.

Kalau hendak berpolitik pun mari sama-sama sertai PAS untuk menghapuskan dosa-dosa semasa menjadi pemimpin negara dahulu.

Ayuh jangan segan jangan malu Mahathir ........PAS sentiasa membuka pintu untuk perjuangan Islam ..........

Gambar sekadar hiasan.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter