.

.

07 March 2014

ANWAR : PAS TERKEJUT DAN KESAL

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

“HUKUMAN TERHADAP DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM : SATU LAGI EPISOD HITAM DALAM NEGARA KITA”

Parti Islam SeMalaysia (PAS) sungguh terkejut dan ingin merakamkan kekesalan yang tidak terhingga terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam proses penghakiman yang begitu tergesa-gesa menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam rayuan pendakwa terhadap Kes Sodomi II pada hari ini.

PAS dan kalangan rakyat awam sudah tentu bertegas bahawa prinsip keadilan mestilah bukan sahaja ditegakkan dengan penuh telus dan bermaruah, tetapi ianya mestilah dapat dilihat ditegakkan dengan prosesnya yang begitu teliti, cermat dan berlaku adil mengikut prinsip undang-undang yang bebas. Apatah lagi sekiranya kita merujuk kepada sistem keadilan perundangan Islam yang menekankan bahawa sedikit sahaja keraguan dalam proses perbicaraan itu sudah cukup untuk membebaskan seseorang yang didakwa. Prinsip keadilan sebegini tidak dapat dilihat dalam kes yang menimpa Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ini dengan sendirinya akan berterusan menghakis keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan dalam negara kita ini.

PAS berkongsi kekecewaan ini dengan anggota keluarga Dato’ Seri Anwar Ibrahim, terutamanya isteri beliau Datin Seri Dr Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menghadapi ujian yang sangat berat ini. PAS akan terus memberikan segala bentuk sokongan kepada beliau dan ahli-ahli PKR, serta seluruh penyokong Pakatan Rakyat dalam meneruskan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan sehingga keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman dapat diruntuhkan.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

5 Jamadil Awal 1435 H bersamaan 7 Mac 2014

06 March 2014

CHAHIDA PENGADIL PERTAMA BERTUDUNG

Chahida, Pengadil Bertudung Pertama Di Itali

Milan. Kebebasan mengenakan jilbab di negara-negara yang bukan majoriti berpenduduk muslim semakin menggembirakan. Salah satu contoh adalah Itali.

Untuk pertama kali dalam sejarah bola sepak Itali, pertandingan bola sepak dipimpin oleh pengadil perempuan yang mengenakan jilbab.

Namanya Chahida Chekkafi, seorang gadis Itali berdarah Maroko yang menjadi pengadil pada pertandingan tim laki-laki antara San Luigi lawan Karimou Stradevar, di Utara Itali.

Berdasarkan laporan Marocco World News, Chekkafi lahir dan membesar di Itali, namun ibunya seorang pemain bola sepak di Maroko. Aksinya memimpin pertandingan bola sepak di Italia sempat menjadi headline media-media setempat.


~ fb BUS mAN

IDRIS HARON : JANGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Melaka : Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka memandang serius terhadap pendedahan dan dakwaan Ketua Menteri Melaka Dato Seri Idris Haron yang menyatakan bahawa beberapa agensi kerajaan negeri mengalami kerugian berjumlah RM360juta.

Ketua Penerangannya Bahiki Ismail(gambar) berkata Idris mesti membuktikan ketelusan atau integriti yang selalu disebut-sebut oleh beliau dengan membuka pintu seluas-luasnya kepada SPRM bagi membuat siasatan terhadap isu ini tanpa menghiraukan tekanan-tekanan oleh mana-mana pihak.

"Ketua Menteri selalu menyatakan bahawa kepimpinan beliau akan sentiasa telus dan berintegriti jadi kita mahu beliau buktikan dengan membuka pintu seluas-luasnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan bagi mencari punca kepada kerugian tersebut".

"Kita juga menggesa agar SPRM mendedahkan hasil siasatankepada umum supaya rakyat tahu apa sebenarnya yang berlaku. Jika terdapat bukti rasuah dan penyelewengan berlaku mereka yang terlibat mesti diheret ke muka pengadilan" ujar Bahiki.

Beliau berkata laporan kerugian dan salah urus ini telah lama dilaporkan oleh Ketua Audit Negara dalam laporan tahunannya tetapi sebelum ini tiada apa-apa siasatan dan dakwaan dibuat.

'Kali ini kita harap Idris tidak mengulangi kesilapan dan keculasan pemimpin terdahulu yang seolah-olah menutup pintu kepada SPRM untuk menyiasat isu-isu kerugian seperti ini"

"Sebagai rakyat negeri Melaka kita tidak mahu harta dan duit kerajaan yang sebenarnya duit rakyat hilang begitu sahaja tanpa ada tindakan yang sewajarnya dilakukan bagi mencari punca kepada kerugian tersebut" tambah Bahiki.

Dua hari lepas sebuah portal online melaporkan bahawa beberapa agensi kerajaan negeri Melaka sedang disiasat atas dakwaan wujudnya salah urus selepas mencatatkan kerugian mencecah kira-kira RM360 juta. Pendedahan itu dibuat sendiri oleh Ketua Menteri Dato Seri Idris Haron dengan mengesahkan bahawa agensi-agensi terbabit berdepan krisis kewangan.

Antara agensi yang dinyatakan oleh Idris adalah Yayasan Melaka yang berdepan dengan bebanan hutang sebanyak RM286 juta. Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka kerugian hampir RM50 juta. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya menanggung hutang mencecah RM25 juta. Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) mengalami defisit fiskal mencecah jutaan ringgit.

Bagaimana dalam kenyataan berasingan selepas itu Idris menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Melaka tidak melihat keperluan untuk memanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat kerugian jutaan ringgit anak syarikat dan agensi kerajaan negeri.

Beliau berkata ini kerana kerugian itu tidak disebabkan oleh penyelewengan dalam kewangan sebaliknya melibatkan masalah pengurusan anak syarikat serta agensi kerajaan negeri terlibat.

03 March 2014

FITNAH LAGI : GAMBAR DI ISTAC DIDAKWA DALAM GEREJA

Gambar ini adalah contoh bagaimana fitnah disebarkan bertujuan menjentik sensitiviti umat Islam dengan berita murtad. Padahal tiada peristiwa murtad dan tempat yang didakwa gereja adalah ISTAC, Kuala Lumpur. Malah saya sendiri pernah ke ISTAC melihat dan meninjau kecantikan senibina dengan ilham dari timur tengah.

Benarlah bahawa kita telah berada pada zaman fitnah. Melalui kecanggihan media kita akan dapat pelbagai maklumat dan kisah. Nasihat saya kepada sekalian sahabat usah dan janganlah sekali-kali kita berkongsisebarkan maklumat negatif samada ia benar atau tidak. Sekiranya sesuatu maklumat tidak benar dikongsisebar bermakna kita telah menempa saham fitnah. Namun sekiranya sesuatu maklumat negatif biarpun benar dan dikongsisebar kemungkinan kita telah membantu menyebarkan aib orang lain tanpa disedari.

Adalah lebih baik hanya berkongsi maklumat yang baik-baik sahaja. Kelak dapat juga manfaat kepada sahabat-sahabat.


Sumber : FB SAA

SEKS LUAR TABI'I : PASTIKAN LEMBU ANDA PAKAI CAWAT BESI

Zaman sekarang ini bukan sahaja anak dara, nenek dan OKU tidak selamat dari serangan seks, binatang pun tidak selamat juga. Inilah bala yang menimpa umat manusia di negara kita. Mereka sudah tidak dapat membezakan yang mana baik dan buruk. Halal dan haram sudah dikesampingkan.

Media melaporkan bahawa seekor anak lembu mati akibat seks luar tabi'i yang dilakukan oleh seorang manusia yang perangainya lebih teruk dari binatang. Sehingga anak lembu itu mati dikerjakan oleh manusia bertopeng binatang tersebut.

Selepas ini tuan punya lembu kena memakaikan lembu mereka dengan CAWAT BESI supaya mereka selamat dari diperlakukan seperti dalam laporan media ini.

BERITA GEMPAR : PRK KAJANG PAS AKAN SABOTAJ!!!!!

PAS akan melakukan satu kejutan pada PRK Kajang. PAS memang selalu juga bikin perkara gempar. Suatu waktu dulu Umno dan Melayu tidak sangka PAS akan membuat kejutan berkawan dengan DAP. Umno dan Melayu totok selalu tuduh DAP Komunis. Tetapi tiba-tiba PAS berkawan dengan DAP. PAS tidak mahu berkawan dengan Umno. PAS sabotaj pada Umno.Melayu totok pelik mengapa PAS berkawan dengan DAP.

Pada PRK Kajang nanti PAS akan buat perkara gempar. PAS akan cipta kejutan. PAS akan sabotaj. PAS sudah lama buat kerja sabotaj seumpama ini. Ini bukan perkara baru dalam PAS. Ramai di kalangan pemimpin dan ahli-ahli PAS pakar sabotaj. Kerja-kerja politik memang memerlukan strategi. Antara strategi terbaik ialah sabotaj. PAS akan buat perkara yang sama di Kajang. Siapa yang kena sabotaj PAS. Adakah Anwar Ibrahim dan PKR, maupun PR. Atau mungkin Zaid Ibrahim Al Kataki atau calon MCA yang konon-kononnya hebat dan suci.

PAS akan sabotaj. Itu sudah tentu. Untuk menang PRK atau PRU kena pandai strategi dan taktik. Kena pandai sabotaj. Umno pun memang kaki sabotaj. Mereka sanggup pukul, katok, culik, bakar jambatan dan macam-macam kerja sabotaj yang kadang-kadang tidak terfikir oleh kita. Itu kerja Umno tak kiro dosa pahala. Matlamat menghalalkan cara.

PAS akan sabotaj. Siapa kena sabotaj. PAS tak pernah tikam dan sabotaj sahabat sendiri. PAS tak pernah tendang sahabat supaya lari dari persefahaman. Siapa yang terajang PAS semasa dalam BN. Siapa yang keluar dari Angkatan Perpaduan Ummah. Siapa yang keluar dari Barisan Alternatif.

PAS tidak serik untuk berkawan dan bertahalluf. Kerja-kerja berkawan dan berbaik ini adalah kerja mulia bukan kerja sia-sia.

Siapa yang PAS akan sabotaj. Mungkin Anwar sebab bekas Timbalan Perdana Menteri itu dikatakan buruk akhlaqnya, lidah bercabang, ejen Israel, anti Melayu, suka LGBT dan sebagainya. Mungkin juga MCA/BN kerana jelas dasar BN tidak Islamik, menindas rakyat, zalim, kuku besi, gagal mentadbir negara dan sebagainya. Mungkin juga Zaid Ibrahim yang terkenal dengan sikap yang tiada pendirian politik.

PAS akan sabotaj. Sudah tentu akan sabotaj calon-calon yang tidak sehaluan dengan PAS. Parti itu akans sabotaj calon-calon dari parti yang tidak mahu kepada Islam, parti yang menindas rakyat, parti yang pemimpinnya penuh dengan kontroversi rasuah, penyalahgunaan kuasa. PAS akan sabotaj parti yang pemimpinnya kaya raya, anak bini senang lenang dengan projek dan sebagainya.

PAS tidak akan menikam rakannya. PAS tidak akan sabotaj rakannya. PAS akan sabotaj BN kerana BN lah yang menjadi punca rakyat hidup susah, tidak selamat dan sebagainya lantaran ketamakan mereka yang menyebabkan rasuah berleluasa, ketirisan berbilion ringgit, demokrasi tempang, kuasa dipergunakan untuk mengkayakan anak dan kroni. PAS akan sabotaj BN sebagaimana yang PAS lakukan sejak PRU pertama lagi .......itulah erti persahabatan PAS walaupun kadang-kadang hati terluka tetapi PAS tetap setia pada sahabat-sahabatnya. Jangan bimbang.

200,000 HADIRI CERAMAH BAKAL CALON BN, ANWAR BAKAL TERSUNGKUR ....

Gempar!!!! 200,000 rakyat di sekitar Kajang keluar menghadiri ceramah bakal calon BN Chew Mei Fun di Bukit Angkat, Kajang 2 hari lepas.

Hebat sungguh sambutan rakyat kepada MCA/BN. Cuba perhatikan gambar di sebelah ini. Kerusi-kerusi penuh diduduki oleh jin dan syaiton .........

Sumber : Gambar dan info - Omakkau

02 March 2014

BAPAK ANTI HADIS MASUK HOSPITAL???

Aku pernah ziarah dia Mamat ini di rumah dia di Pulau Pinang.

Bila dia beri salam serba salah aku nak jawab. Dengar khabar dia dimasukkan ke hospital betul ke?

Kalau betul harap dia bertaubat dan minta ampun pada Allah ..............
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter