Bila kalah macam-macam alasan diberikan. Ada yang tak masuk akal pun dijadikan alasan. Itulah yang berlaku kepada pemimpin Umno dan MIC khasnya Samy Vellu yang saling tuduh menuduh bahawa masing-masing menjadi punca BN diterajang oleh rakyat pada PRU 2008 lalu.
Bekas Perdana Menteri dengan tegas mengkritik parti-parti komponen dalam BN khasnya MIC. Ini menimbulkan kemarahan perwakilan MIC dan Samy sendiri. Malah Samy juga dilihat tidak senang dengan komen Perdana Menteri semasa perasmian mesyuarat tahunan MIC baru-baru ini.
Najib dalam ucapannya menyeru pemimpin-pemimpin BN jangan hanya popular dalam parti tetapi tidak diterima oleh rakyat.
Samy seolah-olah terasa dengan sindiran Najib tersebut lantas menjawab, seseorang pemimpin itu perlu mendapat tempat dalam parti terlebih dahulu sebelum boleh diterima oleh rakyat, kenyataan yang jelas bertujuan mewajarkan kedudukannya dalam parti.
Ternyata pemimpin-pemimpin BN tidak sebulu dan bercakaran antara satu sama lain.
Kemelut dalam MIC dilihat semakin parah dengan kekalahan tipis Subramaniam untuk jawatan Timbalan Presiden. Beliau memperolehi undi yang banyak iaitu 547 lebih dan tewas dengan majoriti kecil 82 undi kepada G Palanivel yang mendapat 629. Sementara Sothinathan hanya memperolehi 280 undi.
Subra pula dilaporkan akan diambil tindakan oleh MIC kerana dituduh membuat kacau pada pemilihan tersebut.
MCA juga semakin kusut apabila Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) terpaksa diadakan untuk menyelesaikan kemelut perkelahian antara Presiden dan Timbalan Presiden yang dipecat.
Jelas sekali BN menghadapi situasi yang amat sukar sekarang ini disebabkan keangkuhan dan kebongkakan pemimpin mereka yang degil dan tidak mahu berubah walaupun ditolak oleh rakyat pada pRU 2008 dan 7 pilihanraya kecil di Semenanjung.
Comments