LAMBAKAN ORANG ASING : MENTERI BUAT-BUAT TERKEJUT

Media melaporkan seorang Menteri 1Malaysia terkejut dengan lambakan orang asing di negara kita. Seolah-olah sebelum ini menteri berkenaan tidak tahu menahu akan hal ini.
Kenyataannya itu memang memelikkan kerana isu lambakan orang asing sudah diperkatakan sejak beberapa tahun lalu. Takkan baru sekarang beliau perasan.
Bagi saya isu ini mesti ditangani segera kerana kes-kes jenayah melibatkan orang asing ini semakin meningkat. Ramai antara mereka menggunakan kepakaran masing-masing untuk melakukan jenayah. Tidak kurang juga yang membuat onar dengan melakukan jenayah seksual.
Sudah sampai masanya kerajaan mengenakan tindakan yang berat dan operasi sapu bersih bagi menghukum semua PATI ini.
Satu perkara lagi ada yang mendakwa bahawa ramai pekerja asing ini masuk secara haram dan kemudian mendapat permit kerja dan Visa melalui pintu belakang angkara pihak-pihak tertentu yang menggunakan kuasa mereka memberikan dokumen yang sah kepada PATI. Perkara ini mesti disiasat segera. Jika benar ia berlaku hadapkan 'malaun-malaun' ini ke mahkamah.

Comments