MASHITAH BIADAP TUDUH PRESIDEN PAS ADA SKANDAL DENGAN ANAK DARA

Dahulu seorang Ustazah yang sering memberikan kuliah agama di kaca TV. Kini beliau menjadi pencacai Umno dan sanggup menjadikan dirinya kuda tunggangan Umno menghalalkan apa juga yang dilakukan Umno. Malah lebih teruk sanggup menabur fitnah dan tohmah dengan berselindung di sebalik ilmu agama dan  dalil-dalil Al-Qur'an dan Al Hadith. Itulah Ustazah Mashitah Ibrahim anak kelahiran Kedah yang dididik dengan lmu agama tetapi akhirnya hanyut dengan kemewahan dan habuan dunia.
Terbaru beliau tanpa usul periksa sanggup membuat fitnah dan tuduhan palsu mengaitkan Tuan Guru Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dengan seorang anak dara. Tulisan beliau yang disiarkan di dalam Sinar Harian terbitan 2 Mac lalu berbunyi "Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu. Beliau dikatakan mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3. Beliau menafikan."

Berani Mashitah membuat tuduhan seberat itu yang melibat maruah dan nama baik seseorang. Malah orang yang dituduh itu pula adalah seorang Tuan Guru yang anak muridnya ratusan ribu bukan setakat di dalam malah di luar negeri. Kalau hendak menuduh pun tengoklah orangnya dahulu, jangan buat tuduhan semberono dan tidak tentu 'kalu'.

Pihak Presiden PAS sudah meminta Mashitah dan Sinar Harian memohon maaf di atas fitnah itu tetapi kedua-dua 'buat dek' sahaja. Setelah diberikan peluang secukupnya untuk memohon maaf akhirnya mereka enggan maka, pihak Presiden PAS tiada pilihan lain selain dari menyaman Mashitah dan Sinar Harian. Saman tersebut difailkan Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar, pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui Firma Mazwan dan Nasar.

Sumber : Jalan Pulang, Addin dan SHarian

Comments