ADNAN YAAKUB POTONG TELINGA DAN TERJUN SG PAHANG KALAU BN KALAH DI BENTONG

Menteri Besar Pahang dengan angkuh berkata beliau akan memotong telinga dan terjun Sungai Pahang kalau MCA (BN) kalah di Parlimen Bentong pada PRU 13 nanti. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan yang bertanyakah tentang kesan isu Lynas kepada politik Pahang.

Angkuh dan sombong sungguh Adnan Yaakub sehingga berani membuat cabaran sedemikian. Beliau lupa bahawa Samy Vellu dan Khir Toyo pernah membuat dakwaan angkuh semacam itu tetapi akhirnya mereka dimalukan rakyat. Samy yang juga bekas Presiden MIC pernah berkata beliau tidak akan pulang ke Kuala Lumpur andai kata BN kalah pada salah satu PRK tidak lama dahulu, manakala Khir Toyo pernah berkata Selangor akan 'zero' pembangkang selepas PRU 12 dahulu.

Keangkuhan Adnan ini bakal memakan diri beliau jika dilihat kepada momentum rakyat khususnya kaum Tionghua yang menolak BN secara total. Malah pemerhati politik membayangkan bahawa kira-kira 80-90 % pengundi Tionghua akan memilih PR pada PRU 13 akan datang.

Biarlah Adnan angkuh dan cakap besar yang penting rakyat akan membuat keputusan dan penilaian. Andaikat BN (MCA) tewas di Bentong kita hendak tengok telinga Adnan Yaakub putus dan dia terjun ke dalam Sungai Pahang. 

Tiba-tiba Adnan sehari dua ini sedar kembali bahawa kenyataan beliau itu bakal memakan dirinya. Tidak semena-mena beliau membuat kenyataan balas bahawa ianya hanyalah kiasan semata-mata. Tahu pulak dia takut telinga putus dan dibaham buaya Sungai Pahang.

Comments