PAS SEMAKIN HEBAT BILA BERSENDIRIAN TAK PERLU BERGABUNG

Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata parti itu perlu kekal dalam satu gabungan demi memperkukuhkan lagi pembangkang di negara ini.
Mengakui kekuatan pembangkang berada dalam satu gabungan, MP Pasir Mas itu bagaimanapun berkata asas hormat menghormati perlu ada untuk terus kekal dalam sebagai satu pakatan.
Itu hari ada pemimpin PAS yang berkata, PAS lebih kuat bila bersendirian. PAS boleh bertanding di mana-mana kerusi yang mereka mahu. Malah PAS tidak kisah untuk bertanding di mana-mana kerana kemenangan bukan matlamat utama PAS. 
Takkan kali ini hendak u-turn pula, nanti rakyat tengok PAS tidak konsisten. Janganlah bercakap kluk klek boh. Sebagai ahli politik kena kena sentiasa istiqamah dalam kenyataan dan tindakan kita.
Semalam lain macam pula kenyataan Nik Abduh ini. Mungkin beliau baru sedar dari mimpinya.
"Kita konsisten bahawa kita perlu kuat dan kekuatan pembangkang ialah dalam gabungan. Dan selagi mana boleh bergabung, kita akan kekal bergabung dalam gabungan politik tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, menjelang pertemuan antara wakil parti itu dengan PKR bagi membincangkan mengenai pakatan baru pembangkang esok.
Pertemuan itu akan diadakan di ibu pejabat PKR jam 2.30 petang.
Isu penyertaan PAS dalam gabungan baru timbul selepas PKR bertegas mahu PAS dalam gabungan itu tetapi dibantah oleh DAP.
Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata, parti Islam itu tidak mustahil bergerak sendirian.
Ini kerana, Abdul Hadi berkata, gabungan baru itu tidak mempunyai agenda memartabatkan Islam dan hanya mahu memenangi pilihan raya akan datang.

Comments