PRK TELUK INTAN : DYANA VS MAH, TIADA CALON BEBAS?

Lintas langsung

Setakat tidak nampak kelibat calon-calon bebas untuk menyerahkan borang penamaan calon. Maka besar kemungkinan PRK ini meyaksikan pertandingan satu lawan satu dan ianya jauh lebih sengit dari PRK Bukit Gelugor yang menyaksikan BN mengaku kalah awal-awal lagi. 

9.30 am : Calon DAP Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh juga turut serta memberikan sokongan kepada Dyana pada penamaan calon hari ini. 

9am: SMK Seri Perak – Pengurus Pilihan Raya Ibrahim Ahmad mengumumkan proses penamaan calon brmula.

Calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dan calon BN Mah Siew Keong memasuki pusat penamaan calon.

8.40am: Taman Cicely – Calon BN Mah Siew Keong tiba. Beliau menyertai Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengepalai kira-kira 100 penyokong berarak ke SMK Seri Perak.

8.30am: Taman Cicely -- Lebih 500 penyokong BN berkumpul di kawasan masuk ke kawasan perumahan dan menunggu pemimpin dan calon mereka.

Antara pemimpin yang sudah berada di situ timbalan menteri kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Wanita Gerakan Tan Lian Hoe.

8.15am: SMK Seri Perak – Walaupun pada hari penamaan calon, kira-kira 800 pelajar sedang menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

Seorang guru yang enggan namanya didedahkan memberitahuMalaysiakini, pihak sekolah telah memaklumkan kepada pelajar berhubung penamaan calon hari ini dan menasihatkan mereka bersedia untuk bunyi bising daripada proses itu.

“Sukar untuk pelajar menumpukan perhatian semasa peperiksaan, tetapi mereka harus menahannya,” katanya.

Taman Cicely – Antara pemimpin Pakatan yang kelihatan di situ, bekas menteri besar Perak Nizar Jamaluddin, anggota Parlimen Bruas Ngeh Koo Ham dan Naib Presiden PKR Tian Chua.

Penyokong Pakatan akan mula berarak ke pusat penamaan di SMK Seri Perak pada jam 8.30 pagi.

8am: Taman Cicely – Penyokong Pakatan bermula berkumpul di kawasan masuk ke taman itu, di mana pusat penamaan calon terletak.

Unit Amal PAS seperti biasa mengawal keadaan dan membantu lalu lintas di kawasan yang biasanya tenang itu.

~ Mkini

Comments