APAKAH INI MH370 YANG DICARI????

Apakah ini imej pesawat MH370 yang hilang membawa diri sejak 8 Mac lalu.

Seorang Pakar IT dari India bernama Anoop Madhav Yeggina, 29, mempercayai bahawa  imej itu ialah pesawat Boeing 777-200ER MAS yang dicari sejak 12 hari lalu. 

Pakar IT itu ialah antara beribu-ribu orang dari seluruh dunia yang melibatkan diri dalam projek 'crowdsourcing' iaitu khidmat luar kumpulan yang berusaha mengesan kapal terbang berkenaan yang telah melencong dari laluannya ke arah Lautan Hindi selepas menutup semua hubungan komunikasi ketika terbang merentasi Laut China Selatan.

Anoop telah menghantar dapatan (finding) beliau kepada laman web antarabangsa  dan ianya mendapat sambutan yang dahsyat dari orang ramai yang dahagakan maklumat tentang MH370.

Namun belum dapat dipastikan apakah imej ini sahih imej MH370 dan ianya perlu kepada kajian lanjut yang terperinci dan teliti.

Moga MH370 dapat dikesan dan semua penumpang dan kru selamat. 

Comments