.

.

14 December 2012

PAS SUDAH LAMA DIZALIMI PENGADIL BERAT SEBELAH

Malam tadi ramai marah dan mendakwa pengadil yang mengadili perlawanan Malaysia-Thailand berat sebelah. Antara keputusan yang cukup menyayat hati penyokong Malaysia ialah tindakan pengadil tersebut menghadiahkan kad merah kepada pertahanan kental Malaysia Mohd Fadhli Sas yang menyebabkan pertahanan kita pincang dan kucar kacir.
Namun rakyat Malaysia ramai yang tidak sedar bahawa PAS dan parti pembangkang lain sudah lama berhadapan dengan pengadil pilihanraya yang berat sebelah. PAS bukan sahaja berlawan dengan Umno/BN tetapi juga pengadil iaitu SPR.

Banyak sekali tindakan yang dibuat oleh SPR dilihat dan kelihatan memihak kepada Umno/BN. Malah sehingga kini tuntutan 8 perkara yang dibuat oleh Bersih dan rakyat juga tidak dipenuhi oleh Pengadil Pilihanraya. Inilah tindakan jahat pengadil yang kadang-kadang bukan sahaja tidak adil dalam keputusan-keputusan tertentu malah adakalanya mengalihkan tiang gol bila bola hampir masuk ke gawang lawan.

Begitulah nasib PAS dan pembangkang yang terpaksa berdepan dengan pengadil yang tidak takut untuk menipu dan menyeleweng, tidak takut kepad dosa pahala dan Allah.

CERAMAH NURUL IZZAH DI MELAKA MALAM INI

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akan menyampaikan ceramah di beberapa tempat di Melaka malam ini. Antaranya di Machap, Tehel dan Pernu.

Beliau akan bergilit-gilir menyampaikan ceramah dari satu lokasi ke lokasi lain. Ahli Parlimen Lembah Pantai tersebut akan berceramah dengan pimpinan PR Negeri Melaka.

Pelbagai isu menarik dijangka dikupas oleh Nurul antaranya isu pendedahan Deepak, fitnah terhadap beliau dan lain-lain.

Semua rakyat dijemput hadir.

MELAKA MAJU : TURAP GUNA BAHAN TERBUANG

ALOR GAJAH - Penduduk Kampung Bukit Bonbon, Jalan Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim), Kuala Sungai Baru, di sini, bengang kerana terpaksa melalui jalan utama yang rosak setiap hari.

Tinjauan di sepanjang laluan empat kilometer yang menempatkan lebih 20 buah rumah penduduk mendapati laluan yang rosak teruk itu hanya diturap dengan serpihan batu marmar.

Penduduk, Abd Razak, 50, berkata, kali terakhir laluan itu diturap pada 2007 sebelum ia rosak semula sejak setahun lalu.

“Apabila masalah ini dikemukakan kepada pihak yang berkaitan, tindakan diambil tetapi seperti melepaskan batuk di tangga apabila bahan terbuang digunakan untuk menurap kerosakan jalan.

“Kami difahamkan pihak berkenaan menurapnya dengan batu buangan dari serpihan membina rumah, malah ada serpihan batu marmar tajam hingga tayar kenderaan pecah,” katanya.

Menurutnya, keadaan lebih membebankan pengguna apabila terpaksa melalui laluan itu pada hari hujan kerana air memenuhi laluan berlopak.

“Ada juga penduduk bermotosikal turut membawa anak kecil tergelincir disebabkan struktur jalan yang rosak teruk,” katanya.

Abdul Razak berkata, masalah itu sudah diajukan sebanyak lima kali kepada pihak berkenaan namun tindakan yang diambil hanya mengecewakan penduduk.

“Yang terbaru aduan ini diusulkan lima bulan lalu dan saya difahamkan peruntukan sudah diperoleh namun, tiada sebarang tindakan diambil untuk membaik pulih permukaan jalan,” katanya.

Penduduk, Mohd Asri Osman, 28, berkata, laluan itu menghubungkan Jalan Benteng dengan Rumah Awam Ayer Molek dan ia merupakan laluan utama bagi penduduk untuk ke pekan.

“Saya sudah biasa menggunakan laluan ini untuk ke pekan sejak berpuluh tahun lalu, namun sudah banyak kali tayar motosikal saya pecah dan rim motosikal bengkok disebabkan jalan ini.

“Bila hujan lebat permukaan jalan dinaiki air hingga pernah beberapa kenderaan sebelum ini terbabas dalam parit kerana mengelak lopak air,” katanya.

Menurutnya, terdapat pembetung mendap di laluan ini sehingga permukaan jalan tidak rata dan sempit. Keadaan itu menyebabkan penunggang motosikal terjatuh ke dalam parit besar berhampiran.

“Laluan yang mendap itu betul-betul bersebelahan dengan parit besar, jika pengguna gagal mengawal kenderaan terutama motosikal pasti akan terjatuh ke dalam parit itu,” katanya.

Sementara itu, Exco Kerjaya dan Kemudahan Awam Negeri Melaka, Datuk Kapten (B) Abd Karim Sulaiman berkata, penggunaan serpihan bahan terbuang untuk menurap jalan adalah satu kesalahan.

“Menggunakan bahan terbuang untuk menurap lopak jalan adalah tidak mengikut garis panduan dan spesifikasi yang ditetapkan pihak berkaitan dalam proses membaik jalan raya,” katanya

Menurutnya, penggunaan bahan terbuang membabitkan serpihan tajam mengundang bahaya kepada pengguna selain merosakkan kenderaan seperti yang berlaku kepada penduduk di sini.





Hebat betul negeri maju Melaka 2010 ..............




Sumber : Sinar Harian

PANAS!!!! : PENGADIL PERLAWANAN M'SIA VS THAI KENA HUKUM (VIDEO)


Pengadil yang mengadili perlawanan Malaysia dan Thailand malam tadi kena hukum dengan dengan 'tackle' yang keras  dari pemain Malaysia (Sila tonton dalam klip video ini.)

Mungkin itu sebabnya beliau berat sebelah malam ini, hendak balas dendam pada Malaysia.

Apa pun kita kena terima kekalahan dengan professional, adat permainan. Tetapi yang penting kita kena cuba dengan bersungguh-sungguh.

Memang dari awal Thailand menguasai permainan tetapi kita sudah cuba sedaya upaya ............


13 December 2012

TAHUKAH ANDA SIAPA DI BELAKANG DEEPAK?

Siapa di belakang Deepak? Ada orang tuduh pimpinan PR di belakang Deepak. Tetapi ada juga yang mendakwa orang di belakang Deepak ialah pimpinan Umno/BN sendiri.

Semua orang tahu Najib ada ramai musuh di dalam dan luar Umno. Tidak mustahil orang di dalam Umno sendiri sanggup berada di belakang Deepak memainkan jarum halus untuk Bukan kita tahu ramai yang mengintai untuk naik ke atas jika Najib tumbang sebagaimana tumbangnya Mahathir, Dollah Badawi yang tersungkur disebabkan desakan dalaman.

Tidak mustahil modus operandi yang sama digunakan untuk menumbangkan Najib yang nampak gagah tetapi lembik sebenarnya. Jika Najib tumbang, gembiralah penyangak-penyangak di bawah itu yang tidak sabar-sabar untuk melonjakkan diri masing-masing walaupun semuanya tidak layak.

Masing-masing bercita-cita tinggi untuk naik bagi mengumpulkan kekayaan dan membentuk dinasti masing-masing. Jawatan bermakna kekayaan, jawatan maksudnya kuasa. Dengan kuasa semua boleh buat. Mereka tidak sedar bahawa kuasa Allah mengatasi segala-galanya.

Kini Najib tersepit. Diasak di kiri dan kanan. Tidak putus-putus masalah dan kontroversi didedahkan oleh musuh politik luar dan dalam. Akibatnya sehingga ke hari ini dan sehingga habis edah pun parlimen dibubarkan. Najib sebenarnya menunggu parlimen terbubar dengan sendiri. Tuan-puan tahu atau tidak itulah standard keberanian Najib. Tidak pernah berani berlawan. Menang Ketua Pemuda Umno dengan kemenangan percuma. Menang Timbalan dan Presiden Umno dengan anugerah dan hadiah orang lain.

Najib, Najib .............siapa di belakang Deepak sebenarnya Pok Jib???????????? Takkan engkau tak tahu!!!!!!!!

Naib Presiden PAS, Husam Musa sebelum ini membuat kenyataan akhbar bahawa beliau yakin, ada pihak lain di belakang kenyataan 'eksplosif' Deepak Jaikishan kepada Harakahdaily semalam.

"Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalaman menggerakkan tindakan Deepak," kata Husam dalam kenyataannya yang disiarkan oleh Harakahdaily baru-baru ini.

Kenyataan yang disiarkan dalam lamannya, Husam.com itu mencadangkan agar, "Umno melepaskan Najib".

"Melepaskan Najib sebelum pilihanraya mungkin menaikkan sedikit harapan UMNO untuk meneruskan survival - di atas premis PM baru akan sentiasa membawa harapan baru," kata Husam dalam kenyataannya.

Deepak, katanya, bukan ahli politik tetapi kenyataannya  dibuat menjelang Perhimpunan Agung Umno - menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira.

Selain Najib, turut menjadi sasaran menjelang Perhimpunan Agung Umno ini adalah Naib Presiden Umno paling kanan, Datuk Seri Hishamudin Husein.

Hishamudin, Menteri Dalam Negeri yang juga sepupu Najib didakwa campur tangan dalam penyiasatan polis. Dakwaan itu dibuat oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan dalam satu sidang medianya.



MENGAPA TIBA-TIBA DEEPAK BERANI?

Ramai pemerhati politik tertanya-tanya mengapa kawan baik Kak Ros, Deepak tiba-tiba berani membongkar cerita-cerita 'dalam kelambu' yang sebelum ini boleh dikategorikan sebagai Top Secret. Mesti ada sesuatu perkara atau tragedi yang menyebabkan beliau u-turn meninggalkan Kak Ros.

Macam-macam cerita disurahkan oleh Deepak. Itulah inilah semuanya sensasi dan menyesakkan sesetengah orang. Apa agaknya yang menyebabkan Deepak tiba-tiba menjadi anak jantan, ayam jantan dan ayam laga. Mungkinkah Deepak tidak cukup makan. Tuannya tidak beri dia makan cukup atau ada sebab lain.

Satu demi satu cerita dikisahkan oleh Deepak. Ada pihak menuduh Deepak dibeli seseorang, ada pula yang berkata bahawa Deepak hendak cari duit kopi, ada yang kata dia hendak makan kiri kanan. Hanya Deepak yang tahu. 

Apapun rakyat mesti menilai dan berfikir tentang apa yang didedahkan oleh Deepak. Jangan hanya baca dan dengar tanpa berfikir. Logik atau tidak logik. Bagi kita semua yang di'telanjang'kan oleh Deepak itu tidak mustahil dan boleh diterima jika ianya benar. Ianya logik dan mungkin berlaku. Kita mesti berfikiran terbuka. Jangan menolak mentah-mentah apa yang Deepak katakan. Dunia moden hari ini telah menyebabkan manusia boleh berubah sekelip mata dari seorang yang jahat kepada budiman dan dari seorang budiman kepada jahat. Ada yang berubah dari seekor syaitan yang dikenali kepada Malaikat yang tidak dikenali tetapi budiman dan sentiasa taat kepada Allah.

Hari ini Malaysiakini memuatkan laporan bahawa Deepak Jaikishan menamakan seorang adik perdana menteri Datuk Nazim Razak sebagai individu yang didakwanya bertanggungjawab membayar penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk menandatangani akuan berkanun (SD) kedua.

Dakwanya lagi, beliau turut bertanggungjawab mempertemukan Datuk Nazim Razak dan Balasubramaniam, tetapi urusan pembayaran wang kepada Bala itu, dakwanya, dilakukan Nazim.

"Saya mengesahkan kenyataan saya sebelum ini bahawa Datuk Nazim menyertai pertemuan untuk memudahcara apa-apa yang perlu dilakukan.

"Penglibatan saya hanya untuk mempertemukan semua orang," dakwanya dalam wawancara denganMalaysiakini.

Bala pada awalnya menandatangani satu akuan berkanun mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Beliau kemudiannya menandatangani akuan berkanun kedua bagi menafikan akuan pertama yang dakwanya ditandatangani ketika keselamatan keluarganya menjadi taruhan.

Bala kemudian mendakwa dibayar tunai dan dijanjikan lebih banyak wang selepas bersetuju menandatangani akuan bersumpah kedua dan berpindah ke luar negara bersama keluarganya.

Deepak dalam wawancara semalam mendakwa wang yang diterima Bala datang daripada "Datuk Nazim dan sumber-sumbernya".

Pada tahun 2009, wartawan Malaysiakini cuba menghubungi Nazim berulang-ulang kali untuk mendapatkan penjelasannya tentang dakwaan tersebut.

Malaysiakini berkunjung ke pejabatnya dan menyerahkan senarai soalan untuk dijawab Nazim.

Malangnya, usaha tersebut tidak berhasil sehinggalah wartawan Malaysiakini bertembung dengan Nazim di Masjid Negara selepas solat Jumaat pada Disember 2009.

Beliau pada ketika itu baru selesai menziarahi pusara ayahnya, perdana menteri kedua Tun Abdul Razak.

Sewaktu ditanya tentang dakwaan Bala pada ketika itu, beliau hanya menjawab "tiada apa-apa yang perlu diperkatakan".

Dalam wawancara semalam, Deepak berkata beliau tampil mendedahkan perkara di sebalik kontroversi pembunuhan itu kerana risau "roh Altantuya tidak bersemadi dengan tenang" sehingga beliau dihantui "sumpahan Altantuya".

MENTERI SENANG LENANG, RAKYAT MENDERITA


Patutlah Menteri Umno BN Hidup Senang Lenang...

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri...

1. Gaji Pokok RM18,000

2. Elaun Keraian RM10,500.00

3. Elaun Perumahan RM10,800.00 - Kebanyakan menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 -

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja

Lain-lain kemudahan

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia (sebenarnya duit rakyat)

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit, satu driver, minyak percuma. Kalau pakai pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan. ~malique
 — with ‎انا انتام مانا سوكا‎ and 28 others.

Sumber : FB PAS Kepala Batas

UMNO TAKUT KENA SABOTAJ


Setiap kali Pilihanraya kecil atau Umum diadakan Umno begitu takut partinya disabotaj oleh ahli dan penyokongnya sendiri serta parti-parti komponen lain. Sebab itulah pelbagai rayuan dibuat agar tiada pihak yang menikam mereka dari belakang.

Semalam mantan Presiden Umno, Pak Lah berkata Ketua bahagian atau pemimpin yang tidak dipilih sebagai calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang masalah sehingga menafikan kemenangan dua pertiga yang diharapkan oleh Barisan Nasional (BN).

Takut sungguh Umno kepada ahli dan kawan-kawannya sendiri kerana mereka tahu ramai dari mereka sebenarnya mementingkan diri sendiri bukannya parti atau rakyat. Ramai yang pasang angan-angan untuk jadi Wakil Rakyat kerana ianya adalah lubuk duit dan projek.

Beliau  berkata, sokongan utama adalah daripada semua ketua cawangan dan ketua bahagian yang merupakan orang penting dalam parti untuk menjayakan matlamat memastikan kemenangan BN.

Menurutnya, calon yang akan dipilih oleh Perdana Menteri,  Najib Tun Razak merupakan yang terbaik dan semua ahli UMNO perlu bersatu menyokong agar calon berkenaan menang serta BN mampu mencipta kejayaan besar pada pilihan raya umum nanti.

"Sudah semestinya ketua cawangan dan ketua bahagian perlu menyokong calon yang dipilih kerana mereka merupakan orang yang paling dekat dengan rakyat dan apabila mereka memberi sokongan sudah pasti yang lain akan ikut.

"Kepada mereka yang tidak dipilih sebagai calon, terus bekerja demi bangsa dan agama kita," katanya ketika ditemui pemberita dalam majlis penyampaian bantuan pakaian seragam sekolah oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Perda, Datuk Azhar Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga.

Pada majlis itu, seramai 25 murid dan pelajar dari kawasan Kepala Batas menerima bantuan pakaian dan kelengkapan persekolahan bernilai RM120 setiap seorang.

Abdullah yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas menambah, beliau sendiri akan menyokong calon mewakili kawasan itu sekiranya tidak dipilih nanti kerana Perdana Menteri pastinya akan memilih calon yang boleh menang di Kepala Batas.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121213/po_01/Ketua-cawangan-bahagian-jangan-timbulkan-masalah#ixzz2EtPDdOk6
© Utusan Melayu (M) Bhd 

SHAFEI AFDAL HILANG KERUSI?

Pelbagai pihak di Semporna mempertikaikan kewibawaan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Shafei Afdal yang terbukti gagal membangunkan Parlimennya sendiri iaitu Semporna walaupun sudah 4 penggal beliau menjadi Wakil Rakyat kawasan itu.

Lebih malang lagi beliau sendiri adalah Menteri Luar Bandar yang sudah tentu mempunyai perancangan untuk kepentingan Semporna. Malangnya Semporna terbukti belum sempurna malah kelihatan dhaif sekali.


Tanah yang terkenal dengan Pulau Sipadan (Diver’s Heaven) ternyata daif dan jauh ketinggalan dalam segala aspek walaupun diwakili oleh orang penting di dalam kabinet Barisan Nasional (BN).
Persoalannya, apakah yang telah dilakukan oleh Shafie selama empat penggal memegang mandat para pengundi di Semporna ini?
Soalan ini memaksa penulis cuba mencari tahu daripada masyarakat tempatan bagi mengenal pasti kepincangan pengurusan daerah tersebut.
Hasil daripada apa yang diamati, ada 4 Dalil Utama yang akan menjadi penyebab kepada kekalahan BN sekiranya Shafie diturunkan sekali lagi pada PRU13 nanti.
1. Janji empat penggal tidak ditepati
Ditanyakan tentang kepimpinan dan kredibiliti Shafie kepada masyarakat tempatan, terlalu ramai yang mengeluh dan menyuarakan rasa kecewa mereka dengan cara pimpinan Shafie setelah empat penggal.
Terlalu banyak janji-janji yang tidak ditepati. Salah satu daripadanya ialah pembinaan jambatan dari tanah besar Semporna ke Pulau BumBum yang dikatakan janji empat penggal yang jelas tidak ditunaikan sehingga ke hari ini.
Ramai yang hilang keyakinan dan berjanji tidak akan memberikan sokongan mereka kepada Shafie lagi kerana hilang kepercayaan kepada janji-janji manis yang ditaburkan.
Selain daripada janji jambatan yang tidak tertunai, penduduk daerah ini juga berdepan dengan masalah infrastruktur di mana jalan utama ke pekan Semporna sentiasa mengalami kesesakan kerana sudah tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah.
Masalah kemudahan asas yang semakin meruncing seperti bekalan tenaga elektrik yang tidak stabil dan bekalan air bersih yang tidak terurus juga sudah sekian lama tidak dapat diselesaikan.
Dan yang sangat memalukan ialah pengurusan sampah yang sangat lemah telah mengharumkan nama Semporna sebagai daerah terkotor di Sabah dan juga mungkin di Malaysia.
Kekotoran daerah ini memang tidak dapat disangkal lagi dan sudah cukup menjadi bukti kukuh kepincangan kepimpinan Shafie dan YB DUN di dalam kawasan parlimen Semporna.
2. Skandal artis
Ramai sedia maklum kehangatan skandal pemberian hampir RM1.3 juta kepada seorang aktres tempatan.
Walaupun Shafie berjaya mendiamkan dan menyejukkan kehangatan skandal ini, golongan masyarakat Semporna sudah maklum akan kebenarannya, malah ada anak tempatan yang mempunyai bukti yang kukuh atas kesahihan skandal ini.
Kehangatan skandal ini juga dikatakan telah membuka semula rahsia skandal lapuk Shafie yang dikaitkan dengan seorang wanita tempatan.
Kedua-dua skandal ini sebenarnya boleh dikatakan nyata bagai ‘sudah terang lagi bersuluh’, tetapi Shafie tetap menafikan dan sanggup menipu dan memperbodohkan masyarakat daerah Semporna.
Persoalan penting yang harus diberikan tumpuan ialah, bagaimana Shafie mampu mendapat jutaan ringgit bagi menampung kemewahan hidup artis tersebut?
Mengimbas semula skandal-skandal yang pernah melanda barisan pemimpin tertinggi Umno, seharusnya Shafie mengambil langkah yang sama menawarkan diri untuk tidak bertanding di dalam PRU13 agar beliau dapat bersara dengan cara terhormat.
Skandal ini tidak seharusnya diambil mudah oleh barisan pemimpin tertinggi BN sekiranya mereka benar-benar ingin menurunkan barisan calon pilihan terbaik.
Terdengar ura-ura mengatakan akan ada pihak yang berani untuk membuktikan kesahihan skandal ini.
Seandainya Datuk Seri Najib Tun Razak bersungguh-sungguh mahu mempertahankan kuasa BN di Putrajaya, maka tidak salah untuk mengorbankan Shafie demi nama baik Umno kerana lambat laun akan terbukti Shafie hanyalah individu yang akan membawa kerosakan pada imej kepimpinan BN.
3. Kronisme dan sabotaj penyokong Umno
Selama menjadi menteri di Persekutuan, Shafie dikatakan telah mengamalkan kronisme di mana beliau telah banyak menganugerahkan projek-projek kerajaan kepada ahli keluarga yang terdekat.
Ada yang mengatakan bahawa saudara mara beliau hanyalah keluarga sederhana, tetapi menjadi kaya raya hanya dengan sekelip mata Ketidakadilan beliau ini telah mengakibatkan para penyokong Umno sendiri tidak berpuas hati dan dipercayai akan cuba membuat sabotaj ke atas beliau di dalam PRU13 nanti.
Mengambil kira dari keadaan semasa yang melanda negeri Sabah, Ahli Majlis Tertinggi BN sewajarnya meminta Shafie untuk meletak jawatan bagi membuktikan kesungguhan mereka untuk membariskan pemimpin yang bersih dan lebih cekap mengurus di dalam PRU13 nanti.
Tindakan bekas presiden Umno seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dengan sukarela melepaskan jawatan mereka dan bersara harus dicontohi oleh Shafie demi kepentingan perjuangan Umno dan BN di Sabah.
4. Calon pembangkang bukan calon pilihan Shafie
Bukan lagi khabar angin. Yang jelas, dalam PRU10 sehingga PRU12 masyarakat tempatan ada mengakui bahawa Shafie telah meletakkan orang sendiri sebagai calon parti lawan dan ini adalah faktor utama kejayaan bertahan selama empat penggal.
Strategi beliau telah lama dikenal pasti dan setelah menyedari bahawa anak tempatan yang juga seorang pakar bedah pilihan sebenar PKR Pusat akan menentang beliau, pelbagai usaha telah beliau lakukan bagi memastikan anak tempatan tersebut tidak dicalonkan.
Satu langkah jelas yang beliau lakukan ialah dengan memporak porandakan urusan Cabang PKR Semporna dan juga cuba meletakkan calon wanita yang kononnya Ketua Srikandi Cabang tersebut.
Malangnya, perhimpunan kemasukan beramai-ramai ke PKR yang dihadiri hampir 3,000 orang tempatan di Semporna telah membuktikan bahawa Shafie akan menghadapi kerumitan di dalam mempertahankan kerusi beliau.
Kemasukan beramai-ramai ini juga petanda besar kepimpinan Shafie telah ditolak. Memancing undi dengan wang ringgit bukan lagi satu kaedah terbaik untuk memenangi hati masyarakat Semporna pada PRU13 kerana perkara utama mereka inginkan ialah pemimpin yang lebih berjiwa rakyat dan mampu menzahirkan segala janji yang ditaburkan.
Mungkin Shafie berada di zon selesa sebelum ini sehinggakan beliau terlepas pandang akan kepincangan yang telah beliau lakukan selama memegang kerusi tersebut hampir 18 tahun.
Sudah tiba masa untuk beliau memberikan laluan kepada muka baru bagi memimpin dan memenangi hati pengundi pada PRU13 kelak.
Empat dalil (faktor utama) telah diterangkan di sini, maka terserah kepada pucuk pimpinan BN untuk membuka dacing dan membuat pertimbangan.
Meletakkan Shafie dalam senarai calon sekali lagi hanyalah umpama membiarkan parasit membiak dan merosakkan kredibiliti BN.
Padah akan mengundang seandainya suara pengundi Semporna dianggap remeh kerana kuasa ditangan mereka.
Kebencian para pengundi pada Shafie sudah tidak dapat dibendung lagi. Yang pasti, janji dan sumpah keramat Shafie sudah tidak mampu mengaburi mata penduduk tanah Bajau Laut itu.
Sumber : FMT

SIAPA BOHONG : MUSA HASSAN ATAU PDRM


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin menafikan dakwaan bekas ketuanya, Tan Sri Musa Hassan bahawa menteri dalam negeri campur tangan dalam urusan polis.

Menurut laporan Berita Harian, Mohd Bakri juga berkata polis tidak pernah pilih bulu dalam siasatan yang dijalankan.

"PDRM sentiasa memastikan setiap aspek siasatan yang dijalankan tidak melangkaui mana-mana ketetapan undang-undang dengan keperluan siasatan ditentukan bergantung kepada jenis kesalahan dilakukan penjenayah.

"Justeru, dalam pelaksanaan itu, tiada sebarang campur tangan wujud untuk mempengaruhi siasatan sama ada daripada individu atau pihak tertentu," kata Mohd Bakri.

Bakri berkata demikian ketika mengulas dakwaan Musa – bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengeluar arahan kepada pegawai bawahan dan ketua polis daerah tanpa pengetahuannnya semasa Musa menjadi ketua polis negara.

Menurut laporan itu lagi, Mohd Bakri juga percaya Musa menyentuh konteks penyiasatan kes jenayah, dan percaya ia tidak berlaku.

Siapa yang berbohong dan siapa yang bercakap benar dalam perkara ini? Saya yakin tuan-puan ada jawapan masing-masing. Mungkin juga bila Bakri ini pencen nanti beliau akan u-turn macam Musa juga. Sudah ramai pegawai-pegawai yang menukar arah apabila telah pencen. 

NONEInilah masalah besar dalam budaya negara kita, di mana rakyat dan pegawai kerajaan diajar supaya tidak bercakap benar demi perut, bawah perut dan 'fulus'. Kalau beginilah budaya dan perangai pegawai kerajaan dan rakyat yang tidak berani berkata benar, negara kita tidak akan maju dan sejahtera. Kebenaran disembunyi dan diniagakan.

12 December 2012

SIRI 1 : MENJAWAB FITNAH UMNO - MELAYU HILANG KUASA JIKA PR MENANG

Blog ini akan menyiarkan SIRI JAWAPAN kepada fitnah-fitnah Umno.

Jawapan-jawapannya akan disiarkan secara bersiri. Mungkin ianya boleh dijadikan panduan untuk tuan-tuan menjawab dan menangkis serangan fitnah dan pembohongan gerombolan Syaitan Yang Dikenali.

MENJAWAB FITNAH UMNO/BN SIRI 1 : KUASA MELAYU HILANG JIKA PR MENANG

Blog ini akan menjawab segala fitnah dan pembohongan Umno secara bersiri. Siri 1 kali ini akan menyentuh fitnah dan pembohongan Umno/BN yang menyatakan bahawa KUASA ORANG MELAYU AKAN HILANG jika PR menang PRU 13 nanti.
Ini jawapannya :-

KUASA ORANG MELAYU TIDAK AKAN HILANG kerana :-

1) Jika calon Umno kalah maka yang menang ialah calon PAS atau PKR yang juga orang Melayu. Contoh : Umno kalah di Kelantan, Kedah, Selangor dan Perak pada PRU 2008, yang menang ialah calon Melayu PAS dan PKR. Menteri Besar tetap orang Melayu, Tan Sri Khalid Ibrahim (Selangor); Ustaz Azizan Razak (Kedah) dan Tok Guru Nik Abdul Aziz (Kelantan).

2) PR sudahpun memeterai perjanjian pada Konvensyen PR pertama bahawa PR akan tetap mempertahan kuasa Raja-Raja Melayu dan Hak Keistimewaan Orang Melayu. Ketiga-tiga pimpinan tertinggi PKR-PAS-DAP sudahpun menandatangani pengisytiharaan tersebut
3) Kerusi Parlimen di Malaysia majoritinya adalah kerusi orang Melayu. Kerusi bukan Melayu termasuk di Sabah dan Sarawak kurang dari 65 kerusi. Ini bermakna kuasa orang-orang tetap majoriti dan mustahil perlembagaan negara boleh dipinda. DAP hanya bertanding kurang dari 45 kerusi dan tidak mungkin mereka akan berkuasa.

11 December 2012

MAHATHIR PUASHATI SEBAB NAJIB IKUT TELUNJUK DIA?


Mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad berkata beliau menentang Dollah Badawi kerana Pak Lah tidak berjaya mentadbir negara dengan baik. Tetapi sekarang beliau menyokong Najib kerana anak Tun Razak itu mentadbir dengan baik dan memuaskan.

Mahathir berkata demikian, dipetik dari Malaysiakini.

Apa maknanya kata-kata Mahathir ini. Maknanya mudah saja, Najib ikut semua telunjuk Mahathir sebab itu Mahathir suka kepada Najib. 

Apa sahaja pendapat Mahathir akan disokong Najib seolah-olah Mahathir amat berkuasa sekarang,

Mesti ada sebab munasabah mengapa Najib menjadi 'wok yek' kepada Mahathir. Cuba teka????

Kalau dahulu Pak Lah nampak lembik tetapi tegas dan tidak mengikut cakap Mahathir membuta tuli. Ianya jauh berbeza dengan Najib ..............

Amat berbahaya kepada negara jika seorang Perdana Menteri tidak tegas dan suka mengikut cakap seseorang. Rakyat semua tahu bahawa Mahathir mempunyai kepentingan dan matlamat tertentu untuk masa hadapan ................

KUBU BN PECAH DI TAMBAK PAYA, PARLIMEN ALI RUSTAM

Melaka : Pakatan Rakyat berjaya memecahkan kubu kuat BN di Peti Undi Tambak Paya, apabila satu ceramah penerangan anjuran DAP berjaya diadakan di Taman Tambak Paya di sini malam tadi.

Sebelum semua parti-parti dalam Pakatan Rakyat sukar untuk mengadakan program di kawasan tersebut disebabkan tiada pihak yang berani membenarkan perkarangan rumah mereka dijadikan tapak ceramah. Pakatan Rakyat juga menghadapi situasi yang sama untuk mengadakan program tersebut sehingga tapak program terpaksa ditukar 3 kali kerana tuan rumah telah diugut oleh pihak-pihak tertentu yang mendapat arahan dari pimpinan Barisan Nasional setempat.

Pengarah Program, Gandhi Rajan berkata kejayaan PR mengadakan program malam tadi membuktikan bahawa rakyat sudah berani membuat perubahan walaupun terdapat ugutan yang dikenakan terhadap mereka.

"Rakyat sudah buka mata, mereka tidak takut lagi, apa yang penting mereka mahu buat perubahan demi masa depan anak cucu mereka dalam semua bidang termasuk ekonomi, pendidikan, maruah dan sebagainya".

"Walaupun ada gangguan dan provokasi malam tadi, kita tetap meneruskan program kerana kita tahu program ini aman dan bukan mahu buat kacau" ujar Gandhi yang juga merupakan Naib Pengerusi DAP Melaka.

Ahli Dewan Undangan Port Dickson, M.Ravi dalam ucapannya kesal kerana kerajaan Barisan Nasional terus mengamalkan dasar perkauman dan diskriminasi terhadap sekolah-sekolah Tamil di mana ianya seolah-olah sekolah kelas kedua.

"Pasal apa sekolah itu diberi nama 'Jenis Kebangsaan" apa itu jenis, kita pun tidak faham".

"SJKT, SJKC semuanya ada 'jenis' nampak macam sekolah ini kelas kedua, ini diskriminasi kepada rakyat kaum India"ujar Ravi penuh semangat.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri Senawang,  Gunasekaran pula berkata tindakan kerajaan yang menafikan hak kaum India untuk mendapat kerakyatan Malaysia adalah satu pengkhianatan dan kezaliman kepada mereka yang terlibat.

"Ada ratusan ribu orang India yang layak tetapi tidak dapat kad pengenalan, mereka ini fasih bercakap Bahasa Malaysia dan sudah tinggal lama di Malaysia, tetapi orang Filipina yang ada di Sabah cakap Melayu pun tak tahu boleh dapat MyKad"

"Jelas kerajaan BN zalim dan tidak menjaga kebajikan rakyat sendiri dan mereka menafikan hak rakyat" tambah Gunasekaran.

Program tersebut dihadiri kira-kira 150 di mana kira-kira 100 daripadanya adalah orang India. Ini merupakan perkembangan luar jangkaan kerana sebelum ini jika PR mengadakan program yang datang tidak sampai 5 orang India yang hadir. Malah banyak kali kempen PAS pada PRU 12 hanya 'dihadir'i oleh kerusi dan pokok-pokok. 

Turut berceramah pada program tersebut ialah aktivis PKR, M. Maniam dan Penyelia Dun Ayer Molek, Haji Mustafa Ali  Dun ini ditandingi oleh calon PAS sejak dari dahulu lagi. Pada Pilihanraya Umum 2008, calon PAS, Haji Salim Tahir tewas kepada calon BN, Yunos Hussin dengan majoriti 2779, di mana Yunos memperolehi 6433 undi sementara Salim mendapat 3654 undi.

Untuk rekod, Peti Undi Tambak Paya terletak dalam Dun Ayer Molek dan Parlimen Bukit Katil di mana Ketua Bahagian Umno di kawasan tersebut ialah Datuk Seri  Mohd Ali Rustam.

10 December 2012

KALIMAH ALLAH DI KEPALA RONALDO

Gambar ini kami ambil dari FB Bus Man benar atau tidak sila selidiki.

Moga Ronaldo benar-benar dikurniakan Hidayah oleh Allah S.W.T.

"Kalimah Allah dikepala Ronaldo, gambar nie korang boleh lihat di Youtube ketika Ronaldo mengalami kecederaan di bahagian mata semasa menentang Levante.. Lihat anak panah tu~" Bus Man

AHLI PARLIMEN JERANTUT BERSARA, SERTAI PAS LAH?

Bekas pimpinan Semangat 46, yang kini menjadi Ketua Umno dan Ahli Parlimen Jerantut, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar akan bersara dari politik, itu laporan yang dibuat oleh Blogger Tinta Merah, MSO.

Benar atau tidak kena tanya dengan Tengku Azlan yang pernah suatu ketika dahulu mengecewakan penyokong-penyokong PAS dan Semangat 46 kerana gagal menyerahkan kertas pencalonan menjadi calon Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pada Pilihanraya kecil Parlimen Lipis berikutan kematian bekas Ahli Parlimen Lipis, Abu Dahari Othman. Kegagalan beliau menyebabkan calon BN Amihamzah menang tanpa bertanding.

"Saya masih ingat bagaimana marahnya Allahyarham Yang Dipertua PAS Lipis, Ustaz Kassim Yahaya dengan tindakan Tengku Azlan tidak memberitahu PAS bahawa beliau tidak mahu bertanding sedangkan sebelum itu Semangat 46 telah bersetuju untuk meletakkan calon kerana sememangnya kerusi Parlimen Lipis adalah kerusi Semangat 46" ujar seorang ahli PAS yang ditemui baru-baru ini.

Jika benar Tengku Azlan ingin bersara dari politik maka orang yang paling gembira ialah Timbalan Ketua Umno Jerantut iaitu Adun Tahan Wan Amizan, sudah beliau akan mengambilalih Umno Bahagian dan akan bermaharajalelalah beliau.

Namun kita mengharapkan supaya Tengku Azlan insaf dan kembali bersama perjuangan rakyat sebagaimana yang dilakukan oleh seorang lagi Putera Raja iaitu Tengku Paduka Raja Terengganu yang menyertai PAS baru-baru ini. Tengku Paduka Raja juga bekas pimpinan Semangat 46 dan pernah menjadi Adun Tanggol sebelum kembali menyokong Ku Li selepas Semangat 46 dibubarkan.


PR MELAKA BAKAR MOMENTUM RAKYAT CERAMAH DI TAMBAK PAYA MALAM INI

Pakatan Rakyat akan mengadakan ceramah penerangan di Tambak Paya bertempat di No 21, Jalan TTP1, Taman Tambak Paya bermula jam 8.00 malam ini.

Ceramah tersebut akan disampaikan oleh Adun Port Dickson, YB Ravindran, Adun Senawang, YB Gunasekaran, Adun Kesidang YB Goh Leong San dan wakil PAS Melaka.

Semua dijemput hadir.

09 December 2012

PENGUNDI MAGGI MEE CEPAT DIMASAK SEDAP DIMAKAN

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu mendedahkan di Malaysia ramai pengundi di yang bersifat maggi mee cepat dimasak cepat dimasak. 
Baru bersalin sudah boleh menjadi pengundi. Salah seorang pengundi kata Mohammad Sabu lahir pada tahun 1982 mendaftar jadi pengundi pada tahun 1982 juga. Beliau berkata demikian pada ceramah sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kerdau, Pahang malam ini.

Inilah antara jenayah yang dibuat oleh SPR dan rakan-rakan sewaktu dengannya.

ALI RUSTAM HENDAK SAMAN PESURUHJAYA PAS MELAKA, APA HAL

Tidak semena-mena hari ini Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam menyatakan dalam satu majlis Melaka bahawa beliau akan menyaman Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari. Apa hal pula apa salah Adly?

Mungkin kesalahan Adly ialah bersama-sama dengan pimpinan PR Melaka lain berjaya mengumpulkan rakyat Melaka lebih dari 10,000 orang dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka malam tadi.

Pelik-peliklah tindakan pembesar-pembesar Melaka ini. dahlah mengugut tuan tanah sebanyak dua kali bagi menggagalkan himpunan malam tadi.

Orang ajak berdebat dia takut, dia hantar budak-budak dia kacau banyak majlis PR. Bila kita kata dia tak cerdik dia marah. Cuba dia tengok Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri lain tidak seorang pun yang mengganggu himpunan kebangkitan rakyat.


KEJUTAN DI HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT PAHANG 9 DIS MALAM INI (LIVE DI SINI)

Hari ini tiba giliran PR Pahang menjadi tuanrumah Himpunan Kebangkitan Rakyat yang sedang berlangsungi di tapak Kompleks PAS Pahang di Kerdau.

Program bermula dengan konvoi dan santai anak muda yang akan bermula jam 4.00 petang ini. Manakala pada sebelah malamnya diadakan program kemuncak iaitu Pidato Pemimpin Utama PR Anwar Ibrahim, Tuan Guru Presiden PAS dan Lim Kit Siang.

Mungkin ada kejutan besar di HKR Pahang malam ini seperti di Johor baru-baru ini.

Tuan dijemput mengikuti siaran langsung di sini.

PANAS : HISHAMUDDIN RAIS KENA TANGKAP?


Aktivis BERSIH, Hishamuddin Rais ditangkap kerana menghasut malam tadi. Beliau berucap berapi-api pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Melaka malam tadi.

Hishamuddin mengaku bahawa beliau datang dan berceramah pada program tersebut adalah untuk menghasut rakyat negeri Melaka supaya turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur pada program Himpunan Rakyat pada 12 Januari 2013 nanti.

Akibat hasutan yang dilakukan pada program tersebut beliau telah ditangkap oleh beberapa pihak yang tidak dikenali.

Namun tangkapan itu bukan dilakukan oleh pasukan keselamatan tetapi tangkapan itu ialah tangkapan gambar oleh peminat dan penyokong beliau.

Beliau menerima sambutan yang hebat dari pelbagai lapisan rakyat termasuk amoi, aci dan anak-anak dara. Syabas Hisham.

ALI RUSTAM GEMBIRA, HANYA 100 ORANG HADIR HIMPUNAN RAKYAT MELAKA

Ketua Menteri Melaka gembira kerana hanya 100 orang sahaja yang hadir pada program Himpunan Kebangkita Rakyat peringkat negeri Melaka di perkarangan Pejabat DAP, Lorong Pandan malam tadi.

Walaupun tekanan demi tekanan dikenakan kepada PR untuk menganjurkan program namun ianya dilihat amat berjaya. Dianggarkan kira-kira 10,000 orang hadir dan ia merupakan suatu angka yang besar bagi sebuah negeri kecil seperti Melaka.

Tempat program terpaksa ditukar sebanyak 2 kali kerana tuan tanah diugut dan tidak berani untuk membenarkan tanah mereka digunakan untuk program ini. Akhirnya terpaksa jalan di hadapan Pejabat DAP digunakan sebagai venue untuk program ini.
Buktinya lihat gambar ini.

Gambar ihsan sahabat FB....makasih

SB YANG MASUK PAS MENINGGAL DUNIA SELEPAS TAUBAT


Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter