MELAKA MAJU 2010?

Sudah banyak kali saya utarakan perkara samada di dalam blog ini atau tulisan saya di beberapa akhbar tempatan.
Namun sehingga ke hari ini saya masih tertanya-tanya benarkan Melaka akan layak diisytihar sebagai negeri maju sedangkan banyak elemen yang boleh dipersoalkan.
Layakkah Melaka di kategorikan sebagai negeri maju pada 2010?
Renungkan perkara di bawah ini.
1) Masih ramai penduduk miskin kerana ukuran yang digunakan oleh kerajaan negeri bahawa pendapatan untuk garis kemiskinan iaitu RM750 adalah tidak munasabah kerana kos sara hidup sekarang tinggi. Sepatutnya ia diletakkan di paras RM1500 sebulan.
2) Selain itu sistem perparitan dan saliran di negeri ini masih gagal diatasi di mana banjir sering berlaku di banyak tempat di negeri ini termasuk di sekitar Bandaraya Melaka. Sila klik disini untuk melihat buktinya.
3) Masalah sosial, maksiat, jenayah dan dadah masih gagal diatasi dan dikurangkan.
4) Dan lain-lain.

Comments

miey said…
nampaknya saudara memang tak faham apa tu konsep "maju". Panjang citer kalau saya citer pasal Indicators dan kayu pengukur yang dibuat setara negara maju di dunia.

Saya malas nak ulas panjang tapi.. saya sebagai rakyat biasa, saya pernah hadir sekali seminar Melaka Maju (saya hadir berbayar untuk dapatkan ilmu) dan sikit sebanyak setuju la cara negeri melaka uruskan melaka maju menjelang 2010. Bandingkan dengan negeri lain yang pernah saya lawati.. melaka adalah antara yang terbaik.. Syukur tu perkara wajib..
Namun saya akui check and balance seperti saudara juga perlu. Cuma perlulah bijak cari isu.. bukan isu standard kelas ketiga macam ni.. Maaf kalau mengguris hati saudara.. Dulu saya peminat blog saudara... tapi skang dah tak de UMmph lagi la.. tatau kenapa.. Hari ni saya cuba masuk nak tgk isu melaka.. malangnya.. terbaca plak isu bawahan macam ni. Sorry bro.. komen saya ikhlas untuk mantapkan blog saudara semula.

Sebenarnya setiap kerajaan yang dipimpin akan ada isu cuma kita bijak dan rajin cari maklumat atau tidak.

teruskan menjana fikiran bro.

TQ