MUSA HASSAN : KINI BARU KAU SEDAR, SB BUANG DUIT RAKYAT EKORI SAYA


Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan menyatakan bahawa Polis Bahagian Cawangan Khas (SB) yang mengekorinya membazirkan duit rakyat.

Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan dalam kenyataannya kepada Portal Free Malaysia Today (FMT) memberitahu bahawa sejak beliau mengeluarkan kenyataan campurtangan Menteri Dalam Negeri dalam urusan Polis baru-baru ini, beliau terus diekori oleh Pegawai dari Cawangan Khas (SB).

"Ini sesuatu yang luculah, mengapa mesti anda meletakkan saya di bawah pemerhatian, macam jika saya ini mengancam keselamatan negara".

"Saya hendak beri nasihat pada mereka jangan ekori saya lagi, saya tidak akan menghancurkan negara, itu yang pertama, yang kediua anda mempunyai kerja lain yang lebih penting untuk dilakukan, seperti menyiasat penjenayah, yang sememangnya mengancam keselamatan awam" ujarnya.

Beliau juga berkata ianya suatu tindakan bodoh mengekori beliau, membazirkan wang rakyat.

"Kalau anda perlukan apa sahaja, boleh telefon saya dan saya akan beritahu semua sekali" tambah Musa.

Ditanya bagaimana beliau mengetahui dirinya diekori, Musa berkata sudah tentu beliau mengetahui mereka tetapi saya tidak mahu bergaduh dengan mereka. Tidak mahu malukan mereka.


"Sudah tentu mereka lari bila saya melihat mereka" tambah Musa.



Rupanya baru sekarang Musa Hassan sedar SB membazirkan duit rakyat dengan menjalankan kegiatan pemantauan kepada ahli-ahli politik dan parti-parti politik. Selama puluhan tahun dahulu semasa bertugas dialah orang yang mengarahkan SB melakukan kerja-kerja terkutuk itu. 



Kini baru kau sedar setelah kau tiada kuasa dan kau jadi mangsa kerajaan zalim dan 'wak yek' suruhan mereka.


Comments