Fakta-fakta pasca Konvensyen PR :-
- PR makin kuat. Buktinya tidak ada langsung percanggahan pendapat dalam ucapan pimpinan dan pembahas semua parti-parti komponen
- Sepakat dan bersetuju 100 % dengan dasar utama yang digariskan semasa konvensyen
- Sepakat dalam mencapai objektif perjuangan bersama, meminggirkan segala perselisihan buat sementara, ianya disifatkan remeh temeh dan akan diatasi secara rundingan.
- Tiada perjuangan berasaskan perkauman sempit dan kolot seperti BN
- Menjunjung agama Islam sebagai agama rasmi dan segala kontrak sosial yang ada malah ianya akan diperkemaskan untuk kesejahteraan rakyat berbilang agama dan bangsa.
- Tidak ada lagi prasangka buruk antara parti-parti komponen PR
- Bersemangat untuk menumbangkan BN dan merintiskan jalan ke Putrajaya.
- Konvensyen ini merintis sejarah kerana ia adalag konvensyen pertama Pakatan parti-parti pembangkang walaupun sebelum ini sudah banyak gagasan dan gabungan dibuat seperti Barisan Alternatif, Angkatan Perpaduan Ummah,
- BN semakin lemah kerana masih mengamalkan dasar perkauman sempit seperti yang berlaku dalam isu terbaru di Pulau Pinang perebutan kuasa antara Gerakan dan Umno.
Walaupun pelbagai tanggapan negatif diutarakan oleh media pengampu BN terhadap PR namun hakikatnya ia adalah meleset. PR semakin mantap, teguh dan sepakat. Tidak syak lagi kesepaduan dan kesepakatan di dalam PR semakin mencemaskan BN yang dilihat terus bergolak dan bercakaran sesama sendiri.
Comments