ADA PIHAK CUBA PECAH BELAHKAN PAS KELANTAN ~ Ref Malaysiakini

Saya yakin isu yang dimainkan oleh media yang menyebut ada ADUN PAS mencadangkan supaya Menteri Besar Kelantan Tok Guru Nik Aziz meletakkan jawatan merupakan usaha untuk memecahbelahkan PAS Kelantan.

Selain itu musuh-musuh PAS ini juga cuba mengharu birukan perpaduan dan wehdatul fikr serta wehdatul amal dalam PAS dan Kerajaan Kelantan.

Mereka sebenarnya sudah ketandusan idea dan strategi lantaran kejayaan PAS memenangi Pilihanraya Umum lalu dengan kejayaan besar yang mengejutkan musuh-musuh PAS ini.

Maka tidak ada cara lain lagi bagi musuh PAS selain memperkudakan media yang sememangkan terkenal tidak beretika dan beradab dalam menyiarkan berita dan artikel masing-masing.

Hari ini Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Kelantan yang juga bekas Exco, YB Zulkifli Mamat menafikan wujudnya desakan dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS supaya Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Nik Mat berundur dari jawatannya.

Zulkifli yang terkenal dengan jolokan YB Zul yang juga ADUN Pulai Chondong, sebaliknya mahukan Mursyidul Am PAS itu agar dipanjangkan umur supaya boleh mentadbir kerajaan negeri lebih lama lagi.

Begitu juga dengan 2 orang lagi ADUN Veteran PAS iaitu ADUN Bukit Tuku, Abdul Fatah Haron dan Bekas Ketua Pemuda PAS Kelantan yang juga ADUN Tawang Hassan Mahmood, mereka berdua tetap mempertahankan kepimpinan Tok Guru.

Comments

priyandeka said…
assalamu'alaikum wbt.

semoga kepimpinan ulamak dan kerajaan kelantan dalam taufik dan hidayah allah swt sampai bila-bila.

saya selaku salah seorang rakyat negeri kelantan dari dulu kini & selamanya amat-amat mengharapkan kepimpinan ulamak terus menerasi dan menunjangi bumi kelantan yang tercinta ini.

fitnah, mehnah dan karenah daripada kumpulan toghut, dajjal, yakjuj wa makjuj persetankan saja. kumpulan ini akan menggunakan apa saja senjata yang ada di tangan mereka demi mencapai matlamat jahat yang kekal bersarang di lubuk hati mereka. bukan kita tidak kenal mereka. sekor sekor rakyat kelantan kenal siapa mereka sebenarnya.sifat mereka samalah dengan jenis makhluk yang dinyatakan di atas tadi. kalau inilah sifat mereka, allah swt dah lama cap makhluk seumpama ini di dalam al-quran dan manakala bagi rakyat kelantan pula hanya mengaminkan saja.

tak usahlah nak ciptakan fitnah-fitnah baru terhadap kepimpinan ulamak di negeri ini untuk rakyat kelantan telan . mereka dah faham sangat karenah makhluk jenis ini. rakyat kelantan rela hidup dalam kemiskinan, kedaifan, kemelaratan (sebagaimana yang mereka war-warkan suatu ketika dulu) hingga tak ada makanan nak dimakan, hingga tak ada kain baju nak dipakai dan berbagai lagi.tetapi demi agama yang dibawa oleh kepimpinan ulamak yang menunjangi tujuh petala langit dan tujuh petala bumi kelantan ini, negeri serambi makkah ini tidak rela kami serahkan lagi kepada kepimpinan yang berperangai sebagaimana makhluk-makhluk tersebut di atas tadi. kalau alllah swt dah tetapkan sedemikian, maka kenapa lagi kami harus menyanggahinya. kami akan tentang hingga ketitisan darah terakhir.

kami kenal siapa kepimpinan kami, dan kami juga kenal siapa mereka yang telah cuba memporak perandakan kepimpinan ulamak kami. kami kenal mana payung yang boleh memayungi kami dan kami juga kenal mana racun yang akan membunuh kami.

pesan saya kepada barisan kepimpinan kelantan, semoga jika terdapat sesuatu isu jangan cepat melatah, panas baran, bertindak di luar batasan tanpa merujuk kepada yang lebih tua dan lebih berilmu. kita dibentuk atas dasar bai'ah. kita ada majlis syura, kita ada orang tua, kita ada orang yang dianugerahkan allah swt dengan kelebihan ilmu pada mereka, maka rujukilah mereka terlebih dahulu. adakan majlis perbincangan dalaman sebelum sesuatu keputusan dibuat untuk tatapan umum. ingatlah, kecundangnya kita bukan dek kerana orang lain tetapi atas kejahilan diri kita sendiri. awas!!!awas!!!dan awas!!! para barisan kepimpinan kelantanku.lakukan sebaik mungkin selari dengan kehendak allah swt kerana kita akhirnya akan dikembalikan kepadaNya jua dan akan dipertanggungjawabkan di yaumil mahsyar nanti. kehidupan yang kekal abadi tiada lagi penghujungnya.

sekian, wassalam, amin.
wallahu a'lam.