AMANAH ALU-ALUKAN PERSIDANGAN MEJA BULAT, PAS MACAMANA???

KENYATAAN AKHBAR TENTANG PERSIDANGAN MEJA BUAT PAKATAN BARU PEMBANGKANG
1. Ketika menyampaikan Pidato Presiden pada Majlis Pelancaran Perdana Parti Amanah Negara (AMANAH) di Shah Alam, kelmarin, saya telah menegaskan betapa keperluan pakatan baharu perlu diwujudkan dengan segera.
2. Di Malaysia, apabila kita memilih cara demokrasi dan pilihan raya untuk memperoleh kuasa atau menambah kekuatan di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen, maka tidak ada jalan lain melainkan mengadakan pakatan politik dengan parti-parti lain.
3. Untuk berhadapan dengan Barisan Nasional (BN), parti-parti politik yang lain tidak boleh bersendirian, kerana BN menguasai sepenuhnya jentera kerajaan, media dan sebagainya. Hanya kesatuan rakyat melalui pakatan parti-parti politik sahaja jalan terbaik untuk membuat perubahan, seperti yang pernah dicapai Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
4. Oleh itu, jemputan daripada Ketua Pembangkang Parlimen dan juga Presiden Parti Kedilan Rakyat, Datuk Sri Dr Wan Azizah Ismail untuk diadakan sidang meja bulat membincangkan pembentukan pakatan baharu amat dialu-alukan.
5. Kami daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) memberi komitmen penuh untuk hadir dan akan memberi pandangan-pandangan ke arah pembentukan pakatan baharu itu.
HJ MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
18 September 2015

Comments

IrWrWs said…
Takkan PAS berani nak bermuafakat dgn golongan x AMANAH.. Sedangkan sumpah bai'ah pun diaorang boleh langgar apalagi HUDUD sekiranya DAP gertak mereka supaya turut tentang HUDUD.. presiden dia dah mengaku pun yg kalau DAP tolak HUDUD, mereka akan turut tolak .. dlm situasi begini takkan PKR berani nak menyokong HUDUD..
abrarmujahideen said…
Bawak lah dulu Undang2 pindaan HUDUD dahulu di parlimen..janganlah jadi dasar picisan..atau ditipu HIDUP2 oleh UMNO
IrWrWs said…
This comment has been removed by the author.
IrWrWs said…
Belum apa2 pun DAP dah ikrar akan tolak.. takkan AMAnaH berani nk say no to DAP..
Zie said…
X pelik sgt kl DAp tolak Hudud. Yg peliknya Umno x mau bw hudud ke pArlimen. Umno yg x mau bw hudud ke parlimen, x kan lah nk sokong Pas di parlimen ttg hudud. Kita tnggu dan lihat persidgn parlimen bln depan.kene tipu hidup2 ko Umno lah Pas nih. Lgpun Pas berjuang hudud bermusim je. Dkt p'raya, barulah isu hudud bergema....
Zie said…
Apa2pun kita amat berharap agar hukum Allah ini didaulatkan. Sem9ga Allah membuka semua pimpinan Org Islam u myokong pelaksanaan hukim Allah ini. Dan diharapkn org bkn Islam x menentg kerna hukuman hudud ini urusan org Islam. X berkait nga depa
Zie said…
Kpd Pas khususnya, pergiatkn penergn ttg Hudud ini. Beri kfhmn kpd semua org. Org Islam pulop, wajib myokong hudud wpun x brAper fhm. Kene sami'na wa ato'na. Undg2 yg sedia ada pun, kita x fhm, tp kerajaan ttp laksanakan jg. Tul x,??
Zie said…
Kpd Pas khususnya, pergiatkn penergn ttg Hudud ini. Beri kfhmn kpd semua org. Org Islam pulop, wajib myokong hudud wpun x brAper fhm. Kene sami'na wa ato'na. Undg2 yg sedia ada pun, kita x fhm, tp kerajaan ttp laksanakan jg. Tul x,??
Anonymous said…
ni pasal nak minta kerusi la ni...baru ade akal..korang ingat dp n pkr nak bg kerusi kat korang...president ko ckp TGHH nak ug ngan umno....dah lama aku tunggu...xde pun....kalau PAS xnak gabung ngan korang....korang nak fitnah ape pulak.....tlong jawab sket...kata nak jd pemimpin agong pan kat melaka..jawab la aku tanye..mana tau aku boleh sokong pan pulak...
Anonymous said…
time nak bentang hukum hudud tak plak presiden... pergi ke jepun... lepas tu duk minta orang sokong depa... abih cmane...
IrWrWs said…
Aku rasa kalau dap n pkr bg kerusi yg mereka mng pd pan, pan boleh menang jgk sbb ketiga2 parti ni sbnrnya x byk bezanya.. tapi kalau bg kerusi yg kalah mungkin pan akan terus berkubur.. jd sbnrnya pkr dan dap takut nk bg kerusi pd pan takut nasib yg sama akan menimpa mereka sbgmana pas dikhianati pan.. so dlm senario sebegini siapa yg rugi sbnrnya?..
Anonymous said…
yang rugi pan la....xde siape nk bg kerusi kat pengkhianat...sbb tu xnak lepaskan kerusi yg ade skrg...utk mengukuhkan sokongan la tu...TAPI....tunggu dn lihat pru14 nnti...
Anonymous said…
xpela ikut korangla nak sertai pan tu .. tp kena ingat perjugan tanpa islam hanyala sia sia..