SYARIKAT RUGI RAKYAT JADI MANGSA

Setiap kali syarikat tertentu mengalami kerugian, rakyat akan menjadi mangsa. Kerajaan pula menyokong tindakan syarikat terbabit. Begitu mudah syarikat-syarikat tersebut mencari jalan penyelesaian iaitu memangsakan rakyat. Lebih malang syarikat-syarikat GLC tersebut akan mengadu kepada kerajaan bagi menaikkan caj perkhidmatan mereka dan kerajaan akan bersetuju dengan rayuan mereka.
Terbukti kerajaan BN yang ada tidak peka kepada masalah dan penderitaan rakyat yang semakin hari semakin tertekan dengan kos hidup yang meningkat.
Semalam Pos Malaysia mengumumkan bahawa harga setem pos dalam negeri akan lebih tinggi berkuatkuasa Julai ini sebagai sebahagian daripada strategi Pos Malaysia Bhd untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapannya.
Mudah sungguh cara mereka berniaga, asal rugi sahaja naikkan harga dan rakyat menjadi mangsa.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Syed Faisal Albar, berkata kenaikan itu akan memberikan dana tambahan bagi Pos Malaysia menyediakan perkhidmatan yang lebih berkualiti, setara dengan amalan terbaik antarabangsa.

Comments

palastine said…
1. Apakah harga setem asas iaitu setem <20 gram bagi negara- negara lain?

Tuan

Harap dapat kita melihat harga setem luar negara untuk perbandingan spt berikut:-


Negara Harga setem < 20 gram
Indonesia 54 sen
Singapura 62 sen
Filipina 66 sen
Brunei 47 sen
Hong Kong 60 sen
Jepun RM2.88
New Zealand RM1.23
USA RM1.47
Australia RM1.71
United Kingdom RM2.11

Dengan kenaikan kepada 0.60 ianya sangat berpatutan dengan janji Pos Malaysia untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan. Rata-rata gaji posmen dibawah paras kemiskinan. Inilah yang dapat memberi ruang kepada posmen untuk menikmati pendapatan yang setara dengan kakitangan kerajaan diperingkat rendah. Pernahkah ada satu barang / perkhidmatan yang tidak naik harga selama lapan belas tahun.
ofekenofee said…
tak sampai seminggu lancar MEB dah nampak kesannya, tima kaceh najib...hehehe