ORANG ISLAM HINA ISLAM LEBIH BIADAP DARI BUKAN ISLAM HINA ISLAM

Kita sering mendengar ada orang Islam yang menghina Islam dengan pelbagai kenyataan yang sungguh menggerunkan. Antaranya :-

1) Kalau dilaksanakan hukum Islam nanti habis tangan orang Islam kena potong
2) Kalau dilaksanakan hukum hudud nanti habis batu digunakan untuk hukuman rejam
3) Orang mencuri tidak perlu dipotong tangan tapi kita bagi dia kerja supaya tiada tidak mencuri lagi
4) Hukum Hudud tidak sesuai di negara majmuk seperti Malaysia
5) Hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana ianya zalim
6) Janggut disimpan pada zaman Nabi sebab masa itu tak ada pisau cukur
7) Jubah dan tudung adalah pakaian tradisi Arab kerana mereka negara padang pasir nak lindungi pemakainya
8) Kalau hudud dilaksanakan kerajaan pusat akan bertindak.
9) Hukum Islam tidak adil kerana hanya orang Islam yang dikenakan hukuman sedangkan orang bukan Islam dilepaskan

............... dan bermacam-macam lagi penghinaan terhadap hukum Islam

Orang Islam yang mengeluarkan kenyataan mungkin sengaja membuat kenyataan itu untuk menafikan kewajipan melaksanakan Islam disamping untuk mempengaruhi rakyat khususnya orang Islam supaya tidak menyokong pelaksanaan hukum Islam. Amat malang sekali jika kenyataan itu dikeluarkan dengan secara sedar dan tahu bahawa hukum Islam wajib dan berusaha ke arah pelaksanaannya wajib bukannya memperkecil-kecilkannya.

Kita tidak hairan jika mereka yang menghina Islam adalah orang bukan Islam kerana mereka mungkin tidak tahu dan tidak faham. Cuma kita sebagai orang Islam wajib menegur dan memberikan penerangan dan kefahaman kepada mereka supaya mereka faham dan lebih cermat mengeluarkan kenyataan mengenai Islam pada masa hadapan.

Antara pemimpin yang sering menghina Islam ialah Presiden MCA, Chua Soi Lek. Malangnya tidak ada seorang pun kawan-kawan baik Soi Lek dari Umno yang berani menegur Pelakon Video tersebut.. Berbeza dengan PR, pemimpin PAS sentiasa menegur kawan-kawannya tentang apa juga isu yang berkait dengan Islam.

Contoh terbaru ialah kenyataan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang dikatakan menghina Islam melalui twitternya. Pemimpin PAS bertemu dan berbincang dengan beliau dan Ngeh telah memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau yang dikatakan menghina Islam itu.

Tetapi pernahkah anda mendengar Pelakon Video, Chua Soi Lek memohon maaf dan menarik balik kenyataannya menghina Cikgu Mala yang tidak bersalam dengan lelaki semasa PRK Tenang. Pernahkah anda mendengar Soi Lek memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau menghina hukum hudud baru-baru ini ........................


Comments