.

.

03 March 2014

BERITA GEMPAR : PRK KAJANG PAS AKAN SABOTAJ!!!!!

PAS akan melakukan satu kejutan pada PRK Kajang. PAS memang selalu juga bikin perkara gempar. Suatu waktu dulu Umno dan Melayu tidak sangka PAS akan membuat kejutan berkawan dengan DAP. Umno dan Melayu totok selalu tuduh DAP Komunis. Tetapi tiba-tiba PAS berkawan dengan DAP. PAS tidak mahu berkawan dengan Umno. PAS sabotaj pada Umno.Melayu totok pelik mengapa PAS berkawan dengan DAP.

Pada PRK Kajang nanti PAS akan buat perkara gempar. PAS akan cipta kejutan. PAS akan sabotaj. PAS sudah lama buat kerja sabotaj seumpama ini. Ini bukan perkara baru dalam PAS. Ramai di kalangan pemimpin dan ahli-ahli PAS pakar sabotaj. Kerja-kerja politik memang memerlukan strategi. Antara strategi terbaik ialah sabotaj. PAS akan buat perkara yang sama di Kajang. Siapa yang kena sabotaj PAS. Adakah Anwar Ibrahim dan PKR, maupun PR. Atau mungkin Zaid Ibrahim Al Kataki atau calon MCA yang konon-kononnya hebat dan suci.

PAS akan sabotaj. Itu sudah tentu. Untuk menang PRK atau PRU kena pandai strategi dan taktik. Kena pandai sabotaj. Umno pun memang kaki sabotaj. Mereka sanggup pukul, katok, culik, bakar jambatan dan macam-macam kerja sabotaj yang kadang-kadang tidak terfikir oleh kita. Itu kerja Umno tak kiro dosa pahala. Matlamat menghalalkan cara.

PAS akan sabotaj. Siapa kena sabotaj. PAS tak pernah tikam dan sabotaj sahabat sendiri. PAS tak pernah tendang sahabat supaya lari dari persefahaman. Siapa yang terajang PAS semasa dalam BN. Siapa yang keluar dari Angkatan Perpaduan Ummah. Siapa yang keluar dari Barisan Alternatif.

PAS tidak serik untuk berkawan dan bertahalluf. Kerja-kerja berkawan dan berbaik ini adalah kerja mulia bukan kerja sia-sia.

Siapa yang PAS akan sabotaj. Mungkin Anwar sebab bekas Timbalan Perdana Menteri itu dikatakan buruk akhlaqnya, lidah bercabang, ejen Israel, anti Melayu, suka LGBT dan sebagainya. Mungkin juga MCA/BN kerana jelas dasar BN tidak Islamik, menindas rakyat, zalim, kuku besi, gagal mentadbir negara dan sebagainya. Mungkin juga Zaid Ibrahim yang terkenal dengan sikap yang tiada pendirian politik.

PAS akan sabotaj. Sudah tentu akan sabotaj calon-calon yang tidak sehaluan dengan PAS. Parti itu akans sabotaj calon-calon dari parti yang tidak mahu kepada Islam, parti yang menindas rakyat, parti yang pemimpinnya penuh dengan kontroversi rasuah, penyalahgunaan kuasa. PAS akan sabotaj parti yang pemimpinnya kaya raya, anak bini senang lenang dengan projek dan sebagainya.

PAS tidak akan menikam rakannya. PAS tidak akan sabotaj rakannya. PAS akan sabotaj BN kerana BN lah yang menjadi punca rakyat hidup susah, tidak selamat dan sebagainya lantaran ketamakan mereka yang menyebabkan rasuah berleluasa, ketirisan berbilion ringgit, demokrasi tempang, kuasa dipergunakan untuk mengkayakan anak dan kroni. PAS akan sabotaj BN sebagaimana yang PAS lakukan sejak PRU pertama lagi .......itulah erti persahabatan PAS walaupun kadang-kadang hati terluka tetapi PAS tetap setia pada sahabat-sahabatnya. Jangan bimbang.

3 comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter