PAS TERBUKA, MATANG, TELUS, BERJIWA BESAR, JUJUR DAN BERPANDANGAN JAUH

Ramai rakyat Malaysia yang bukan Islam dan bukan Melayu sebelum ini memandang sinis kepada PAS terutama sebelum era tahun 90-an. Bagi PAS adalah parti ekstrem, pelampau agama, tertutup, orthodox, susah diajak berbincang, berjuang untuk Islam/Melayu sahaja dan segala 'mak nenek' sifat buruk dan negatif.
Namun kini terbukti sangkaan dan persepsi mereka kepada PAS adalah 200 % salah. PAS membuktikan bahawa ia sebuah parti yang positif dan moden serta sesuai untuk semua golongan tanpa mengira agama, bangsa, taraf kehidupan dan sebagainya.
Konvensyen PR Sabtu lalu menyerlahkan sifat sebenar PAS.

PAS terbuka

PAS terbuka menerima pandangan sesiapa sahaja walaupun ianya bertentangan dengan prinsip perjuangan Islam yang dibawanya. Bagi PAS orang yang menentang Islam bukannya anti Islam tetapi sebenarnya mereka tidak faham Islam yang pada hakikatnya sesuai sepanjang zaman, tempat dan sesiapa sahaja. Sebab itulah PAS sentiasa bersedia dan terbuka untuk berbincang dengan sesiapa sahaja dalam PR bagi menyelesaikan apa juga perkara yang menjadi perselisihan.
PAS matang
Oleh kerana kematangan PAS lah maka parti ini tidak pernah 'melompat' dan 'hilang akal' walaupun dituduh dengan pelbagai tuduhan dan fitnah samada oleh kawan atau lawan. Sebab itulah PAS sentiasa sabar menjawab segala tohmah dan fitnah yang akhirnya semuanya terjawab dengan bukti dan fakta yang diterima oleh semua orang. Kematangan PAS juga akhirnya menyebabkan musuh menjadi kawan lawan menjadi sahabat.
PAS telus
PAS tidak pernah menyembunyikan apa dasar dan matlamat perjuangannya. Hatta sekarang ini ketika berkawan dengan DAP dan PKR, PAS tetap memperjuangkan Islam yang menjadi dasar perjuangannya. Sebab itulah segala hujah dan fakta yang diutarakan oleh PAS diperkukuhkan dengan dalil ayat Al-Qur'an dan Hadis Nabi. PAS tidak pernah meminggirkan Al-Qur'an dan Hadis Nabi dalam apa juga dasar, manifesto dan uslub perjuangannya. Malah segala dasar yang baik yang digarikan oleh sesiapa sahaja didunia ini adalah sebenarnya sesuai dengan Islam yang sentiasa menitikberatkan kesejahteraan manusia.
PAS berjiwa besar
PAS dan pemimpinnya membuktikan bahawa mereka berjiwa besar dalam apa juga tindakan dan dasarnya. Pemimpinnya akan mengakui kesalahan masing-masing dan pada masa yang sama memaafkan sesiapa sahaja. Yang benar tetap ditegakkan dan yang salah akan ditentang walaupun ianya kroni dan sahabat sendiri. PAS tidak pernah bongkak dan tamak dalam memberikan pengiktirafan kepada sesuatu langkah dan tindakan yang baik hatta ianya dilaksanakan oleh musuh politiknya.
PAS berpandangan jauh
PAS sebenarnya boleh berjuang secara sendirian jika mereka mahu berbuat demikian. PAS sudah cukup matang untuk berjuang solo kerana mereka mempunyai 'resources' yang cukup dari segi modal insan, fasiliti dan keupayaannya.
Namun berpandangan jauh dan berpijak di bumi nyata kerana PAS tahu dalam konteks perjuangan politik di Malaysia PAS tidak boleh berjuang sendirian jika mahu membebaskan rakyat Malaysia dari kekejaman dan kezaliman BN. Komposisi kaum, budaya dan agama tetap menjadi penghalang kepada kejayaan sesebuah parti yang berjuang secara solo. Mahu tidak mahu PAS mesti berjuang secara berjemaah dengan parti-parti lain. Tahaluff Siyasi yang digagaskan oleh PAS sejak dari dahulu membuktikan PAS adalah sebuah parti yang berpandangan jauh dan realistik. PAS pernah bersama dengan Semangat 46 dalam Angkatan Perpaduan Ummah(APU), Parti Keadilan Nasional (PKN) dan DAP dalam Barisan Alternatif (BA) dan lain-lain gabungan yang sudah menjadi sejarah.
PAS jujur dan tidak belot
PAS tidak pernah belot dan menikam sahabat-sahabatnya dalam gabungan mereka sebelum ini samada dalam APU, BA dan lain-lain. Sebaliknya gabungan tersebut runtuh lantaran sahabat-sahabat lain yang tidak mahu meneruskan gabungan tersebut. PAS tidak pernah 'menuntut cerai' atau 'menceraikan' sesiapa sebelum ini. PAS jujur dalam 'perkahwinan.'
Sebab itulah pemimpin PAS memberi jaminan bahawa PAS akan tetap setia dalam PR selagi semua rakan-rakan setia dan jujur dalam persahabatan dan 'perkahwinan'.
Konvensyen PR Sabtu lalu membuktikan kenyataan dan fakta di atas di mana ucapan pemimpin dan pembahas PAS diterima baik oleh pimpinan PR dan penyokong PR.

Comments

prof kangkong said…
leh caye ke parti PAS mcm tu??
Unknown said…
ziarah.. tahun 90han internet tak meluas. masih guna dial up. tu sebab rakyat tepu.
Rhino Rin said…
"PAS TERBUKA, MATANG, TELUS, BERJIWA BESAR, JUJUR DAN BERPANDANGAN JAUH"

Bagus sangat itu. Boleh aku pinjam lampu suluh dalam dadanya buat menerangi liku-liku jalan aku tak?
Harap sikap yang diambil olih PAS adalah tulen serta jujur dan bukannya kerana sekadar hendak menang.
Dan lepas dapat kemenangan buat lain pulak dari yang lain.
Ini perlu jelas untok semua pihak .
Terutama nya kepada pengundi dan pengyokong Pakatan Rakyat .
Pengundi tidak akan bertolak ansur sekira nya terdapat unsur " cakap lain dan bikin lain".

Dengan Konvension serta perjanjian umum yang bahru tamat.
Harap segala salah faham bolih ditamatkan disitu .
Anonymous said…
wah hebat benar gagasan PR ni..apa betul kah? Kenyataannya ..Lim Guan Eng dah mula tipu..rebat air percuma telah ditarik balik..dulu janji pilihanraya nak bagi terus..now katanya setahun je..dah mula lidah penipunya..sama macam KHalid dulu kata telus..now dah terikat dengan Lim Kim Hong, iCity..dia tolong bantu..maklumlah dulu Khalid yang jual tanah Guthrie tu pada cina Lim tu