7 RESOLUSI KONVENSYEN TARBIYYAH PAS MELAKA 2008 ~ Ref Malaysiakini

Di bawah ini adalah resolusi 7 perkara yang perlu diberi perhatian oleh PAS Negeri Melaka dalam mengerakkan kerja-kerja maha penting dalam perjuangan Islam
  • Tarbiyyah hendaklah menjadi agenda yang terbesar dalam gerakerja parti dan kesemua aktiviti jemaah dan kemasyarakatan;

  • kesemua peringkat hirarki kepimpinan daripada setinggi-tinggi peringkat kepimpinan pusat sehingga ke peringkat ketua cawangan, wajib mengikuti sistem dan marhalah-marhalah tarbiyyah yang telah dirangka oleh Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat;

  • Pemilihan kepimpinan di semua peringkat perjawatan parti dan jemaah hendaklah merujuk kepada merit tarbiyyah yang dijalani oleh ahli-ahli yang ingin bertanding;

  • Modul Tarbiyyah perlu diberi penambahbaikan dari masa ke semasa supaya ianya sesuai dengan era perkembangan semasa dan kepelbagaian latar belakang ahli-ahli PAS di semua peringkat;

  • Usrah sebagai tulang belakang sistem tarbiyyah hendaklah di evergreenkan (disegarbugarkan) dan dilakukan pemantauan oleh Lajnah Tarbiyyah supaya ujud keselarasan wehdatul fikri dan wehdatul amal;

  • Program-program hardcore tarbiyyah seperti tamrin, mukhayyam, liqa' mahabbah dan rehlah yang suatu masa dahulu menjadi rutin wajib pimpinan-pimpinan utama seperti Mursyidul Am, Dato Seri Presiden sendiri serta pimpinan lain yang ada pada hari ini telah diremehkan oleh lapisan baru ahli jamaah, wajib disuburkan semula dan ditambahbaikkan dengan aktiviti-aktiviti sampingan;

  • Ahli-ahli parti wajib bermujahadah melawan hawa nafsu, meninggalkan dosa-dosa besar dan kecil serta janganlah meninggalkan solat walau sesibuk mana keadaan kita. Kerana ini merupakan penghalang yang paling besar kepada hidupnya tarbiyyah dalam jiwa ahli jemaah. Sebagai gantinya, wajib kita sebagai ahli gerakan Islam merutinkan amalan-amalan Qiamullail, membaca Al Qur'an, zikir-zikir harian, maathurat dan puasa-puasa sunat.

Resolusi dibentang di akhir Konvensyen Tarbiyyah PAS Melaka 2008.

Comments