PRU 13 : ALANGKAH BAIKNYA JIKA MCA KELUAR BN

Beberapa kerusi MCA hampir pasti di'rentap' oleh Umno pada PRU 13 nanti. Semua ini kerana kegagalan MCA menunjukkan prestasi yang baik pada PRU 12 dahulu. Kini MCA bakal kehilangan satu demi satu kerusi mereka. Umno benar-benar menggunakan kesempatan ini untuk menjatuhkan MCA dan mematikan pengaruhnya.

Banyak kerusi yang diintai Umno. Antara kerusi yang sahih difaraid kepada Umno ialah Parlimen Kuantan. Kemungkinan selepas banyak lagi kerusi yang terlepas seperti Parlimen Wangsa Maju, Gelang Patah, dan Tebrau.

Blog ini mencadangkan supaya MCA keluar dari BN dan tinggalkan Umno bersama parti-parti lain yang masih belum sedar kejahatan dan kezaliman Umno
. Baru Umno tahu erti persahabatan. Nampak jelas Umno ingin menjadi Big Brother dalam BN..........apa tunggu lagi MCA keluar sahaja dan sertai PR.

Comments