AHLI PARLIMEN JERANTUT BERSARA, SERTAI PAS LAH?

Bekas pimpinan Semangat 46, yang kini menjadi Ketua Umno dan Ahli Parlimen Jerantut, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar akan bersara dari politik, itu laporan yang dibuat oleh Blogger Tinta Merah, MSO.

Benar atau tidak kena tanya dengan Tengku Azlan yang pernah suatu ketika dahulu mengecewakan penyokong-penyokong PAS dan Semangat 46 kerana gagal menyerahkan kertas pencalonan menjadi calon Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pada Pilihanraya kecil Parlimen Lipis berikutan kematian bekas Ahli Parlimen Lipis, Abu Dahari Othman. Kegagalan beliau menyebabkan calon BN Amihamzah menang tanpa bertanding.

"Saya masih ingat bagaimana marahnya Allahyarham Yang Dipertua PAS Lipis, Ustaz Kassim Yahaya dengan tindakan Tengku Azlan tidak memberitahu PAS bahawa beliau tidak mahu bertanding sedangkan sebelum itu Semangat 46 telah bersetuju untuk meletakkan calon kerana sememangnya kerusi Parlimen Lipis adalah kerusi Semangat 46" ujar seorang ahli PAS yang ditemui baru-baru ini.

Jika benar Tengku Azlan ingin bersara dari politik maka orang yang paling gembira ialah Timbalan Ketua Umno Jerantut iaitu Adun Tahan Wan Amizan, sudah beliau akan mengambilalih Umno Bahagian dan akan bermaharajalelalah beliau.

Namun kita mengharapkan supaya Tengku Azlan insaf dan kembali bersama perjuangan rakyat sebagaimana yang dilakukan oleh seorang lagi Putera Raja iaitu Tengku Paduka Raja Terengganu yang menyertai PAS baru-baru ini. Tengku Paduka Raja juga bekas pimpinan Semangat 46 dan pernah menjadi Adun Tanggol sebelum kembali menyokong Ku Li selepas Semangat 46 dibubarkan.


Comments