SIAPA BOHONG : MUSA HASSAN ATAU PDRM


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin menafikan dakwaan bekas ketuanya, Tan Sri Musa Hassan bahawa menteri dalam negeri campur tangan dalam urusan polis.

Menurut laporan Berita Harian, Mohd Bakri juga berkata polis tidak pernah pilih bulu dalam siasatan yang dijalankan.

"PDRM sentiasa memastikan setiap aspek siasatan yang dijalankan tidak melangkaui mana-mana ketetapan undang-undang dengan keperluan siasatan ditentukan bergantung kepada jenis kesalahan dilakukan penjenayah.

"Justeru, dalam pelaksanaan itu, tiada sebarang campur tangan wujud untuk mempengaruhi siasatan sama ada daripada individu atau pihak tertentu," kata Mohd Bakri.

Bakri berkata demikian ketika mengulas dakwaan Musa – bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengeluar arahan kepada pegawai bawahan dan ketua polis daerah tanpa pengetahuannnya semasa Musa menjadi ketua polis negara.

Menurut laporan itu lagi, Mohd Bakri juga percaya Musa menyentuh konteks penyiasatan kes jenayah, dan percaya ia tidak berlaku.

Siapa yang berbohong dan siapa yang bercakap benar dalam perkara ini? Saya yakin tuan-puan ada jawapan masing-masing. Mungkin juga bila Bakri ini pencen nanti beliau akan u-turn macam Musa juga. Sudah ramai pegawai-pegawai yang menukar arah apabila telah pencen. 

NONEInilah masalah besar dalam budaya negara kita, di mana rakyat dan pegawai kerajaan diajar supaya tidak bercakap benar demi perut, bawah perut dan 'fulus'. Kalau beginilah budaya dan perangai pegawai kerajaan dan rakyat yang tidak berani berkata benar, negara kita tidak akan maju dan sejahtera. Kebenaran disembunyi dan diniagakan.

Comments