Bila kerajaan pusat berurusan dengan negeri-negeri PR dengan serta merta mereka bersifat BONGKAK, 'TAHI' HIDUNG MASIN dan BERKIRA.
Namun ianya tidak sekali-kali berlaku jika mereka 'deal' dengan kerajaan negeri BN. Inilah double standard yang dilakukan oleh kerajaan pusat dari dulu, kini dan selamanya.
Mereka terus-terus di mana mengiktiraf mandat dan keputusan rakyat yang mahukan PR memerintah negeri-negeri seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta Perak (sebelum direntap dengan tidak bertamadun oleh BN).
Semalam Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussin tanpa segan dan malu menafikan hak kerajaan dan rakyat Kelantan untuk mendapat royalti minyak.
Alasan yang digunakan oleh Awang untuk menafikan hak ini sama sahaja iaitu kedua-dua kawasan tersebut terletak terlalu jauh dari pesisir pantai Kelantan. Jadi pendapatan dari minyak tersebut lebih sesuai diberi kepada kerajaan pusat untuk dibelanjakan bagi pembangunan negara dan perbelanjaan tersebut tidak hanya tertumpu kepada Kelantan.
Awang Adek menambah lagi bahawa salah satu kawasan tersebut adalah berhampiran Vietnam iaitu di perairan antarabangsa sejauh 250 kilometer dari pesisir pantai Kelantan manakala kawasan kedua pula terletak 150 kilometer dari pantai dan berada di perairan bersama dengan negara jiran, Thailand.
Sedang kerajaan Kelantan telah pun memberikan bukti dan justifikasi yang tepat dan jitu bahawa Kelantan berhak untuk mendapat royalti tersebut.
Malangnya kerajaan pusat menolaknya mentah-mentah seolah-olah tiada isu langsung yang berlaku dalam kes tuntutan royalti ini.
Malangnya kerajaan pusat menolaknya mentah-mentah seolah-olah tiada isu langsung yang berlaku dalam kes tuntutan royalti ini.
Saya ingin memberikan peringatan kepada kerajaan pusat dan pimpinannya supaya sedar dan insaf keengganan mereka memberikan royalti ini bermakna mereka merompak hak dan harta rakyat Kelantan dan kezaliman serta kejahatan mereka ini akan di balas oleh Allah S.W.T
Tuntutan royalti minyak oleh Kelantan bermula Jun lepas, apabila kerajaan negeri itu akan membuat tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat untuk bayaran royalti minyak yang didakwa tertunggak sejak 2004.
Comments