.

.

24 December 2009

ENJIN JET HILANG, KERETA HILANG APA LAGI AKAN HILANG

Kalau sebelum ini kita dikejutkan dengan penggunaan bom C4 yang digunakan tanpa 'tauliah' (boleh hilang dari stor), hilang Pulau Batu Putih dan baru-baru ini negara kehilangan enjin jet, semalam kita tersentak lagi apabila diberitakan kereta Perdana V6 kerajaan negeri BN sebanyak 3 buah pula hilang.
Apa nak jadi dengan kerajaan BN samada pusat atau negeri banyak barang berharga di bawah jagaan mereka hilang? Hatta barang dalam kelambu sendiri pun boleh hilang. Tidak kira barang keselamatan, barang pengangkutan dan tanah serta pulau semuanya hilang.

Kita takut nanti negara kita pun hilang kerana digadai oleh BN. Oleh itu rakyat perlu mengambil iktibar dari kelalaian dan kelemahan kerajaan BN.

Jangan ulangi kesilapan mengundi BN untuk dijadikan kerajaan pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Kita takut nanti negara kita akan hilang dari peta dunia dan kerajaan berdaulat kita pupus.

Bekas pencuri terkejut enjin jet boleh dicuri

PAYA MAT INSUN: Seorang bekas pencuri motosikal yang ditemui di sini menyatakan dia tidak pernah terfikir enjin jet juga boleh dicuri.Jika dia tahu enjin jet boleh dicuri,sudah tentu dia tidak perlu mencuri motosikal selama ini.Lebih baik dia mencuri enjin jet kerana dengan sekali curi sahaja tak perlu lagi buat bersusah payah untuk buat kerja mencuri.Habuan yang diperolehi boleh menyara tujuh keturunannya.

Beliau yang sebelum ini melakukan rutin mencuri motosikal di sekitar kampung di sini juga pernah mencuri lembu sebanyak 8 kali.Namun kelapan-lapan kali dia kantoi.

Tambah beliau lagi,mencuri enjin jet juga selamat kerana tiada siapa yang akan tertangkap dan didakwa walaupun setelah 2 tahun enjin jet itu dijual kepada pembeli di luar negara.Beliau yang kelihatan terkejut dengan berita enjin jet dicuri telah menghubungi beberapa rakannya yang juga pakar pecah rumah untuk memberi idea bernas ini kepada mereka.

Selepas ini beliau bertekad untuk menganjurkan kursus mencuri enjin jet di seluruh negara berdasarkan konsep 1 Malaysia. –TAKBERNAMA

KURMA DAN AIR ZAM-ZAM RM 20, MAD SAID MAIN SUMPAH-SUMPAH

Sampai bersumpah-sumpah Menteri Besar Terengganu untuk meyakinkan wakil rakyatnya sendiri bahawa semua projek kerajaan negerni telus dan tiada penyelewengan. Hebat sekali sekali wakil rakyat BN negeri Terengganu apabila berani menuduh kerajaan negeri mereka sendiri menyeleweng dan tidak betul.

Sifat berani ini tidak ada pada wakil rakyat BN dari negeri lain termasuk Ahli Parlimen. Kalaulah sifat ini ada pada setiap wakil rakyat tidak kira BN atau PR saya yakin sudah lama negara kita maju dari segi fizikal dan spiritual. Malangnya wakil rakyat BN yang ada sekarang ini semuanya Yes Man tidak berani berkata benar dan menegur pemimpin. Syabas diucapkan kepada Wakil Rakyat, ADUN BN Terengganu.
"Dengan nama Allah, bismillahirrahmanirrahim, wallahi, wabillahi, wataallahi...tidak ada penyelewengan, rasuah dalam kes ini atau dalam kes-kes lain. Saya telus. Saya boleh jelaskan hal ini demi kepentingan rakyat," kata Ahmad Said bersumpah dalam Dewan.
Sumpah ini biasalah bagi pemimpin BN. Persoalannya apakah sumpah ini boleh menyelesaikan masalah atau membersihkan benda yang kotor atau jijik. Sumpah untuk menjadi perkara biasa. Orang fitnah orang lain pun berani bersumpah, jadi sumpah sudah jadi barang mainan.
Yang penting pentadbiran sesebuah negeri mesti bersih dan kelihatan bersih sebagaimana Kelantan tiada pihak yang berani menuduh bahawa kerajaan negerinya rasuah kerana tidak pernah dibuktikan ia mengamalkan rasuah dan penyelewengan.
Sepanjang persidangan DUN Terengganu selama 3 hari bermula Isnin Mad Said diasak dengan hebat oleh penyokongnya sendiri yang bertindak lebih lantang dari ADUN PAS.
Antara persoalan yang dibangkitkan ialah mengenai pemberian kontrak melombong bijih besi di Bukit Besi, kontrak pemberian baju sekolah kepada pelajar miskin dan dasar rundingan terus yang dilakukan oleh kerajaan dalam soal pembaikan dan penurapan jalan.
ADUN Alor Limbat, Alias Abdullah dan ADUN Bukit Besi, Din Adam menghentam Mad Said sehingga beliau kelihatan marah dan bengang.

Ahmad berkata, wakil rakyat sama ada pembangkang atau penyokong kerajaan, tidak seharusnya menggunakan keistimewaan dewan untuk membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadap kerajaan mahupun pegawai kanan beliau yang tidak berpeluang untuk menjawabnya.
Dari perkembangan ini jelas bahawa Umno Terengganu masih berbalah dan persengketaan antara puak Derih Jusoh dan Mad Said masih belum dapat diredakan oleh Hishamuddin Hussein, Pengerusi 'Angkat' Perhubungan Umno Terengganu.

Enjin Hilang-PAS Mahu Najib Letak Jawatan

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu Dato' Seri Najib Tun Razak meletakan Jawatan serta merta berhubung kes kehilangan enjin pesawat pemintas F5E. PAS memandang serius kes yang berlaku pada tahun 2007 iaitu ketika Najib masih lagi Menteri Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri.Selaku Menteri beliau bertanggungjawab penuh diatas kecuaian terbesar yang berlaku dalam sejarah pentadbiran Kementerian Pertahanan.
Sewajarnya beliau meletakan jawatan pada tahun 2008 iaitu ketika kehilangan enjin berkenaan disedari hilang bagi memberikan laluan kepada siasatan menyeluruh kes ini.

Beliau jelas cuba merahsiakan perkara ini dari rakyat bagi memastikan laluan mudah agar dirinya dilantik sebagai Perdana Menteri mengantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.Kelicikan politik beliau dalam menyembunyikan kes ini jelas memperlihatkan agenda beliau itu. Kes kehilangan ini tidak boleh dianggap remeh kerana ia adalah simbolik disebalik kegagalan sistem pertahanan negara dibawah pentadbiran Najib.

Di bawah pentadbiran Najib, kita sudah lali mendengar kisah ruang udara negara diceroboh, helikopter nuri terhempas, kapal terbang terhempas, dan juga kisah-kisah perbelanjaan Kementerian Pertahanan yang dihalang untuk di Audit oleh Jabatan Audit Negara.
Keselamatan negara merupakan tanggungjawab terpenting sesebuah kerajaan. Bagaimana rakyat dapat hidup dengan aman bila mana sistem keselamatan negara dilihat terlalu rapuh ekoran wujudnya pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan masa depan politik peribadinya.

Zaman Najib menjadi menteri pertahanan juga menyaksikan munculnya projek Angkawan Negara yang berakhir dengan kisah Pelancong Angkasa. Program Latihan Khidmat Negara juga dicipta dengan begitu banyak tragedi sedangkan manfaat yang diterima kurang dari 10 peratus dan masalah sosial generasi muda hari ini kian membarah. Zaman beliau begitu banyak kecuaian, kerugian, penipuan dan pembaziran.

Oleh itu PAS tegas, agar Najib meletakan jawatan. Jika 2 unit enjin pesawat yang besar boleh hilang dari kawalan pasukan keselamatan negara, esok lusa apa pula yang hilang jika Najib masih kekal menjadi Perdana Menteri

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

300,000 HIV 2015 : TUTUP PUNCA MAKSIAT DI MELAKA

Dijangkakan 300,000 akan dijangkiti HIV di negara ini menjelang tahun 2015. Demikian laporan akhbar Sinar Harian edisi Melaka Negeri Sembilan hari ini. Angka ini amat menggerunkan kita semua kerana ianya merupakan bala dari Allah terhadap hambaNya yang melanggar perintahNya.
Semua kita faham bahawa antara punca HIV ini merebak ialah melalui seks bebas, penagihan dadah dan sebagainya.
Oleh itu saya menggesa kerajaan negeri Melaka menutup semua tempat-tempat pelacuran dan maksiat di samping memberikan kesedaran Islam kepada semua rakyat di negeri ini khususnya umat Islam. Hanya dengan menutup punca merebaknya penyakit berbahaya ini Insya Allah ianya dapat dikawal dan dikurangkan.
Pusat-pusat hiburan yang menjadi tempat berlakunya mukaddimah zina dan seks bebas ini tumbuh bagai cendawan lepas hujan di Melaka. Pusat-pusat hiburan seperti Dangdut, Disko, Kelab Malam, Diskotique, Karaoke dan sebagainya menjadi tempat hiburan sementara kononnya untuk menghilangkan kerunsingan dan kekusutan fikiran.
Tempat-tempat hiburan begini menjadi pelabuhan pertama kupu-kupu malam sebelum meneruskan operasi berikutnya. Siapa yang tidak tahu Jalan Melaka Raya yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Melaka. Ianya bagaikan mati di siang hari tetapi hidup dan harum pada malam hari.
Jumlah pusat-pusat hiburan di Jalan Melaka Raya ini sungguh banyak. Jika kita berkunjung ke kawasan ini pada malam hari kita akan dapat menyaksikan pelbagai gelagat manusia yang datang mengunjungi tempat-tempat hiburan ini seolah-olah kita bukannya berdiri di tengah-tengah negeri umat Islam tetapi lebih mirip kepada Hatyaai atau Phuket di Thailand.
Saban hari ada sahaja berita yang tersiar di dada akhbar tentang tertangkapnya orang Islam yang berkhalwat dan berzina di sekitar negeri Melaka.
Rumah urut, Spa, salon kecantikan dan sebagainya juga didakwa menjalankan ‘perniagaan sampingan’ demi untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain dari itu Bandar Melaka juga memang terkenal dengan pusat maksiat seperti rumah urut dan Pusat Pelacuran yang kian menjadi tarikan kepada pelancong dalam dan luar negeri.
Tidak lama dahulu sebuah stesyen TV pernah membongkar kisah pelacuran yang berleluasa di sekitar Bandaraya Melaka. Sesungguhnya kegiatan jijik tersebut sudah lama berlaku tetapi semacam sengaja di biarkan oleh pihak berkuasa.
Ianya telah berlaku sejak turun temurun. Kawasan-kawasan yang terkenal dengan kegiatan tersebut adalah di Jalan Munshi Abdullah dan Jalan Bunga Raya serta beberapa kawasan lain. Nama-nama seperti Pokok Kelapa, Ekspres Belakang, Rumah Hijau dan sebagainya menjadi siulan para pencinta perempuan murahan tersebut.
Harga perkhidmatan yang istimewa sehingga ke paras semurah RM30.00 menjadi penggalak kepada berkembangnya industri yang dikatakan antara yang tertua di dunia ini. Lebih malang lagi Stesyen TV itu juga mendedahkan bahawa antara pelanggan pelacur-pelacur murahan ini adalah pelajar-pelajar kolej yang rata-ratanya berketurunan melayu.
Mengapa setelah ianya didedahkan oleh Media sejak kesekian kalinya tempat-tempat begini masih beroperasi seolah-olah ianya mendapat perlindungan istimewa dari pihak tertentu. Ini yang menjadi persoalannya?
Saya menggesa pihak kerajaan negeri menutup premis-premis pelacuran, hiburan dan pusat maksiat ini serta merta bagi mengurang wabak Aids yang dijangka terus meningkat sehingga 300,000 pada tahun 2015 nanti.
Amat malang sekali jika kerajaan negeri Melaka terus mendiamkan diri tidak mahu mengambil tindakan ke atas premis-premis ini yang sah menjadi punca maksiat dan akhirnya menyebabkan Aids merebak dengan meluas.

BLOG NIK AMALINA : MENULIS ADA DISIPLINNYA

Saya telah membaca beberapa posting Nik Amalina di dalam blognya Seri Suri. Bagi saya beliau mempunyai hak untuk berkarya dan menulis di dalam blog peribadinya seperti saya juga bebas untuk mengetuk keyboard laptop saya untuk merungkaikan apa yang terpendam dan terpancar dalam dada dan otak saya.

Namun sebagai seorang ahli parti atau mungkin seorang yang sayangkan parti kita tidak boleh menulis mengikut perasaan dan kehendak hati tanpa di kawal oleh disiplin sebagai seorang anggota parti.

Kita mesti berhati-hati dalam menyampaikan apa juga idea dan kata hati dalam blog kerana ianya menjadi tatapan dan tontonan ramai terutama blog-blog individu seperti Nik Amalina yang merupakan puteri Tok Guru dan isteri Ariffahmi.

Kalau penulis blog itu Sofi tak apa tak ada orang kenal, tetapi tidak untuk Nik Amalina. Media menunggu setiap detik apa yang akan diposting oleh Nik Amalina untuk dijadikan senjata menembak dan mentohmah PAS. Kalau Ariffahmi yang terkorban mungkin kesannya hanya kepada individu dan keluarga terdekat sahaja. Tetapi kalau PAS yang terkorban kesannya kepada seluruh rakyat Malaysia dan masa depan Islam di Malaysia.
Kita kena faham dan harus faham bahawa jika tulisan kita disiar atau dipetik dan dimuatkan dalam media pengampu BN itu maknanya tulisan kita memberikan keuntungan kepada musuh kita. Jika ianya diheboh dan diperbesar-besarkan itu ertinya tulisan kita menjadi peluru untuk menembak PAS dan Islam itu sendiri. Kita mesti berhati-hati.

Saya ingin menasihat diri saya dan sesiapa juga supaya bertanggungjawab dalam apa yang kita tulis walau di mana sahaja samada blog, facebook, twitter, media cetak dan seumpamanya. Jangan kita jadi perosak .................

21 December 2009

PAS TERBUKA, MATANG, TELUS, BERJIWA BESAR, JUJUR DAN BERPANDANGAN JAUH

Ramai rakyat Malaysia yang bukan Islam dan bukan Melayu sebelum ini memandang sinis kepada PAS terutama sebelum era tahun 90-an. Bagi PAS adalah parti ekstrem, pelampau agama, tertutup, orthodox, susah diajak berbincang, berjuang untuk Islam/Melayu sahaja dan segala 'mak nenek' sifat buruk dan negatif.
Namun kini terbukti sangkaan dan persepsi mereka kepada PAS adalah 200 % salah. PAS membuktikan bahawa ia sebuah parti yang positif dan moden serta sesuai untuk semua golongan tanpa mengira agama, bangsa, taraf kehidupan dan sebagainya.
Konvensyen PR Sabtu lalu menyerlahkan sifat sebenar PAS.

PAS terbuka

PAS terbuka menerima pandangan sesiapa sahaja walaupun ianya bertentangan dengan prinsip perjuangan Islam yang dibawanya. Bagi PAS orang yang menentang Islam bukannya anti Islam tetapi sebenarnya mereka tidak faham Islam yang pada hakikatnya sesuai sepanjang zaman, tempat dan sesiapa sahaja. Sebab itulah PAS sentiasa bersedia dan terbuka untuk berbincang dengan sesiapa sahaja dalam PR bagi menyelesaikan apa juga perkara yang menjadi perselisihan.
PAS matang
Oleh kerana kematangan PAS lah maka parti ini tidak pernah 'melompat' dan 'hilang akal' walaupun dituduh dengan pelbagai tuduhan dan fitnah samada oleh kawan atau lawan. Sebab itulah PAS sentiasa sabar menjawab segala tohmah dan fitnah yang akhirnya semuanya terjawab dengan bukti dan fakta yang diterima oleh semua orang. Kematangan PAS juga akhirnya menyebabkan musuh menjadi kawan lawan menjadi sahabat.
PAS telus
PAS tidak pernah menyembunyikan apa dasar dan matlamat perjuangannya. Hatta sekarang ini ketika berkawan dengan DAP dan PKR, PAS tetap memperjuangkan Islam yang menjadi dasar perjuangannya. Sebab itulah segala hujah dan fakta yang diutarakan oleh PAS diperkukuhkan dengan dalil ayat Al-Qur'an dan Hadis Nabi. PAS tidak pernah meminggirkan Al-Qur'an dan Hadis Nabi dalam apa juga dasar, manifesto dan uslub perjuangannya. Malah segala dasar yang baik yang digarikan oleh sesiapa sahaja didunia ini adalah sebenarnya sesuai dengan Islam yang sentiasa menitikberatkan kesejahteraan manusia.
PAS berjiwa besar
PAS dan pemimpinnya membuktikan bahawa mereka berjiwa besar dalam apa juga tindakan dan dasarnya. Pemimpinnya akan mengakui kesalahan masing-masing dan pada masa yang sama memaafkan sesiapa sahaja. Yang benar tetap ditegakkan dan yang salah akan ditentang walaupun ianya kroni dan sahabat sendiri. PAS tidak pernah bongkak dan tamak dalam memberikan pengiktirafan kepada sesuatu langkah dan tindakan yang baik hatta ianya dilaksanakan oleh musuh politiknya.
PAS berpandangan jauh
PAS sebenarnya boleh berjuang secara sendirian jika mereka mahu berbuat demikian. PAS sudah cukup matang untuk berjuang solo kerana mereka mempunyai 'resources' yang cukup dari segi modal insan, fasiliti dan keupayaannya.
Namun berpandangan jauh dan berpijak di bumi nyata kerana PAS tahu dalam konteks perjuangan politik di Malaysia PAS tidak boleh berjuang sendirian jika mahu membebaskan rakyat Malaysia dari kekejaman dan kezaliman BN. Komposisi kaum, budaya dan agama tetap menjadi penghalang kepada kejayaan sesebuah parti yang berjuang secara solo. Mahu tidak mahu PAS mesti berjuang secara berjemaah dengan parti-parti lain. Tahaluff Siyasi yang digagaskan oleh PAS sejak dari dahulu membuktikan PAS adalah sebuah parti yang berpandangan jauh dan realistik. PAS pernah bersama dengan Semangat 46 dalam Angkatan Perpaduan Ummah(APU), Parti Keadilan Nasional (PKN) dan DAP dalam Barisan Alternatif (BA) dan lain-lain gabungan yang sudah menjadi sejarah.
PAS jujur dan tidak belot
PAS tidak pernah belot dan menikam sahabat-sahabatnya dalam gabungan mereka sebelum ini samada dalam APU, BA dan lain-lain. Sebaliknya gabungan tersebut runtuh lantaran sahabat-sahabat lain yang tidak mahu meneruskan gabungan tersebut. PAS tidak pernah 'menuntut cerai' atau 'menceraikan' sesiapa sebelum ini. PAS jujur dalam 'perkahwinan.'
Sebab itulah pemimpin PAS memberi jaminan bahawa PAS akan tetap setia dalam PR selagi semua rakan-rakan setia dan jujur dalam persahabatan dan 'perkahwinan'.
Konvensyen PR Sabtu lalu membuktikan kenyataan dan fakta di atas di mana ucapan pemimpin dan pembahas PAS diterima baik oleh pimpinan PR dan penyokong PR.

UMNO TERTIDUR 35 TAHUN, CUBA TANGGUK DI AIR KERUH

Umno sebenarnya tertidur 35 tahun. Sekarang baru dia tersedar bahawa Pulau Pinang sudah terlepas dari gengamannya. Baru sekarang Umno terhegeh-hegeh menuntut kerusi Pengerusi BN Pulau Pinang sedangkan sebelum ini tidak berani berbuat demikian.
Sebelum ini Umno sudah beberapa penggal mempunyai kerusi majoriti di DUN Pulau Pinang berbanding Gerakan dan MCA namun tidak berani menuntut kerusi tersebut. Sekarang bila mereka melihat Gerakan lemah dan tewas teruk dalam Pilihanraya Umum lalu barulah mereka tersedar dari mimpi.
Memang benar Umno tidak ada semangat setia kawan dan tidak jujur dalam persahabatan. Bila kawannya kuat Umno jadi 'Yes Man' bila kawan lemah Umno mahu memijak kepala kawan. Inilah perangai Umno yang mengamalkan politik matlamat menghalalkan cara dan politik pecah perintah.
Sebab itulah Umno pernah menerajang PAS dari BN suatu ketika dahulu. Ketika Umno lemah mereka menghulurkan tangan kepada PAS, bila mereka kuat PAS tidak lagi dipandang oleh mereka. Sama juga dengan isu kerajaan perpaduan baru-baru ini, bila Umno longlai selepas Pilihanraya Umum 2008 mereka cuba meminang PAS untuk 'berkahwin' dalam Kerajaan Perpaduan. Alhamdulillah PAS sudah mahir dan fasih dengan perangai buruk Umno. Pinangan Umno ditolak.
Kini Gerakan pula mendapat bahana dari kebiadapan Umno.

Maka saya mencadangkan kepada Gerakan dan Presidennya Koh Tsu Kon supaya keluar dari BN dan sertai Pakatan Rakyat kerana Umno dan BN sudah tidak boleh dipercayai lagi. Umno kini sedang giat membuli MCA dan Gerakan serta juga MIC.
Apa lagi yang Gerakan hendak tunggu sebelum terlambat sila menyeberang secepat mungkin.

MALAYSIA BARU VS 1MALAYSIA LAMA

Muafakat baru yang digagaskan oleh Pakatan Rakyat amat jauh bezanya dengan 1Malaysia lama BN yang hanya retorik dan slogan sedangkan Umno, MCA, MIC dan Gerakan masih terus 'beriman' dengan semangat perkauman yang sempit.

Berikut adalah kandungan muafakat rakyat dan gagasan Malaysia Baru Pakatan Rakyat. Ianya telah digagaskan semasa Konvensyen PR 19 Disember lalu.

Pakatan Rakyat menyediakan suatu rencana dasar dan kebijaksanaan untuk membawa keluar bangsa dan negara dari kemelut yang semakin meruncing.

Agenda pembangunan bangsa telah tergelincir akibat dari faham perkauman sempit, politik adu domba dan "demokrasi otoritarian". Ekonomi merudum akibat dari keruntuhan akal budi, kerakusan rasuah dan kebijakan-kebijakan usang yang menyebabkan Malaysia tergelincir ke belakang dari ekonomi-ekonomi rancak serantau.

Ketidakadilan ekonomi semakin ketara dengan melebarnya jurang antara golongan kaya dengan miskin, antara bandar, desa dan pendalaman antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak.

Peningkatan jenayah mengancam keselamatan nyawa dan harta rakyat kerana pasukan polis disalahgunakan untuk tujuan politik sempit. Kewibawaan dan kebebasan sistem kehakiman terus digasir oleh campurtangan politik dan kepentingan perniagaan.

Setengah abad Malaysia merdeka dan berdaulat sewajarnya mendewasakan. Ini diterjemahkan manakala rakyat rakyat dari pelbagai kaum mempamerkan semangat baru meleburkan kerangka pemikiran usang dan jumud, menolak kerakusan kuasa, merebaknya rasuah, merompak khazanah negara dan menginjak hak rakyat.

Menginsafi semangat rakyat tersebut maka Pakatan Rakyat mengikrarkan iltizam kami untuk menghayati dan melaksanakan agenda politik baru ke arah menggembleng tenaga rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya yang dilihat sebagai satu kekuatan.

Malah kami yakin, kita mampu berubah dari dasar perkauman sempit kepada kerukunan hidup beragama, nilai kemanusiaan, berlandaskan prinsip akhlak dan etika hak asasi, prinsip negara hukum tanpa memilih darjat, kaum atau kelompok. Dasar yang terpasak dari kepatuhan kepada Perlembagaan dan prinsip-prinsip keadilan sejagat akan menjamin keluhuran undang-undang dan kebebasan sistem kehakiman, sebagaimana ia menjamin hak-hak asasi manusia dan maruah rakyat kekal terbela dan dimartabatkan.

Pakatan Rakyat berkeyakinan bahawa ekonomi Malaysia mampu dipacu dengan lebih pantas melalui dasar ekonomi pasaran yang manusiawi yang mengarah kepada pembangunan manusia seutuhnya. Kebijakan ekonomi harus menjadikan Malaysia mampu berdaya saing, iklim pelaburan yang sihat, percukaian progresif, tetapi kukuh dengan hasrat mencapai keadilan melalui kaedah pengagihan ekonomi yang adil, terutama bagi kelompok miskin dan terpinggir.

Pakatan Rakyat menolak dasar yang membuka ruang kepada rasuah dan lain-lain jenayah kewangan serta penyalahgunaan kuasa. demi memastikan pertumbuhan yang mapan, dasar menindas yan ghanya memperkayakan segelintir perlu digantikan dengan sebuah dasar yang memastikan bantuan kepada golonga miskin di Malaysia tanpa mengira kaum.

Berdasarkan latar belakang ini kami mengajak rakyat Malaysia mencipta suatu muafakat baru yang berteraskan keadilan untuk semua dan prinsip-prinsip perlembagaan. Ini adalah agenda yang mesti dilakukan untuk mengembalikan maruah bangsa, kebebasan rakyat dan kemuliaan insan. Hanya dengan keadilan semua rakyat akan makmur dan bersatu padu.

1. Demokrasi Telus dan Tulen


a. Negara perlembagaan dan kedaulatan undang-undang

Perlembagaan Persekutuan merupakan penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya. Justeru, Pakatan Rakyat beriltizam memartabatkan semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Pakatan Rakyat akan:

1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-manaantara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

2. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berpelembagaan.

3. Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

4. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.

5. Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalin serta melanggar hak asasi.

6. Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

b. Pemisahan kuasa

Kebanyakan amalan sistem demokrasi bergantung kepada keutuhan pelaksanaan doktrin pemisahan kuasa. Integriti sesebuah kerajaan bergantung kepada kebebasan, kebolehpercayaan dan kewibawaan institusi-institusi yang diamanahkan untuk menjamin keseimbangan antara cabang eksekutif, kehakiman dan legislatif.

Pakatan Rakyat akan:

1. Memulihkan kewibawaan sistem kehakiman dan menjamin ketelusan serta kebebasan sepenuhnya Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

2. Menyusun semula perjalanan Parlimen untuk menjadikannya lebih telus, demokratik dan dapat menjalankan peranan kuasa semak dan imbang.

3. Menjamin pertangjawaban badan-badan seperti Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Petronas, Khazanah dan sebagainya secara langsung kepada Parlimen.

4. Mewajibkan pelantikan jawatan-jawatan seperti Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah dan Ketua Audit Negara mendapat kelulusan Parlimen.

5. Mewujudkan Jabatan Hisbah Negara (Ombudsman).

6. Mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan dan meningkatkan kecekapan serta keberkesanan sistem penyampaian dan menjamin ketelusan di semua peringkat secara demokratik.

7. Membebaskan media, meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, menggubal Akta Kebebasan Maklumat dan memastikan kebebasan Internet.

8. Mempertingkatkan prestasi sektor perkhidmatan awam serta menjamin kebajikan anggotanya. Memastikan institusi tersebut berkecuali dan menjalankan tanggungjawabnya secara cekap.

9. Memberdayakan dan memugar masyarakat madani atau sivil. Menyemarakkan penyertaan rakyat melalui dialog dan perundingan.

c. Sistem pilihanraya yang bersih, bebas dan adil

Kewibawaan sistem pilihanraya yang tempang mesti dipulihkan. Kuasa keramat rakyat untuk memilih pemimpin negara mesti dipertahankan daripada sebarang kecurangan yang membuka ruang kepada penyelewengan. Makanya adalah penting untuk kita mengkaji semua akta yang berkaitan dengan pilihanraya.

Pakatan Rakyat akan:

1. Membolehkan setiap rakyat berusia 18 tahun ke atas mengundi melalui pendaftaran secara automatik.

2. Menghapuskan kelemahan dalam sistem pengundian dengan membersihkan senarai pengundi, memansuhkan undi pos bagi pengundi dalam negeri, memastikan semua rakyat di luar negara dapat mengundi dan menggunakan dakwat kekal.

3. Memastikan media massa memberi ruang kepada semua parti politik secara dil dan saksama, tempoh kempen yang munasabah dan pengendalian serta perjalanan pilihanraya yang bersih dan bebas.

4. Menentukan persempadanan kawasan undi dibuat dengan mencerminkan prinsip Satu Rakyat, Satu Undi demi menjamin perwakilan yang lebih adil dan saksama.

5. Memperuntukkan belanja kempen kepada parti-parti politik berdasarkan peratusan jumlah undi yang diperolehi pada pilihanraya umum.

6. Menggubal undang-undang yang lebih berkesan bertujuan menghukum calon atau parti politik yang terbabit rasuah atau amalan membeli undi.

2. Memacu ekonomi berprestasi tinggi, mampan dan adil

Pakatan Rakyat bertekad menjadikan ekonomi negara berprestasi tinggi dan memiliki pertumbuhan mapan. Pemunggahan sumber-sumber dan khazanah negara secara cekap dalam pelaburan di bidang-bidang dan sektor-sektor utama dan strategik adalah penting bagi menjamin daya saing negara.

Merancakkan pelaburan tempatan dan menjana permintaan domestik yang kukuh serta menggamit pelaburan asing langsung yang berterusan bakal menjadikan ekonomi berdaya maju dan berdaya tahan.

Pakatan Rakyat beriltizam untuk "Merakyatkan Ekonomi Negara" bagi memastikan kemakmuran dan kekayaan yang terhasil dikecapi oleh seluruh lapiran rakyat. Sekaligus merapatkan kesenjangan di antara kaya-miskin serta mengatasi ketidak seimbangan pembangunan wilayah akibat pengurusan tempang yang tidak mendahului kepentingan rakyat ramai.

a. Ekonomi kemahiran tinggi

Paksi kepada ekonomi berprestasi tinggi adalah tenaga kerja yang berpengetahuan, berketrampilan dan berkemahiran. Pakatan Rakyat akan membuat segala pelaburan yang diperlukan untuk membekalkan kewujudan warga kerja berproduktiviti tinggi ini bagi melonjakkan nilai tambah dalam kegiatan ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan:

1. Menjamin peluang pendidikan tinggi dan latihan berteraskan ketrampilan dibekalkan dalam seluruh sektor perkhidmatan pembuatan dan pertanian.

2. Memastikan warga kerja diberi peluang meningkatkan kemahiran serta diberi latihan berterusan untuk terus meningkatkan produktiviti.

3. Menggalakkan warga negara yang profesional dan berkemahiran yang bermastautin di luar negara kembali ke tanahair dengan menyediakan suasana kerja yang profesional dan menarik.

b. Ekonomi demokratik dan telus

Pakatan Rakyat beriltizam melaksanakan dasar-dasar pengurusan ekonomi yang bebas rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kronisme bagi meningkatkan kepertanggungjawaban, ketelusan dan urus tadbir yang baik.

Kebejatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa telah melenyapkan kekayaan dan mengekang pertumbuhan mampan serta menghakis daya saing negara.


Pakatan Rakyat akan:

1. Merombak sistem tender supaya adil, telus, terbuka dan memberi nilai terbaik untuk wang rakyat.

2. Menolak penswastaan yang membebankan. Merunding semula konsesi dan kontrak yang bersifat menguntungkan kroni dan tidak adil pada rakyat, termasuk yang melibatkan IPP, tol lebuhraya dan prasana air.

3. Melaksanakan sistem cukai progresif serta menolak sebarang cukai yang membebankan rakyat termasuklah cadangan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sehinggalah rakyat serta negara bersedia.

c. Desentralisasi dan pengupayaan pengurusan ekonomi negeri

Selaras dengan semangat persekutuan untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan, keberkesanan dan kecekapan perbelanjaan, maka pelaksanaan pembangunan dan ekonomi yang meluas perlu diagihkan kepada kerajaan negeri mengikut keutamaan masing-masing.

Desentralisasi mampu mendorong perubahan struktural dalam kerangka ekonomi bagi lonjakan kecekapan ekonomi dan produktiviti menerusi peningkatan tahap kecekapan dalam perbelanjaan selain kesan gandaan yang meningkatkan hasil perbelanjaan kerajaan dalam ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan:

1. Melaksanakan formula geran pembangunan dan kesamaan berdasarkan faktor jumlah penduduk, kadar kemiskinan, kawasan pembangunan, kos, pembangunan modal insan dan indeks pendapatan kasar per kapita akan turut diberikan bagi memastikan negeri yang miskin tidak ketinggalan.

2. mengagihkan kuasa pentadbiran ekonomi dan pelaksanaan kerja prasarana kepada kerajaan negeri, misalnya hak rundingan saksama dalam menentukan reka bentuk dan jaringan pengangkutan awam.

3. Menjana pembangunan kawasan yang lebih seimbang, sekaligus mencipta bandar sekunder yang produktif di seluruh negara demi mengurangkan pemusatan pembangunan di Lembah Klang.

4. Mengutamakan dasar-dasar penjanaan pertumbuhan tinggi serta berjangka panjang, berasaskan pemahaman ekonomi di mana kerajaan negeri berada dalam kedudukan terbaik untuk menentukan serta melaksanakan strategi sosio-ekonomi.

d. Dasar afirmatif berdasarkan keperluan

Pakatan Rakyat memperakui bahawa setiap rakyat Malaysia berhak mendapat bantuan berdasarkan keperluan tanpa mengira latar belakang. Pakatan rakyat bertekad untuk merakyatkan ekonomi negara, agar khazanah negara dapat dinikmati dengan adil oleh semua.

Pakatan Rakyat akan:

1. Menjamin bantuan ekonomi dan pengagihan adil kepada semua berdasarkan keperluan.

2. Membantu golongan terpinggir dari semua kaum.

3. Memberi bantuan tunai secara terus kepada kumpulan sasar untuk menghapuskan golongan miskin.

4. Menjamin mobiliti sosial dengan memastikan peluang ekonomi yang lebih adil dan sama rata untuk semua.

5. Menggunakan penjimatan dari ketirisan dan pembaziran serta jihad menentang rasuah sebagai sumber tambahan bagi program membasmi kemiskinan.

e. Tenaga kerja

Tenaga kerja adalah tunjang kepada kemakmuran negara yang berterusan. Pakatan Rakyat akan menjamin semua pekerja Malaysia dilayan dengan adil serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat dipelihara.

Pakatan Rakyat akan:

1. Memperkenalkan gaji minima untuk semua pekerja Malaysia.

2. Mempertahankan hak pekerja untuk membentuk kesatuan sekerja mengikut kesesuaian dan pilihan pekerja sendiri dan memastikan mereka diberi hak dan perlindungan selaras dengan piawaian antarabangsa.

3. Memperkenalkan Akta peluang Saksama untuk memastikan peluang pekerjaan terbuka kepada semua.

4. Menyokong pengusaha dan peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana dengan menyediakan capaian kepada pinjaman dan prasarana yang mencukupi serta mengurangkan karenah birokrasi.

5. Mempermudahkan bantuan kepada nelayan dan petani untuk memacu peningkatan produktiviti.

6. menyusun dasar pekerja sing yang bersepadu dan mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing.

7. Menyediakan sistem sokongan kepada golongan terbabit dalam sektor ekonomi informal seperti peniaga kecil, penjaja, petani dan mereka yang bekerja sendiri.

f. Jaringan perlindungan sosial

Setiap rakyat Malaysia harus menikmati hidup yang bermaruah pada setiap masa. Rakyat yang hilang mata pencarian, warga emas, orang kurang upaya dan golongan berpendapatan rendah mesti dilindungi dan diberi peluang untuk turut menikmati faedah pembangunan ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan:

1. Memperkukuhkan sistem Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan memperkenalkan sistem pencen untuk setiap pekerja sektor swasta.

2. Menubuhkan Dana Penamatan Kerja untuk pembiayaan sementara rakyat yang hilang pekerjaan, subsidi untuk latihan semasa kerja dan latihan semula pekerja.

3. Memperkenalkan usia tamat tempoh perkhidmatan 60 tahun bertujuan memberi peluang kepada mereka yang ingin terus menyumbang kepada masyarakat.

g. Perumahan

Rumah merupakan keperluan asas manusia. Hakikatnya sebahagian besar rakyat Malaysia tidak berkeupayaan memiliki
rumah sendiri terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Maka

Pakatan Rakyat akan:

1. Menubuhkan Perbadanan Perumahan dengan mandat untuk menambahkan bilangan rumah mampu milik dan mencapai matlamat Satu keluarga, Satu Rumah.

2. Mengatasi masalah 'setinggan/peneroka bandar' sebaiknya melalui pembangunan perumahan in situ dan/atau perkongsian
tanah dan melalui syarat-syarat pinjaman yang murah bagi membantu setinggan membeli rumah mereka.

3. Menyelaraskan sistem perundingan antara 'setinggan/peneroka bandar', pemaju dan pihak berkuasa untuk mencapai penyelesaian menang-menang bagi perkara-perkara berkaitan perumahan dan tanah.

4. Menyediakan bantuan bagi menaik taraf rumah kos rendah dan PPR untuk memenuhi penambahan bilangan isi rumah.

5. Melabur dalam kemudahan awam di sekitar pangsapuri bagi memastikan keseimbangan dan persekitaran yang sihat.

6. Menggalakkan ketelusan dan persaingan dalam sektor kewangan untuk membuat pinjaman perumahan lebih mudah dan mampu dinikmati.

7. Bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menyemak dasar perumahan dan memastikan perumahan kos rendah mampu milik disediakan untuk mereka yang memerlukannya.

h. Prasarana dan kemudahan awam

Penyediaan dan penyelenggaraan prasana awam yang baik merupakan tanggungjawab kerajaan. Pelaksanaannya mestilah tidak membebankan rakyat atau menguntungkan kroni tertentu. Prasarana dan kemudahan awam yang baik membolehkan rakyat Malaysia meningkatkan pendapatan boleh belanja dan produktiviti mereka.

Pakatan Rakyat akan:

1. Menjamin bekalan air bersih dan tarif elektrik dengan harga yang berpatutan kepada setiap keluarga di Malaysia.

2. Merunding semula segala perjanjian tol dan mengkaji pembelian balik lebuhraya PLUS dengan matlamat melupuskan tol dalam jangka masa 7 tahun.

3. Meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam melalui penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam yang terdiri daripada pihak kerajaan dan wakil masyarakat.

4. Memperkenalkan sistem separuh tambang bagi warga emas, orang kurang upaya, pelajar dan pesara untuk semua jenis pengangkutan awam.

5. Menyemak semula pemberian permit teksi kepada syarikat-syarikat besar dengan keutamaan kepada pengusaha individu dan persatuan mereka.

6. Menyediakan perkhidmatan talian jalur lebar tanpa wayar yang cekap secara percuma untuk mengurangkan jurang digital.

i. Alam sekitar

1. Membudayakan amalan kitar semula dengan menyediakan prasarana dan sistem yang menyeluruh.

2. Memastikan segala aktiviti pembalakan dan penebangan hutan dijalankan secara terkawal.

3. Membina asas dan kemahiran teknologi bagi melicinkan peralihan kepada penggunaan sumber tenaga alternatif.

4. Mengawal sebarang pembinaan di lereng bukit dan kawasan-kawasan berbahaya.

5. Merendahkan kadar pelepasan karbon selaras dengan piawaian antabangsa dan meningkatkan daya sistem ekologi untuk menyerap karbon.

j. Pertumbuhan lestari dan pembangunan hijau

Pakatan Rakyat bertekad menjadikan ekonomi hijau sebagai teras kepada era kemakmuran baru yang lestari dan saksama untuk Malaysia. Penyediaan prasarana dan perkembangan industri baru sejajar dengan peralihan ke arah ekonomi hijau akan menjadi enjin penjanaan pertumbuhan ekonomi yang dinamik.

Pakatan Rakyat akan:

1. Memperkenalkan prasarana yang moden, lengkap dan sesuai untuk ekonomi karbon rendah, termasuk sistem pengangkutan awam berintegrasi bertaraf dunia dan sistem kita semula yang menyeluruh.

2. Membangunkan industri-industri yang berasaskan teknologi hijau seperti pembuatan panel surai dan sel fuel hidrogen.

3. Memimpin pembangunan sistem sumber tenaga alternatif dan tenaga keterbaharuan di rantau Asia.

4. Mengukuhkan sektor pertanian dengan kaedah dan teknologi terkini demi memastikan jaminan bekalan makanan negara.

3. Keadilan sosial dan pembangunan insan

a. Perpaduan dan keadilan sosial


Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan

prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama. Pakatan Rakyat berjanji membina

semula sebuah masyarakat berbilang kaum yang padu, di mana kaum-kaum yang berbeza itu hidup dalam aman dan harmoni.

Pakatan Rakyat akan:

1. Memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki hubungan kaum dan agama yang telah rosak.

2. Mengembleng tenaga semua pihak yang berkepentingan untuk menyuburkan sikap baik-sangka, saling hormat dan mempercayai yang memang telah begitu lama diamalkan rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

3. Mengubal Akta Perhubungan Kaum bagi menjamin kerukunan dan keharmonian rakyat serta tiadanya lagi diskriminasi antara kaum.

4. Pakatan Rakyat akan menjana sokongan setiap peringkat masyarakat supaya berpegang teguh kepada segala prinsip dan petunjuk yang wajar dipegang oleh sebuah masyarakat yang terbuka.

5. Menghapuskan amalan politik perkauman melalui pelbagai cara termasuk pendidikan, media massa, dialog dan perundingan.

6. Memupuk budaya Malaysia berasaskan nilai moral dan citra unggul yang boleh diterima semua kaum. Ini memerlukan sikap terbuka terhadap kepelbagaiaman budaya yang dianuti pelbagai kaum dan puak di Malaysia. Pakatan Rakyat akan melakukan semua ini dengan mengambil kira sejarah dan evolusi negara ini.

7. Meningkatkan kebajikan Orang Asli, Orang Asal dan golongan minoriti lain di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak selain mempertahankan hak asasi, ekonomi dan sosial mereka.

b. Agama


Agama dan anutan kepercayaan rakyat Malaysia seharusnya menjadi asas kesepakatan berlandaskan nilai murni yang bersifat sejagat. Rakyat Malaysia ini hampir tergelincir ke dalam kawah yang mendidih didorong angkara yang menyebabkan perpecahan dan ketegangan kerana berlainan agama. Tidak sewajarnya ada pertikaian mengenai hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang menganuti s istem demokrasi di mana agama Islam menduduki tempat istimewa sebagai agama persekutuan sementara hak agama-agama lain dijamin.

Pakatan Rakyat berikrar:

1. Mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama di Malaysia.

2. Menganjurkan dialog dan dialog dan rundingan antara peradaban untuk mengukuhkan persefahaman.

3. Menubuhkan mekanisme yang menyeluruh untuk memberi penyelesaian yang adil dalam kes-kes yang

melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah, termasuk sebuah Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji semua isu-isu berkaitan dengan mendalam.

4. Memperkukuhkan pengurusan institusi Islam seperti Baitul Mal dan Tabung Haji bagi memastikan ia dikendalikan dengan berkesan, cekap dan memenuhi matlamat.

5. Memastikan kawasan yang sesuai untuk tempat ibadat dan pusara bagi semua penganut agama.

c. Pendidikan


1. Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara. Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara.

2. Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran.

3. Memastikan setiap pelajar yang berkelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang.

4. Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti ke arah mempertingkatkan mutu pendidikan setanding dengan negara-negara maju.

5. Memastikan pelantikan naib canselor, rektor dan lain-lain penjawat tertinggi akademik dilakukan berdasarkan kelayakan dan kelulusan Majlis Senat.

6. Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman di Sabah dan Sarawak.

7. Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan.

8. Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan masa.

9. Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman.

10. Menyediakan biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewangan lain berasaskan keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan pedalaman.

11. Menekankan betapa mustahaknya pelajar menguasai pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasa-bahasa ibunda.

12. Menyediakan tempat dan latihan kepada mereka yang keciciran.

13. Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk memantau dan mencadang pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang memenuhi piawaian akademik yang boleh diterima termasuklah sijil UEC dan Diploma Muadalah (diploma berkembar.

d. Wanita dan institusi keluarga

Pakatan Rakyat meyakini bahawa dasar-dasar yang mencerminkan penghormatan, pengiktirafan dan pemahaman terhadap status dan potensi wanita dapat dijamin kesejahteraan maa hadapan negara, Hakikat ini kerana wanita mewakili separuh dari penduduk negara, justeru penyertaan mereka dalam proses pembangunan negara tidak boleh diabaikan.

Pakatan Rakyat akan:

1. Menggubal akta bagi memastikan golongan wanita mendapat layanan yang adil dalam segala bidang.

2. Memberi penekanan ke arah meningkatkan Kadar Guna Tenaga bagi wanita kepada tahap 60% dalam tempoh 10 tahun akan datang berbanding 46% sepanjang tempoh 20 tahun yang lalu.

3. Memperuntukkan 30% perwakilan wanita dalam semua barisan pimpinan politik dan kerajaan.

4. Menangani segala bentuk keganasan terhadap wanita dan anak-anak dengan hukuman yang lebih berat dijatuhkan ke atas pesalah serta memastikan keberkesanan pusat krisis di setiap hospital dan balai polis.

5. Memastikan kewujudan sistem sokongan dan bantuan seperti pusat jagaan kanak-kanak dan sebagainya untuk ibu yang bekerja di pejabat kerajaan dan sektor swasta.

6. Memberikan bantuan untuk meringankan beban keluarga ibu tunggal yang miskin dan memerlukan.

7. Mengambil kira perspektif gender dalam merangka belanjawan dan dasar-dasar negara.

8. Memperkenalkan program kepekaan jantina ke dalam kurikulum sekolah.

9. Mengiktiraf peranan suri rumah di dalam pengukuhan institusi keluarga dan sumbangannya kepada pembangunan masyarakat dan negara.

e. Golongan muda

Hala tuju dan kemakmuran sesebuah negara terletak pada bahu golongan muda sebagai generasi pelapis. Justeru adalah penting agar golongan muda diberikan ruang dan sokongan yang secukupnya agar dapat memenuhi peranan mereka kelak.

Pakatan Rakyat akan:

1. Menjamin peluang dan hak sama rata serta adil untuk golongan muda dari seluruh lapisan masyarakat bagi merealisasikan potensi diri.

2. Memastikan supaya tiada seorang belia akan dibiarkan mengakhiri pendidikannya tanpa peluang memperolehi kelayakan atau latihan yang secukupnya untuk menyumbang terhadap ekonomi kemahiran tinggi negara.

3. Mengiktiraf kepentingan peranan dan sumbangan oleh golongan muda melalui perkongsian pendapat secara jujur dengan gerakan-gerakan belia, khususnya dalam isu berkepentingan ke atas kehidupan mereka serta hala tuju negara.

f. Keselamatan

Terdapat peningkatan jenayah dan rasa tidak selamat di negara ini. Walhal rakyat Malaysia seharusnya berhak merasa selamat dan bebas dari ancaman jenayah pada setiap masa. Pakatan Rakyat bertekad memastikan pihak polis diurus, dilatih dan dikawalselia dengan lebih baik untuk menjadikan mereka lebih fokus tentang tanggungjawab utama yakni menentukan setiap kawasan dan rakyat Malaysia berada dalam keadaan aman dan selamat.

Pakatan Rakyat akan:

1. Menjadikan polis bebas dan profesional serta mengembalikannya kepada misi asal untuk mencegah jenayah dan memastikan keselamatan awam.

2. Merombak pengagihan tenaga polis supaya bilangan tenaga polis cukup ditugaskan untuk membanteras jenayah.

3. Melengkapkan pihak polis dengan peralatan dan latihan yang terkini dalam usaha membanteras jenayah.

4. Melaksanakan semua saranan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis, termasuk penubuhan IPCMC dan penambahbaikan kebajikan polis yang giat berbakti kepada negara.

5. Memperbaiki keadaan perkhidmatan pasukan polis khususnya peringkat bawahan bagi meningkatkan prestasi dan moral.

6. Memperkukuhkan peranan masyarakat dalam pencegahan dan pembanterasan jenayah melalui program komuniti.

7. Menangani dengan strategik dan tuntas segala masalah sosial yang menjadi punca kepada jenayah.

g. Kesihatan


Setiap rakyat Malaysia berhak menikmati perkhidmatan kesihatan awam yang terbaik pada kos yang berpatutan. Oleh yang demikian, perkhidmatan kesihatan awam sewajarnya diperkasa secara tuntas, sekaligus menjamin perkhidmatan kesihatan terbaik bagi rakyat.

Pakatan Rakyat akan:

1. Menimbang penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan awam supaya lebih setanding dengan perkhidmatan sektor swasta.

2. Menjamin perkhidmatan kesihatan awam yang cekap, meluas dan bermutu kepada semua rakyat, pada kadar yang munasabah.

3. Meningkatkan skim ganjaran untuk kakitangan perubatan di hospital awam.

4. Memeriksa dengan teliti keadaan kemudahan penjagaankesihatan yang telah diswastakan bagi melindungi kepentingan rakyat.

h. Kebudayaan


Kepelbagaian adalah hakikat sosio-budaya nasional, yang tercerna daripada kemajmukan masyarakat, bermunculan daripada kaum-kaum utama, suku-suku kaum dan wilayah-wilayah.

Oleh itu, Pakatan Rakyat mengambil bertanggungjawab untuk memupuk dan mengembangkan potensi kepelbagaian ini di samping menolak sebarang bentuk hegemoni adi-budaya kepada mana-mana sosok budaya yang lain. Ia tidak lain sejajar dengan semangat kemerdekaan negara yang kemudiannya perlu digilap menjadi Muafakat Kebudayaan Baru lanjutan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971).

Tiga cabaran utama yang wajar disedari adalah dengan:

1. Menjamin kebebasan pengucapan penghasilan karya melalui medium.

2. Hak untuk mengadakan persembahan atau pertunjukan seni-budaya tanpa sekatan dengan keyakinan awal bahawa setiap pengkarya ada tanggungjawab diri dan sosial mereka.

3. Pautan utuh terhadap akar kemurnian kebudayaan tradisi sendiri wajar ditambahkuat dengan kesediaan menjadi tidak canggung untuk menerima unsur murni kebudayaan luar yang bersifat sejagat daripada bangsa, benua dan faham kepercayaan manapun.


4. Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara

a. Sistem Persekutuan


Hak negeri-negeri untuk membuat pilihan mengikut kesesuaian sendiri mengenai strategi pembangunan negeri mesti dihormati. Teras kepada hak ini adalah peruntukan kewangan yang secukupnya kepada negeri-negeri berdasarkan sumbangan terhadap persekutuan serta keperluan rakyat.

Pakatan Rakyat akan:

1. Menjamin royali sebanyak 20% daripada hasil petroleum kepada kerajaan negeri dengan matlamat membasmi kemiskinan di kalangan rakyat.

2. Memulangkan sebahagian daripada kutipan cukai dari setiap negeri kepada negeri tersebut berdasarkan pengagihan yang adil.

3. Menambah geran per kapita untuk negeri-negeri.

b. Sabah & Sarawak


Semangat Perjanjian Malaysia 1963 akan dijadikan asas kepada hubungan adil antara Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak. Di samping memulihkan imbangan kuasa yang memihak kepada kerajaan pusat, Pakatan Rakyat berjanji membuat penilaian yang adil dan terbuka mengenai persoalan pokok yang kini menghalang kemajuan politik dan sosioekonomi di kedua-dua negeri di Malaysia Timur.

Pakatan Rakyat akan:

1. Memastikan khazanah negeri Sabah dan Sarawak dinikmati sepenuhnya oleh rakyatnya dengan memperuntukkan royalti 20% daripada pendapatan petroleum mereka.

2. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja demi mencari jalan penyelesaian terbaik bagi isu pendatang asing.

3. Menjamin hak Tanah Adat Orang Asal tidak dicabuli oleh mana-mana pihak.

4. Menghentikan dengan serta-merta penindasan terhadap rakyat kawasan pedalaman akibat kegiatan ekonomi yang tidak beretika.

c. Dasar luar negara

Kepimpinan Malaysia di kalangan negara-negara dunia mesti dipertingkatkan. Adalah menjadi matlamat kita untuk merangka satu dasar luar yang berasaskan prinsip keadilan sejagat, penyelesaian melalui perundingan, dialog peradaban demi keselamatan, keamanan dan kemakmuran.

Pakatan Rakyat akan:

1. Memelihara kepentingan negara dengan menjadi warga dunia yang bertanggungjawab di dalam menghormati hak asasi, memelihara prinsip-prinsip demokrasi dan menjunjung permuafakatan, perjanjian, pengisytiharan dan persetujuan antarabangsa, yang sejajar dengan nilai-nilai keadilan.

2. Aktif menjadi pelapor dan peneraju dialog antara peradaban.

3. Mengukuhkan kerjasama diplomatik dan perdagangan antarabangsa dengan rakan-rakan serantau, terutamanya anggota-anggota Asean.

4. Memperkukuhkan lagi peranan Malaysia dalam organisasi-organisasi antarabangsa.


Sumber : Malaysiakini

PASCA KONVENSYEN PR : PR MAKIN KUAT BN MAKIN LEMAH

Fakta-fakta pasca Konvensyen PR :-

  • PR makin kuat. Buktinya tidak ada langsung percanggahan pendapat dalam ucapan pimpinan dan pembahas semua parti-parti komponen
  • Sepakat dan bersetuju 100 % dengan dasar utama yang digariskan semasa konvensyen
  • Sepakat dalam mencapai objektif perjuangan bersama, meminggirkan segala perselisihan buat sementara, ianya disifatkan remeh temeh dan akan diatasi secara rundingan.
  • Tiada perjuangan berasaskan perkauman sempit dan kolot seperti BN
  • Menjunjung agama Islam sebagai agama rasmi dan segala kontrak sosial yang ada malah ianya akan diperkemaskan untuk kesejahteraan rakyat berbilang agama dan bangsa.
  • Tidak ada lagi prasangka buruk antara parti-parti komponen PR
  • Bersemangat untuk menumbangkan BN dan merintiskan jalan ke Putrajaya.
  • Konvensyen ini merintis sejarah kerana ia adalag konvensyen pertama Pakatan parti-parti pembangkang walaupun sebelum ini sudah banyak gagasan dan gabungan dibuat seperti Barisan Alternatif, Angkatan Perpaduan Ummah,
  • BN semakin lemah kerana masih mengamalkan dasar perkauman sempit seperti yang berlaku dalam isu terbaru di Pulau Pinang perebutan kuasa antara Gerakan dan Umno.

Walaupun pelbagai tanggapan negatif diutarakan oleh media pengampu BN terhadap PR namun hakikatnya ia adalah meleset. PR semakin mantap, teguh dan sepakat. Tidak syak lagi kesepaduan dan kesepakatan di dalam PR semakin mencemaskan BN yang dilihat terus bergolak dan bercakaran sesama sendiri.

HEBATNYA MALAYSIA, SUDAH MAMPU EKSPORT ENJIN PESAWAT PEJUANG?

Tahniah kepada Malaysia kerana sudah mampu membina enjin pesawat pejuang dan mengeksportnya pula ke luar negeri. Wuuh hebat!!!
Namun itu gimik sahaja. Perkara sebenarnya ialah Enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disedari hilang pada 2007 telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa dari sebuah negara yang berpangkalan di Amerika Selatan
Perkara ini disahkan sendiri oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beberapa hari lalu.
Hebat sungguh kita.....sehingga enjin pesawat hilang pun selepas hampir 3 tahun baru disedari. Selepas ini apa lagi barang yang hilang kita pun tak tahu.

Siapa agaknya gerangan Menteri Pertahanan ketika itu.?
Kalau pemimpin negara luar jika berlaku kes sebegini sudah tentu mereka akan meletakkan jawatan kerana malu dan jatuh maruah. Ini satu kes yang maha besar kerana ia melibatkan pertahanan dan keselamatan negara.
Namun saya yakin di Malaysia isu sebesar manapun pemimpin tetap tidak mahu bertanggungjawab. Inilah harga diri pemimpin kerajaan yang ada pada hari ini. Agaknya berapa sen kita boleh jual pemimpin yang semacam ini.

MELAKA MAJU 2010?

Sudah banyak kali saya utarakan perkara samada di dalam blog ini atau tulisan saya di beberapa akhbar tempatan.
Namun sehingga ke hari ini saya masih tertanya-tanya benarkan Melaka akan layak diisytihar sebagai negeri maju sedangkan banyak elemen yang boleh dipersoalkan.
Layakkah Melaka di kategorikan sebagai negeri maju pada 2010?
Renungkan perkara di bawah ini.
1) Masih ramai penduduk miskin kerana ukuran yang digunakan oleh kerajaan negeri bahawa pendapatan untuk garis kemiskinan iaitu RM750 adalah tidak munasabah kerana kos sara hidup sekarang tinggi. Sepatutnya ia diletakkan di paras RM1500 sebulan.
2) Selain itu sistem perparitan dan saliran di negeri ini masih gagal diatasi di mana banjir sering berlaku di banyak tempat di negeri ini termasuk di sekitar Bandaraya Melaka. Sila klik disini untuk melihat buktinya.
3) Masalah sosial, maksiat, jenayah dan dadah masih gagal diatasi dan dikurangkan.
4) Dan lain-lain.

NKRA MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI.

Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) :-
  • usaha bagi mengurangkan kadar jenayah
  • Memerangi rasuah
  • meluaskan meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
  • meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah;
  • memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman; dan
  • menambah baik pengangkutan awam

Saya hairan bagaimana Perdana Menteri mengumumkan bahawa beliau berpuashati dengan pencapaian NKRA setakat ini. Sedangkan rakyat sendiri boleh nampak dengan jelas status terkini semua 6 perkara asas tersebut.

  • Kadar Jenayah - Semakin meningkat. Kes ragut, bunuh, rogol, samun dan lain-lain terus berlarutan,
  • Mengurang rasuah - Rasuah semakin meningkat. Buktinya Dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2008 - yang mengukur tahap rasuah di sesebuah negara - Malaysia memperolehi 5.1 mata tahun lalu.

    Mata yang sederhana itu hanya sedikit berbeza daripada 4.9 hingga 5.1 mata yang diperolehi Malaysia sejak tahun 2001.

    Sebagai perbandingan, Malaysia berada di tangga 47 dalam senarai tersebut, berbanding pada tangga 36 pada tahun 2001 di kalangan 91 negara yang dinilai dalam indeks tersebut. Iaitu merudum sebanyak 11 anak tangga.

  • Tahap rasuah yang tinggi yang masih wujud dalam ekonomi tersebut boleh menjejaskan perniagaan, kecekapan, menghalang atau melembabkan perniagaan dan menjadikan perniagaan lebih mahal dan berisiko tinggi.

  • Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Sehingga ke hari ini masih ramai kanak-kanak yang tercicir dalam pelajaran. Sebagai contoh dari 100,000 belia peneroka hanya 15 peratus daripadanya mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

    Kerajaan terus gagal memberikan pendidikan percuma kepada rakyat. Mahasiswa terpaksa membuat pinjaman pelajaran dan terpaksa membayar kembali dengan kadar 'interest' 4 % setahun (seolah-olah kerajaan berniaga dengan rakyat). (penurunan kepada 6,749 keluarga April lalu.

  • Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah. Bagaimana kerajaan dapat meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah sedangkan kerajaan gagal membendung kenaikan harga barangan keperluan, kos hidup yang semakin meningkat di mana rakyat yang miskin semakin hari taraf hidup mereka semakin teruk. Sebagai contoh berdasarkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kadar kemiskinan di Sabah ialah pada tahap 16 peratus. Kadar Kemiskinan Tegar pula mencatatkan penurunan ialah 3.7 peratus bagi tahun 2007. Itupun kadar dikira berdasarkan bahawa penduduk miskin ialah penduduk yang pendapatannya isirumah kurang dari RM750 sebulan sedangkan hakikat sebenar pendapatan garis kemiskinan yang ideal ialah RM1500.

  • Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman. Sehingga hari ini kita masih melihat banyak kampung-kampung dan desa yang masih tidak mempunyai kemudahan jalan raya, air, klinik, elektrik dan lain-lain terutama di pedalaman Sabah dan Sarawak.

  • Menambahbaik kemudahan awam. Saya yakin anda sendiri tahu akan status kemudahan awam di tempat anda sendiri. Berapa banyak bas dan kekerapan dalam sehari, mutu perkhidmatan, layanan, disiplin (waktu perjalanan), keselesaan dan lain-lain sudah tentu masih jauh dari memuaskan hati rakyat.

  • Untuk itu kita mengharapkan kerajaan janganlah cuba mengelirukan rakyat dengan membuat andaian yang tidak berfakta dan retorik. Rakyat hari ini sudah cerdik dan akses kepada maklumat bukan lagi rakyat pada tahun 60-an dan 70-an yang bergantung sepenuhnya kepada radio, TV dan suratkhabar pengampu kerajaan.

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter