BN AMALKAN KUKU BESI DAN DIKTATOR?

Hanya Perdana Menteri, Najib Razak  seorang sahaja yang berkuasa penuh memilih siapa calon yang berhak bertanding mewakili BN. Ini bermakna sesiapa yang ingin menjadi calon BN mesti membodek Najib. Jangan lupa juga bahawa ada satu lagi kuasa yang hebat selain Najib dalam menentukan calon iaitu 'Mem' Najib Rosmah. Siapa yang Rosmah berkenan sudah tentu punya harapan besar jadi calon.

Mungkin juga mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir juga punya pengaruh untuk tentukan calon kerana Najib kebelakangan ini dilihat seolah-olah banyak mengikut telunjuk bapak Mukhriz tersebut. Mungkin Najib takut kepada Mahathir kerana banyak cerita Najib ada dalam kocek Mahathir.

Dipetik daripada Berita Harian, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata senarai nama calon Umno dan BN sudah diteliti di peringkat tertinggi semua parti komponen, namun hanya Najib yang memberi kata putus dan bukan kepimpinan parti yang membuat keputusan. Jadi Perdana Menteri punya kuasa macam diktator dan kuku besi untuk pilih siapa dia berkenan.

Seramai 2,181 orang disenarai pendek sebagai bakal calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi parlimen dan dewan undangan negeri (Dun) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Daripada 2,181, hanya 727 orang yang akan mendapat watikah untuk bertanding di 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dun daripada pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak.
Pilihan raya negeri Sarawak yang berasingan menyebabkan hanya 505 kerusi Dun dipertandingkan daripada 576 jumlah keseluruhan.
“Terpulang kepada perdana menteri memutuskan calon terbaik mengikut pertimbangan dan kriteria tertentu.
“Dari segi calon, UMNO dan BN meminta akar umbi mencalonkan tiga nama bagi setiap DUN dan Parlimen.
“Ini sudah dijalankan dan siap diteliti dengan memanggil semua pengerusi badan perhubungan Umno dan presiden komponen BN,” kata menteri pertahanan itu.
Menurut Zahid, calon yang dipilih belum muktamad sehinggalah watikah yang ditandatangani oleh pengerusi BN dikeluarkan.
“Nama calon yang berjaya tidak akan dimuktamadkan sehingga watikah untuk bertanding dikeluarkan, kadang-kadang sejam sebelum hari penamaan calon... itu kita serah kepada perdana menteri.
“Watikah akan dikeluarkan apabila sampai masanya,” katanya kepada Berita Harian.
 Menurut Zahid, apa yang ada sekarang adalah watikah kosong yang tidak mempunyai nama.
“Nama tidak akan dimuktamadkan sehingga watikah dikeluarkan.
“Pelantikan dibuat berdasarkan beberapa faktor, kalau calon dilihat mempunyai masalah, nama itu akan ditolak.
“Dalam keadaan sekarang, kita mahu calon bersih dan kelihatan bersih,” katanya.
Mengenai pembahagian kerusi antara komponen BN, Zahid berkata kemungkinan akan berlaku penyelarasan dan ia akan dibincangkan antara Najib dan presiden parti komponen.
Beliau turut yakin sumbangan parti komponen BN dapat membantu meraih kejayaan besar pada pilihan raya kali ini.
“Parti komponen BN menyumbang mengikut cara mereka dengan mengadakan bilik gerakan dan menggiatkan jentera parti pada peringkat akar umbi.
Sumber : Bhairan dan Malaysiainsider.

Comments