BN !!! HENTIKAN KEZALIMAN DAN PENINDASAN KEPADA RAKYAT ~ Ref Malaysiakini

Kemenangan PAS mewakili PR di Kuala Terengganu besar ertinya bagi rakyat Malaysia. Moga-moga dengan kemenangan gemilang dan bergaya ini dapat menyedarkan kerajaan BN dan pemimpin BN yang bongkak supaya menilai semula penindasan dan kekejaman yang mereka lakukan kepada rakyat selama ini. Ingatlah bahawa rakyat tidak selamanya boleh diperbodoh dan di tindas oleh kerajaan BN. Antara kekejaman, penindasan dan sikap tidak cerdik dan dungu BN ialah ;-

1) Undang-undang Islam hanya untuk nikah, kahwin dan faraid sahaja.

2) Meneruskan undang-undang zalim ISA keatas rakyat sendiri tanpa bicara dan peluang bela diri

3) Meneruskan dasar PPSMI

4) Membiarkan harga barangan terus tinggi tanpa tindakan drastik

5) Tidak mengambil langkah tegas terhadap kekejaman Israel malah menahan rakyat yang berdemo membantah kekejaman Yahudi serta masih tetap mahu meneruskan FTA

6)Meneruskan AUKU dan menekan mahasiswa dalam pilihanraya kampus

7)Meneruskan diskriminasi kepada 5 kerajaan negeri PR

8) Rasuah, kroni, nepotisme berleluasa

9) Kekayaan hanya berlegar di kalangan suku sakat mereka

10) Undang-undang hanya dikenakan kepada rakyat jelata sedangkan 'jerung dan paus' terlepas.

dan banyak lagi ..............

Comments

Anonymous said…
Syekh,kalu jerung terkena jaring maknanya jerung tu dan tak de harga pd mereka n patut dibunuh dari arena politik. Sebab tu kita payah nak jumpa jerung2 ni sangkut kat jaring BPR. Klu x percaya cuba tgk yg lepas2 cth Kasitah Gadam. Bagi mereka Kasitah Gadam dah takde pengaruh politik, itu yg mereka bunuh. MNM4774